AMAL Sarawak Anjur Sehari Bersama NISA’ 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

AMAL Sarawak, 30 Rabi’uts Tsani 1430H: Alhamdulillah, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak (Unit Miri) di bawah Unit Wanita & Kekeluargaan dengan kerjasama Nisa’ Cawangan Miri telah berjaya menganjurkan program Sehari Bersama Nisa’ bertempat di Taman Permainan Piasau, Bandaraya Miri pada 26 April 2009. Program yang dimulakan pada 8.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari ini telah berjaya menarik hampir 200 orang masyarakat setempat terdiri daripada kanak-kanak, para pelajar, ibubapa dan dewasa.

 

Pelbagai aktiviti menarik telah diatur untuk mendekati masyarakat setempat. Antaranya termasuklah sukaneka, pertandingan terbuka mewarna untuk kanak-kanak, pameran dan pemeriksaan kesihatan, forum kesihatan wanita, pertandingan gubahan barangan terpakai serta jualan. Program tersebut telah mendapat kerjasama yang baik dari Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga Piasau. Hadiah-hadiah telah disampaikan kepada para pemenang di majlis penutup pada lewat tengahari.

 


Aktiviti-aktiviti sukaneka yang di jalankan

Pemeriksaan kesihatan percuma

Pertandingan mewarna kanak-kanak

Pertandingan gubahan barang-barang terpakai

 

Tahniah kepada seluruh ahli jawatankuasa penganjur (AMAL dan NISA’) di atas inisiatif dakwah melalui kemasyarakatan yang baik ini. Jutaan terima kasih juga kepada Jawatankuasa Rukun Tetangga Piasau atas kerjasama yang baik dan padu. Semoga iannya mampu dimurnikan untuk manfaat ummah. Semoga aktiviti-aktiviti sebegini mampu diteruskan pada masa-masa akan datang.. Insya Allah.

Leave a Reply