[Karnival AMAL Merdeka 2010 @ Bintulu (Edisi Ramadhan)]
AMAL Sarawak, Bintulu: Alhamdulillahi kathiran! Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Agung lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak Unit Bintulu akan menganjurkan Karnival AMAL Merdeka 2010 (Edisi Ramadhan 1431H). Berikut merupakan pengisian-pengisian program yang akan dilaksanakan:
- 7 Ogos 2010: Forum Di Ambang Ramadhan & Pelancaran Tabung Infaq Ramadhan
- 8 Ogos 2010: Ziarah Dakwah 1 ke Kampung Pandan, Sebauh
- 15 Ogos 2010: Ziarah Dakwah 2 ke Kampung Sebauh
- 21 Ogos 2010: AMAL Eidul Ilmi (Remaja Meraikan Ramadhan)
- 22 Ogos 2010: Ziarah Dakwah 3 ke Kampung Jepak
- 28 Ogos 2010: Qiammullail Mega
- 29 Ogos 2010: Pameran Kemerdekaan & Berbuka bersama AMAL-BIC di Masjid As-Syakirin
- 30 Ogos 2010: Iftor Jam’ei & Ceramah Nuzul Al-Quran
- 31 Ogos 2010: Penutupan Rasmi & Penyampaian Sumbangan dari Tabung Infaq Ramadhan dan Iftor di Masjid Darul Hidayah
Seluruh Muslimin-Muslimat di sekitar Bintulu dijemput bersama-sama menjayakan program-program tersebut. Bersama kita mengazamkan agar Ramadhan yang bakal menjelang merupakan Ramadhan terbaik dan masa untuk bertambah-tambahnya ‘amalan. Selamat beribadah dengan penuh keikhlasan dan semoga kita semua menjadi orang-orang yang bertaqwa!
Firman Allah SWT (maksudnya):
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diWAJIBkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu berTAQWA.” (Surah Al-Baqarah 2, ayat 183)
Masukkan sumbangan anda ke dalam akaun AMAL Sarawak:
(This is AMAL Sarawak’s bank account for your reference:)

Atau CEK bayaran kepada “Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak”, dan hantar ke alamat di bawah:
(Or send your cheque to below address:)
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak
Lot 741, Jalan Pujut 9, 98000 Miri, Sarawak
No. Telefon: 016-8909717
Email: amalsarawak@yahoo.com.my
Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Bintulu, sila hubungi Ustaz Salehuddin Abu Samah (019-4823755), Ustaz Sardi Ismail (013-9235267), Ustaz Ibrahim Mat Isa (019-4535119), Saudari Hafsah Mardiah (019-9805803) atau layari laman sesawang www.amalsarawak.net.
TERAS BUDAYA AMAL:
-
Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
-
Berakhlak Mulia,
-
Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
-
Berkemahiran dan Berketrampilan.
Wallahu a’lam bissawab.
“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”


