[Karnival Ekonomi Islam 1432H @ Masjid Ar-Rayyan]
AMAL Sarawak, Miri: Alhamdulillahi kathiran! Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Agung lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Sukacita dimaklumkan insya Allah Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Masjid Ar-Rayyan, Permyjaya Miri akan menganjurkan satu program yang dinamakan Karnival Ekonomi Islam pada Ahad, 26 Disember 2010 bersamaan 20 Muharram 1432H sempena Ma’al Hijrah 1432H. Satu Forum Perdana Ehwal Islam juga akan turut diadakan.
Seluruh Muslimin-Muslimat di sekitar Bandaraya Miri dijemput bersama-sama menjayakan program tersebut. Bersama kita mengazamkan agar Tahun Baru 1432H masa untuk menjadi hamba Allah yang semakin baik dan peluang untuk bertambah-tambahnya ‘amalan. Selamat berhijrah dengan makna sebenar dengan penuh keikhlasan dan semoga kita semua menjadi orang-orang yang bertaqwa!
Masukkan sumbangan anda ke dalam akaun AMAL Sarawak:
(This is AMAL Sarawak’s bank account for your reference:)

Atau CEK bayaran kepada “Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak”, dan hantar ke alamat di bawah:
(Or send your cheque to below address:)
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak
Lot 741, Jalan Pujut 9, 98000 Miri, Sarawak
No. Telefon: 016-8909717
Email: amalsarawak@yahoo.com.my
Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Miri pada masa akan datang, sila hubungi Saudara Muhtar Suhaili (016-8909717), Ustaz Shahrul Ramadhan Shuib (013-2821445), Saudari Wan Lydia Salmi Wan Junaidi (016-8509242), Ustazah Hasnita Mohd Rejab (019-5566078) atau layari laman sesawang www.amalsarawak.net.
TERAS BUDAYA AMAL:
-
Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
-
Berakhlak Mulia,
-
Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
-
Berkemahiran dan Berketrampilan.
Wallahu a’lam bissawab.
“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”



