7 Oktober 2011 -9 Oktober 2011, SMK Merbau: Alhamdulillah, Seramai 161 Peserta di kalangan pelajar tingkatan 1 SMK Merbau, telah menyertai Kem Ibadah SMK Merbau atas anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Moral SMK Merbau dengan kerjasama Kelab Remaja Amal Miri. Kelab Remaja Amal ditubuhkan di awal tahun 2009 merupakan sayap baru Yayasan Amal Malaysia unit Miri bagi memfokuskan pembangunan sakhsiah, akademik, kepimpinan dan keseluruhan kejayaan remaja Islam. Seramai 13 fasilitator di kalangan mahasiswa dan tenaga teknokrat tempatan serta guru-guru bersama-sama menggemblengkan tenaga untuk kejayaan Kem Ibadah tersebut.
Aktiviti bermula pada 6.30 petang, 7 oktober 2011 dan berakhir pada 11 pagi, 9 oktober 2011. Kem Ibadah SMK Merbau 2011 kali ini menggunakan pendekatan yang berlainan daripada tahun sebelum-sebelumnya. Konsep santai dan kefahaman terhadap Islam banyak diterapkan kepada pelajar-pelajar dengan pelbagai bentuk modul dan aktiviti, berbanding sebelum ini dengan ceramah-ceramah yang padat.
Berikut merupakan tentatif bagi program Kem Ibadat SMK Merbau:
Jumaat
|
Masa |
Perkara |
|
6.00 ptg |
Pendaftaran peserta dan urus diri |
|
6.40 ptg |
Solat Maghrib, Makan Malam dan Taklimat aktiviti dan peraturan sepanjang program |
|
8.00 malam |
Solat Isya’ berjemaah |
|
9.00 malam |
Ice Breaking |
|
11.00 Malam |
Minum Malam |
Sabtu
|
5.00 |
Solat Subuh berjemaah dan Kuliah Subuh |
|
6.30 pagi |
Senaman pagi |
|
7.15pagi-8.30 pagi |
Sarapan pagi dan persiapan diri |
|
8.30-10.00 pagi |
Ceramah 1 : Siapa diri kita |
|
10-10.30 |
Rehat |
|
10.30-12 tgh hari |
LDK: Who am I? |
|
12.00-1.30 ptg |
Makan tengah hari dan solat zuhur berjemaah |
|
1.30-2.30 |
Ceramah 2: Remaja Hebat bersama Islam |
|
2.30-3.00 |
Rehat |
|
3.00-4.30 |
LDK 2 : Asas yang kukuh teras kemenangan |
|
4.30-6.00 |
Minum petang, solat asar berjemaah dan riadah petang – Game Pit Stop |
|
6.00-7.00 |
Persiapan diri dan solat Maghrib |
|
7.00-8.00 |
Kuliah Maghrib (Santai) |
|
8.00-8.15 |
Solat iSya’ |
|
8.15-8.30 |
Rehat |
|
8.30-9.00 |
LDK 3: Mengemudi Samudera Perjalanan |
|
9.00-11.00 |
Refleksi diri/Pelan tindakan |
|
11.00 malam |
Supper |
Ahad
|
4.00 pagi |
Qiamullail, Solat Subuh berjemaah dan Kuliah Subuh |
|
6.15 pagi -6.45 pagi |
Senaman pagi |
|
6.45-8.30 pagi |
Sarapan pagi dan urus diri |
|
8.30 pagi -11 pagi |
Forum Perkongsian Mahasiswa: ‘From Zero to Hero’ |
|
11 pagi – 12 tengah hari |
Majlis Penutupan |
Pada penghujung program, pelajar-pelajar kelihatan lebih termotivasi untuk beribadat dan beramal apabila kefahaman terhadap sesuatu ibadat itu dapat dicapai dan difahami. Senyuman terukir indah pada muka pelajar-pelajar ketika sesi salam bersalaman dengan guru dan fasilitator tanda gembira dan berpuas hati dengan kem yang berlangsung selama 3 hari 2 malam.
Moga-moga program kali ini akan menjadi suatu anjakan paradigma kepada pelajar-pelajar SMK Merbau agar terus cemerlang bukan sahaja pada akademik, tapi pada sahsiah dan peribadi diri sebagai seorang muslim yang bertaqwa.
Gambar-gambar sepanjang program dijalankan:
- Muslim the Best!
- Muslimat Power!



kem best!
Assalamualaikum ..
rindu larr dgn kem tOk .. hurm .. bila oOo ada kem dak tOk agik .. rindu bah mOk buli abg2 .. hahaha .. juz jOke .. yang penting nya .. kem tOk kem nOk paling bez penah aQ ikut .. bez dari kem nOk kat kmpg sukan .. huhuhu ..