AMAL Sarawak, 29 Sya’ban 1431H: Alhamdulillah. Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak insya Allah akan mengambil bahagian dalam program “Safari Ramadhan Al-Mubarak 1431H” ke Masjid-masjid dan Surau-surau di Bahagian Miri anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Miri dengan kerjasama dan dokongan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tabung BaitulMal Sarawak, AMAL Sarawak, Harakah Islamiah Sarawak (HIKMAH), Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Urusetia Saudara Kita (USK).
Alhamdulillah, satu mesyuarat dan taklimat berkaitan program telah diadakan pada Isnin, 9 Ogos 2010, 2.30 petang bertempat di Pejabat Agama Islam Bahagian Miri. Kesemua wakil-wakil agensi dan pengerusi-pengerusi badan yang terlibat telah hadir dan memberi komitmen untuk menjayakan program kali ini.
Berikut merupakan jadual program berkenaan:
-
12 Ogos 2010: Safari Ramadhan, Masjid Darul Khairat, Bakam
-
14 Ogos 2010: Safari Ramadhan, Kampung Mohd Taha, Bakong
-
15 Ogos 2010: Safari Ramadhan, Surau Darul Hijrah, Piasau
-
17 Ogos 2010: Safari Ramadhan, Masjid Al-Jabbar, Pekan Niah
-
19 Ogos 2010: Safari Ramadhan, Surau Madinah, Kuala Sibuti
-
20 Ogos 2010: Safari Ramadhan, Surau Nurul Yakin, Kampung Muhibbah, Ladang 3, Niah
-
22 Ogos 2010: Safari Ramadhan, Surau Zin Galau, Kampung Padang Kerbau, Marudi
-
25 Ogos 2010: Safari Ramadhan, Masjid Nurul Ibadah, Kampung Muhibbah, Kuala Baram
-
26 Ogos 2010: Sambutan Nuzul Qur’an Peringkat Negeri, Masjid At-Taqwa Miri
-
28 Ogos 2010: Malam Bersamamu Palestin (Perkongsian Mavi Marmara), Masjid At-Taqwa Miri
-
29 Ogos 2010: Safari Ramadhan, Rmh Panjang Jonathan, Niah
-
30 Ogos 2010: Majlis Kesyukuran Sempena Kemerdekaan, Masjid At-Taqwa Miri
-
2 Sept 2010: Safari Ramadhan, Surau Darul Makmur, Kampung Tanjung Belipat, Niah
-
3 Sept 2010: Safari Ramadhan, Surau Darul Hijrah, Batu Telingai, Suai
-
4 Sept 2010: Safari Ramadhan, Masjid Sinaran, Kampung Ranchah-ranchah, Bekenu
Semua AMALian dan orang ramai dijemput turut serta dalam jaulah dakwah ini. Tentatif program Safari Ramadhan adalah seperti berikut:
-
6.40 petang: Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Jamuan Makan
-
7.30 malam: Tazkirah Ringkas, Solat Isya’ dan Tarawih berjamaah
-
9.45 malam: Moreh/ Bersurai
Mudah-mudahan segala ‘amal dan ibadah yang kita laksanakan di dalam bulan yang mubarak ini akan mendapat keberkatan dan pahala dari Allah SWT. Semoga kita menjadi orang-orang yang bertaqwa. Amiin Ya Rabb!
Wallahu a’lam bissawab.
TERAS BUDAYA AMAL:
-
Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
-
Berakhlak Mulia,
-
Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
-
Berkemahiran dan Berketrampilan.
“WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH”
“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”


Kepada para muallaf, boleh rujuk blog saya sebagai panduan.