


AMAL Sarawak, 28 Jamadil Awwal 1430H: Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin! Kena 23 Mei 2009, bala sukarelawan Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak bisi datai nurun ba Rh. Aji Lepong Ajai Sungai Liam, Bakong, Miri meri bantu ngagai sida dia. Semua sida dia ka diau ba 57 pintu rumah panjai nya ‘tinggal sehelai sepinggang’ laban rumah panjai bala sida tu angus diempa api kena 30 April 2009, pukul 2 lemai seari nya. Jadi ngarap ka bala kitai tuk ke mampu nyukong bala sida rumah panjai ke dituntung penusah angus tu, ukai mina ba motivasi aja, tang enggau meri basic needs ngagai sida ke material baka barang makai/minum, periuk, pinggai mangkuk lalu pia mega baka pakaian sekula anak-anak sida ke besekula. Tuai Rumah, Encik Chabu ak Makom (berbaju batik) ngucap trima kasih ngagai AMAL Sarawak enggau bala kitai ke lempong ati ga.
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin! Pada 23 Mei 2009, rombongan sukarelawan Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah turun padang ziarah ke Rh. Aji Lepong Ajai Sungai Liam, Bakong, Miri dan memberi bantuan sumbangan kepada penduduk di sana. Kesemua penduduk yang mendiami 57 pintu rumah panjang tersebut tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang mereka hangus dijilat api pada 30 April, pukul 2 petang yang lepas. Maka, adalah diharapkan kepada kita semua dapat memberi bantuan kepada mereka yang ditimpa musibah kebakaran baru-baru ini bukan sahaja dari segi semangat motivasi, tetapi juga dalam bentuk bantuan asas seperti barang makanan/minuman, periuk, pinggan mangkuk dan juga bantuan persekolahan kepada anak-anak yang bersekolah. Ketua Rumah Panjang, Encik Chabu ak Makom mengucapkan terima kasih kepada AMAL Sarawak dan semua yang prihatin dan berhati mulia kerana sudi menghulurkan bantuan. Allahumarhamna!
“Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Ber’amal Kerana Allah”.