Seminar Kewangan Islam

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak mengucapkan tahniah kepada Bintulu Iqra Center yang mengerakkan YAM Unit Bintulu di atas penganjuran Seminar Kewangan Islam yang membincangkan berkenaan perkara yang berkaitan dengan muamalah di dalam Islam. Mudah-mudahan program tersebut mampu memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya mempunyai ilmu khususnya berkenaan muamalah yang berteraskan al-Quran dan hadith yang sepatutnya menjadi pegangan setiap orang Islam.

Pembentang kerja yang dijemput juga merupakan orang yang mahir di dalam transaksi kewangan yang mampu menjawab kebanyakan pertanyaan masyarakat berkenaan dengan keraguan di dalam transaksi kewangan yang diamalkan selama ini. Kebanyakan para peserta yang mengikuti seminar ini sebagaimana yang dimaklumkan oleh pengarah program, Ustaz Mohd Nasir Abd Fatah adalah terdiri daripada semua lapisan masyarakat. Ada suri sumah, pelajar sekolah dan IPT, pensyarah, guru-guru, jurutera dan doktor. Mesej yang diperolehi dari penganjuran program ini ialah, pihak BIC perlu lebih kerap mengadakan program seumpama ini kepada masyarakat agar mereka tidak terjerumus di dalam kewangan konvensional dan pelaburan yang meragukan. Mudah-mudahan kita akan terhindar dari murka Allah.

Dimaklumkan juga bahawa program ini adalah adaptasi dari beberapa program yang pernah dianjurkan oleh beberapa NGO di Kuala Lumpur. Setelah melihat kebaikan program seumpama ini perlu ini diketengahkan kepada masyarakat, BIC telah bersedia untuk menjadi penganjur program ini. Tahniah sekali lagi.

Bagi pihak YAM Sarawak mengharapkan, Bahagian-bahagian lain di Sarawak juga perlu melaksanakan program seumpama ini untuk mendidik masyarakat agar terus menjauhi riba’ dan pilihlah kewangan Islam di dalam setiap transaksi yang mereka gunakan. Insyallah hidup kita akan mendapat keberkatan dan keredhaan serta akan mendapat ketenangan di dalam hidup. Buat apa kita hanya kaya di dunia, tetapi miskin di akhirat, tetapi jadilah kaya di dunia dan juga di akhirat. Insyallah.

” Maka jika kamu tidak mengerjakan ( meninggalkan sisa Riba’ ) maka ketahuilah, bahawa Allah dan Rasulnya akan memerangi kamu….”

280864_224912230874522_100000672403218_760768_4600669_o2

278838_224743640891381_100000672403218_760304_5867841_o1

272026_224744820891263_100000672403218_760306_7896899_o1

278838_224743634224715_100000672403218_760302_6645977_o1

Leave a Reply