AMAL Sarawak, Bintulu, 20 Rabi’ul Awwal 1430H: AMAL Malaysia Cawangan Sarawak mengucapkan takziah kepada keluarga Puan Sabtuyah Abdullah di atas pemergian ibunya ke rahmatullah pada pukul 12.30 tengahari tadi. Jenazah telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kamunting selepas Solat Asar tadi. Allahyarhamah adalah keluarga muallaf yang dijaga dan sering dikunjungi oleh pihak Bintulu Iqra’ Center (BIC) untuk memastikan kebajikan mereka terpelihara.
Rombongan AMAL dan BIC yang diketuai oleh Ketua Biro Kebajikan & Kemasyarakatan AMAL Sarawak, Ustaz Ibrahim bersama dengan Ustaz Abdul Halim, Abd Hadi dan Zainul Fakri sempat menziarahi keluarga allayarhamah di flat Sg Plan, Bintulu. Ketibaan rombongan disambut oleh keluarga allahyarhamah dan mereka mengucapkan terima kasih di atas kunjungan AMAL dan BIC.
Pihak AMAL dan BIC telah menyampaikan sumbangan ikhlas untuk meringankan bebanan keluarga allahyarhamah. Sumbangan telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi AMAL Sarawak merangkap Penasihat BIC iaitu Ustaz Abd Halim Abd Kadir.
Sekali lagi AMAL Sarawak mengucapkan takziah dan bersabarlah di atas musibah yang menimpa keluarga Puan Sabtuyah Abdullah.
