Ziarah Dakwah AMAL Siri 2 Ke Ulu Kota, Pakan

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Ziarah AMAL ke Perkampungan Saudara Kita di Ulu Kota

AMAL Sarawak, 9 Jamadil Awwal 1430H: Alhamdulillahi Ta’ala ‘ala kulli hal! Dengan keizinanNya jua maka pada 1 hingga 3 Mei 2009 gabungan Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dan Bintulu Iqra’ Center (BIC)  dengan kerjasama Harakah Islamiah Sarawak (HIKMAH)  Cawangan Sarikei telah menggorak langkah seterusnya bagi memantapkan hubungan silaturrahim yang sedia terjalin dengan Saudara Kita di Ulu Kota, Pakan, Sarikei. Ziarah Mahabbah kali ini adalah Ziarah AMAL Siri 2 selepas Ekspedisi Dakwah Kali Pertama ke sana pada 13-15 Februari 2009.

 

Sila baca juga artikel terdahulu yang berkaitan berikut:

1. Ziarah Dakwah AMAL Ke Ulu Kota, Pakan, Sarikei

2. Saudara Kita Di Ulu Kota.. Keprihatinan Muslimin Ditagih!

 

Pertamanya, ucapan jazakumullahu khairan kathiran kepada semua peserta yang sanggup mengorbankan masa, harta dan tenaga demi menjayakan program Ziarah Dakwah AMAL ke Ulu Kota, Pakan Siri Ke-2 ini. Moga Allah memilih kita lagi untuk misi dakwah dan kebajikan pada masa akan datang, Insya Allah.

 

Semangat kombinasi golongan veteran dan muda dalam mengerakkan usaha ziarah kali ini kian “keras”, kerana masing-masing sedar tentang kepentingan dakwah di kawasan pedalaman Sarawak. Asbab pergorbanan antum, dengan taufiq dan hidayah Allah ’Azza Wajalla Islam akan kian menyinar di Bumi Kenyalang.

 

Program 2 hari 1 malam di Ulu Kota rasanya tidak cukup bagi mereka yang sudah mengenal erti dakwah. Keadaan perjalanan yang agak mencabar sehingga tidak putus kalimah zikrullah dibacakan, terkumat-kamit mulut peserta kerana memuji betapa indahnya kebesaran Allah SWT. Seringkali pengharapan terus diserahkan kepadaNya bulat-bulat kerana perjalanan ini, jika tersilap langkah jalannya mungkin ada dalam kalangan peserta rombongan yang tidak dipilih oleh Allah SWT untuk balik ke pangkuan keluarga.

 

Tetapi itu bukan menjadi alasan kepada pendokong gerak kerja dakwah, sukar sekalipun diterjah juga. Peserta paling veteran kali ini adalah Hj. Masaat dari Miri. Beliau dikagumi kerana telah berusia menjangkau 70 tahun tapi masih bersemangat seperti Usamah bin Zaid. Kata-kata beliau “dakwah tiada pencen” menyuburkan hati-hati kami untuk meneruskan langkah ini sekaligus meneruskan perjalanan tanpa perlu gentar dengan halangan yang bakal akan muncul. Terkenang perjuangan Abu Ayyub Al-Ansari!

 

“Nama berita kitai bala apai indai?” (Apa khabar wahai kaum ayah ibu sekalian?). Itulah kata-kata awal yang disuarakan pada hari pertama oleh Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak, Saudara Mukhtar Suhaili. Kehadiran kami disambut dengan hati gembira bercampur terharu oleh penduduk kampung. Mana tidaknya sebelum tiba ke destinasi kami mendapat penggilan dari isteri ketua kaum Saudara Baru menyatakan ayahnya telah meninggal dunia, tetapi 3 jam selepas itu mendapat panggilan yang kedua menyatakan ayahnya “sedar” kembali. Subhanallah… Maha BesarNya kebesaranMu. Inilah satu pengalaman yang banyak mendidik kami agar sentiasa untuk bermuhasabah diri tentang persediaan menghadapi saat kematiaan. Alangkah gembiranya kami Pak Tarang (ayah kepada isteri Abang Azhar) yang disangka telah meninggal dunia, mampu bersama kami sehingga program ziarah ini tamat. Walaupun uzur tetapi senyuman yang diukirnya tetap menjadi pujaan hati kami.

 

Rakan-rakan yang menyertai program Ziarah Saudara Kita

ke Ulu Kota pada 1-3 Mei 2009 yang lalu 

 

Tibanya di perkampungan tersebut, Saudara Zahari Deli selaku ketua rombongan mula menyusun atur perjalanan gerak-kerja dengan pembahagian tugas yang telah dirancang. Berkat bantuan dan kerjasama daripada sahabat-sahabat, beliau mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan segalanya berjalan dengan lancar.

 

Ziarah kali ini tidak menekankan elemen ceramah atau teori semata-mata. Antara aktiviti yang dijalankan bersama penduduk kampung termasuklah praktikal wudhu’, praktikal solat dari segi perlakuan, kursus ringkas pengurusan jenazah bagi Saudara Baru, kursus sembelihan, perlawanan persahabatan sepak takraw bersama penduduk bukan Islam di rumah panjang yang berdekatan dan lain-lain. Aktiviti ini dijalankan mengikut keputusan mesyuarat ahli rombongan kerana lebih utama kiranya menjalankan aktiviti yang diperlukan oleh penduduk kampung.

 

Terasa kagum bila mana melihat sendiri keadaan di sini. Persekitaran yang tenang mata memandang, apabila malam, terasa kedinginannya sampai ada yang boleh terkeluar dari mulutnya “sorry geng, lupak tutup aircond”. Sejuk di waktu pagi terasa sampai ke tulang sum-sum. Sambutan anak-anak kecil, walaupun kecil tetapi comel semuanya kerana sepanjang program anak-anak Muslimat yang kecil tidak terasa janggal untuk bertudung. Terima kasih diucapkan kepada ahli rombongan Muslimat yang mengikuti ziarah yang pertama dahulu telah mengajar bagaimana kaedah menjadikan anak-anak kecil generasi pelapis ini menjadi anak yang soleh dan solehah.

 

Selain itu, melalui ziarah kali ini juga, ahli rombongan telah mengenalpasti tapak surau yang bersesuaian. Surau Al-Azhar ini akan dibina hasil derma orang ramai yang diikhtiarkan oleh Jawatankuasa Pembelaan Saudara Kita dan insya Allah diusahakan siap menjelang ‘Eidul Fitri atau ‘Eidul Adha pada tahun ini. Untuk makluman lanjut boleh rujuk di pautan http://amalsarawak.net/?p=520  serta dapatkan maklumat lanjut di blog http://bintulu-iqracenter.blogspot.com/.  Selain itu, team kontraktor perpaipan yang turut serta dalam misi dakwah kali ini juga telah mengenal sumber air untuk urusan pemasangan paip air bersih ke perkampungan Saudara Kita tersebut. Mudah-mudahan segala perancangan akan dipermudahkanNya, diterima sebagai ‘amal jariah di sisiNya dan menjadi saham Akhirat yang tiada penghujungnya. Amiin.

 

Penyampaian sumbangan berupa wang tunai dan barang-barang keperluan adalah acara terakhir program ini. Sumbangan yang diberikan sekurang-kurangnya dapat membantu sedikit keperluan penduduk kampung. Semoga semangat, harta, masa dan buah fikiran yang dikorbankan oleh peserta-peserta rombongan ziarah pada kali ini terus istiqamah dan tidak jemu untuk berdakwah dan berkebajikan kepada masyarakat. Insya Allah.

 

Kita mendoakan semoga mereka ini (dan kita semua) akan diberi kekuatan iman yang teguh untukmengh adapi segala cabaran dan rintangan yang mendatang. Di pihak kami insya Allah akan membantu dengan kekuatan dan kemampuan yang ada. Bagi mereka yang telah membantu usaha ini, diucapkan jazakumullahu khairan kathira. Semoga Allah membalas budi baik kalian. Sehingga bertemu lagi. Insya Allah.

 

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program Ziarah Dakwah AMAL Siri 2 Ke Ulu Kota, Pakan, Sarikei yang telah dijalankan:

 

Perjalanan yang melalui beberapa halangan dan rintangan

Keazaman, pengorbanan dan komitmen yang tinggi
dituntut untuk menyampaikan misi dakwah Islam
  
Ziarah AMAL Ulu Kota  - Belajar Solat
Belajar solat, sesungguhnya solat itu tiang agama!

Belajar menyembelih ayam, antara aktivit praktikal yang dijalankan  

Melebarkan dakwah dengan masyarakat rumah panjang yang masih
belum menerima Islam
Rumah penempatan mereka yang serba sederhanaKesukaran untuk mendapatkan sumber airMasak lauk makan tengahari ala perantauAntara masyarakat Islam Ulu KotaMenjamu selera bersama masyarakat Islam Ulu KotaMas’ul program ‘ Zahari Deli’ bersama dengan sebahagian kaum ibu

Ya Allah, redhaMu yang kami damba dan terimalah ‘amalan serta pengorbanan kami ini. Amiin Ya Rabb!

7 Responses to “Ziarah Dakwah AMAL Siri 2 Ke Ulu Kota, Pakan”

  1. [...] Ziarah Dakwah AMAL Ke Ulu Kota, Pakan, Sarikei dan Ziarah Dakwah AMAL Siri 2 Ke Ulu Kota, Pakan [...]

  2. [...] 3. Ziarah Dakwah AMAL Siri 2 Ke Ulu Kota, Pakan [...]

  3. [...] 2. Ziarah Dakwah AMAL Siri 2 Ke Ulu Kota, Pakan [...]

  4. [...] 5. Ziarah Dakwah AMAL Siri 2 Ke Ulu Kota, Pakan [...]

  5. [...] 6. Ziarah Dakwah AMAL Siri 2 Ke Ulu Kota, Pakan [...]

  6. [...] 7. Ziarah Dakwah AMAL Siri 2 Ke Ulu Kota, Pakan [...]

Leave a Reply