AMAL Sarawak, 07 Dzulhijjah 1431H: Alhamdulillah. Insya Allah, bersempena dengan kedatangan Hari Raya ‘Eidul Adha atau lebih dikenali dengan Hari Raya Qurban, Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dan Bintulu Iqra’ Center (BIC) akan mengadakan Majlis Qurban dan Aqiqah di Sarikei dan Penempatan Saudara Kita di Ulu Kota, Pakan. Insya Allah, Perasmian Surau AMAL Al-Azhar juga akan diadakan pada masa yang sama. Program ini adalah hasil dari penyertaan individu-individu dari Miri, Sarikei dan terutamanya dari Bintulu.
Sehubungan dengan itu, bagi pihak penganjur, Bintulu Iqra’ Center ingin mengajak seramai mungkin masyarakat untuk turut serta dalam program ini nanti. Anda boleh menyertai untuk mengambil bahagian dalam Qurban atau Aqiqah. Anda juga boleh menyumbangkan makanan, pakaian, sumbangan wang ringgit atau boleh juga menyumbangkan (meminjamkan) pacuan empat roda untuk kegunaan rombongan ke sana.
Berdasarkan perancangan semasa, para peserta dari Bintulu dan Miri akan bertolak pada malam 19 November 2010 (Jumaat). Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat, anda bolehlah menghubungi nombor-nombor telefon yang dipaparkan di dalam poster di atas.
Semoga segala usaha kita ini mendapat keredhaan dan rahmat dari Ilahi. Mudah-mudahan segala ‘amal dan ibadah yang kita laksanakan diterima oleh Allah SWT. Semoga kita menjadi orang-orang bertaqwa yang sanggup berkorban apa sahaja untuk Islam kerana Allah dan RasulNya. Amiin Ya Rabb!
Sila baca juga: Laporan Program Qurban 1430H AMAL Sarawak
Wallahu a’lam bissawab.
TERAS BUDAYA AMAL:
-
Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
-
Berakhlak Mulia,
-
Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
-
Berkemahiran dan Berketrampilan.
“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

