Jawatankuasa AMAL M’sia Caw. S’wak 2011-2013

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan AMAL Sarawak Kali Ke-2

 [Mesy. Agung Dwi-Tahunan Yayasan AMAL M'sia Caw. S'wak

AMAL Sarawak, Bintulu: Alhamdulillahi kathiran! Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Agung lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak Kali Ke-2 telah berjaya dilaksanakan pada Ahad, 1 Mei 2011 bersamaan 28 Jamadil Awwal 1432H bertempat di Hotel Riverfront, Bintulu. Seramai 33 orang perwakilan dari Unit Kuching, Unit Miri, Unit Bintulu, Unit Sarikei, Sibu dan Selangau telah menghadiri Mesyuarat Agung tersebut. Tuan Haji Zaman Bin Abdullah, Bendahari Yayasan AMAL Malaysia telah hadir menyempurnakan perasmian program ini. Turut hadir ialah Saudara Muhtar Bin Hj Suhaili, Pengerusi AMAL Sarawak Sesi 2009-2011, Ustaz Mohd Sardi Bin Ismail, Pengarah Program Mesyuarat Agung, Ustaz Abdul Halim Bin Abdul Kadir, Pengetua Pusat Dakwah Serantau (PDS) dan Tuan Haji Alias Bakar dari Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Terengganu.

Sempena Mesyuarat Agung ini juga, pemilihan Jawatankuasa Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak bagi sesi 2011-2013 telah diadakan. Ustaz Ibrahim Bin Mat Isa telah diamanahkan sebagai Pengerusi AMAL Sarawak yang baru bagi menggantikan Saudara Muhtar Bin Hj Suhaili yang kini telah berpindah ke Lumut, Perak. Berikut merupakan senarai penuh Jawatankuasa AMAL Sarawak Sesi 2011-2013 yang telah dipilih:

Penasihat: Saudara Muhtar Hj Suhaili
Pengerusi: Ustaz Ibrahim Mat Isa
Timbalan Pengerusi: Saudara Mohd Ali Murad
Naib Pengerusi 1: Ustaz Mohd Asrin Awang Mustafa
Naib Pengerusi 2: Ustaz Malsiron Rogikin
Naib Pengerusi 3: Saudari Dayang Norsidah Awang Rashid
Setiausaha: Ustaz Zulkifli Yusof
Penolong Setiausaha: Saudari Hamim Hartini Mohamad
Bendahari: Saudara Mohd Hafeiz Jumeren
Penolong Bendahari: Saudara Mohd Taufiq Mohd Yusof

Ahli-ahli Jawatankuasa:
1. Saudara Ishack Abbas
2. Saudara Mohd Syukrani Addi Rizal Voon
3. Saudara Firdaus Mohamed
4. Saudara Mohd Junaidi Samsudeen
5. Saudara Alan Ya’akub Bentley
6. Saudari Kauthar Ibrahim

Selamat menjalankan amanah kepada semua pimpinan yang dilantik dan kepada sukarelawan bersama-samalah kita memastikan teras budaya AMAL dapat terus disebarluaskan khususnya di bumi Sarawak! Marilah kita terus berkomitmen dan bekerjasama ke arah menjayakan misi dan visi AMAL di Bumi Kenyalang ini. Semoga ALLAH SWT memberikan pertolongan, bimbingan dan hidayahNya buat kita semua.

Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan AMAL Sarawak Kali Ke-2

Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan AMAL Sarawak Kali Ke-2

Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan AMAL Sarawak Kali Ke-2

 

Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan AMAL Sarawak Kali Ke-2

Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan AMAL Sarawak Kali Ke-2

Allah SWT berfirman:

“Dan bermesyuaratlah dengan mereka mengenai sesuatu urusan tertentu. Apabila engkau telah membuat keputusan, maka hendaklah bertawakkal kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakkal.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 159)

“Dan sesiapa yang mengerjakan ‘amalan soleh (perbuatan baik), lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, nescaya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik…” (Surah an-Nahl, ayat 97)

“Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan ‘amalan soleh (perbuatan baik), bahawa mereka akan memperolehi Taman Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai…” (Surah al-Baqarah, ayat 25)

Masukkan sumbangan anda ke dalam akaun AMAL Sarawak:
(This is AMAL Sarawak’s bank account for your reference:)

Akaun AMAL Malaysia Cawangan Sarawak

Atau CEK bayaran kepada “Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak”, dan hantar ke alamat di bawah:
(Or send your cheque to below address:)

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak
Lot 741, Jalan Pujut 9, 98000 Miri, Sarawak
No. Telefon: 016-8909717

Email: amalsarawak@yahoo.com.my

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak pada masa akan datang, sila hubungi Ustaz Ibrahim Mat Isa (019-4535119), Saudara Mohd Ali Murad (013-3640105) atau layari laman sesawang www.amalsarawak.net.

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

Wallahu a’lam bissawab.

 

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Leave a Reply