

AMAL Sarawak, Bintulu, 6 Rabi’ul Thani 1430H: Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak bersama Jawatankuasa Pembelaan Masyarakat Islam Ulu Kota Pakan, Bintulu Iqra’ Center (BIC), Masjid Darul Hidayah dan Masjid As-Syakirin Bintulu telah melancarkan Dana Saudara Kita pada Khamis, 2 April 2009 bertempat di Masjid Darul Hidayah, Kidurong, Bintulu. Fokus utama dana ini ialah sebagai Tabung Pembinaan Surau Al-Azhar, Komuniti Saudara Kita Ulu Kota, Pakan, Sarikei selain insya Allah akan turut dikembangkan bagi membantu Saudara Kita (Mu’allaf) di tempat-tempat lain di seluruh pelusuk negeri Sarawak.
Allah SWT berfirman di dalam Surah An-Nahl, ayat 97:
“Barangsiapa yang berbuat kebaikan sama ada lelaki atau perempuan sedang dia seorang yang beriman, maka Kami akan hidupkan dia dengan kehidupan yang baik.”
Kepada sesiapa yang bersedia untuk menyumbang boleh terus masukkan ke dalam akaun Bank Muamalat Malaysia Berhad atas nama:
No akaun : 110 3000 7659 728.
Atau sila salurkan sedekah jariah anda ke Akaun Agro Bank berikut:

Atau ke Akaun Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak berikut:
[Harap sms ke 016-8909717 selepas di bank-in untuk penyelarasan]

Atau CEK bayaran kepada “Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak”, dan hantar ke alamat di bawah:
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak
Lot 741, Jalan Pujut 9, 98000 Miri, Sarawak
No. Telefon: 016-8909717
Email: amalsarawak@yahoo.com.my
Sebarang maklumbalas dan persoalan, sila hubungi:
-
Saudara Muhtar Suhaili: 016-8909717
-
Ustaz Ibrahim Mat Isa: 019-4535119
-
Ustaz Salehuddin Abu Samah: 019-4823755
-
Ustaz Mohd Amir Ridhwan Abdullah: 019-8643076
“Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Ber’amal Kerana Allah”.

[...] AMAL Sarawak juga telah terlebih dahulu melancarkan Tabung Dana Saudara Kita Peringkat Bahagian Bintulu pada 2 April 2009 bertempat di Masjid Darul Hidayah, Kidurong, Bintulu. Sila baca lebih lanjut di link berikut: AMAL Sarawak Lancar Dana Saudara Kita. [...]