Perkembangan Terkini Surau AMAL Al-Azhar

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Perkembangan Pembinaan Surau AMAL Al-AzharPerkembangan Pembinaan Surau AMAL Al-Azhar

[Perkembangan Terkini Pembinaan Surau AMAL Al-Azhar]

AMAL Sarawak, 23 Rejab 1431H: Alhamdulillahi kathiran! Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Bintulu Iqra’ Center (BIC), Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Sarikei dan Harakah Islamiah (HIKMAH) Sarawak sedang mengusahakan pembinaan Surau AMAL Al-Azhar di Perkampungan Saudara Kita di Ulu Kota, Pakan, Sarikei. 

 

Alhamdulillah, pada 3-4 Julai 2010 yang lepas, Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak Saudara Muhtar Hj Suhaili bersama Saudara Mohd Ali Murad, Saudara Nuzul Adzwan Sulaiman dan Saudara Mohd Syukrani Addi Rizal Voon  telah sekali lagi turun padang ke Ulu Kota bagi tujuan pemantauan pembinaan Surau berkenaan. Turut hadir sama ialah Ketua Kaum Encik Azhar bin Abdullah dan penduduk Perkampungan Saudara Kita.

 

Untuk makluman, majlis pecah tanah tapak Surau berkenaan telah dijalankan pada 14 Februari 2010 yang lepas manakala penentuan arah Qiblat telah dibuat pada 12 Mac 2010 dan turut dihadiri oleh sukarelawan-sukarelawan AMAL serta pegawai-pegawai dari JAIS, HIKMAH dan Jabatan Tanah & Survei.

 

Menurut perjanjian dengan Kontraktor asal, pembinaan Surau ini dijangka siap pada Jun 2010. Alhamdulillah, sehingga kini hampir 60% daripada keseluruhan struktur Surau ini telah disiapkan.  Atas sebab-sebab tertentu dan demi kebaikan bersama, setelah perbincangan diadakan antara AMAL Sarawak dan Kontraktor, persetujuan telah dicapai untuk menamatkan perkhidmatan Kontraktor asal dengan membayar 55.8% daripada jumlah Kontrak yang telah dipersetujui. Tiada sebarang tuntutan daripada kedua-dua belah pihak disebabkan penamatan kontrak tersebut.

 

Melalui ziarah kali ini juga, satu Kontraktor baru yang diketuai oleh Encik Mambang Ak Mgpili telah dilantik untuk meneruskan pembinaan Surau ini sehingga siap. Keputusan ini dibuat atas syor Ketua Kaum Encik Azhar bin Abdullah dan turut dipersetujui oleh ahli rombongan yang hadir. Insya Allah, sepertimana yang telah dipersetujui dalam perjanjian dengan Kontraktor baru, Surau ini hendaklah disiapkan sebelum 31 Ogos 2010 iaitu sebelum Hari Raya ‘Eidul Fitri 1431H.

 

Sila baca juga catatan penuh Saudara Mohd Ali:

   - Expidisi Ulu Kota Siri 7: Mencari Redha Petara.

 

Marilah kita sama-sama doakan semoga urusan pembinaan Surau AMAL Al-Azhar ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan menjadi masjid yang dibina atas dasar taqwa.

 

Ziarah AMAL ke Ulu Kota Julai 2010Ziarah AMAL ke Ulu Kota Julai 2010

[Antara kenangan manis ziarah kali ini ialah ahli rombongan terpaksa berjalan kaki hampir 2 jam menaiki dan menuruni bukit semasa pergi dan balik dari Bukit Alum @ Amal ke Perkampungan Saudara Kita kerana masalah jalan tanah merah yang becak dan tidak membolehkan kami meneruskan perjalanan hatta dengan 4WD Toyota Hilux. RedhaMu Ya Allah yang kami damba!] 

Sebagai perkongsian, marilah kita sama-sama menghayati lirik nasyid yang amat bermakna berikut. Semoga ada khairnya.

Carilah Redha Tuhan

 

Carilah redha Tuhan, kita tidak akan kecewa

Carilah redha  Tuhan, kita akan tenang 

Jangan cari redha manusia, kita akan kecewa

Suka manusia kepada kita bukan berpanjangan

 

Adakala sukanya kepada kita, sukanya hanya pura-pura

Suatu hari nanti akan nyata juga 

Adakala redhanya kepada kita, di waktu kita senang

Setelah kita susah, kita dibuang dan ditendang

 

Janganlah membuat sesuatu kerana keredhaan manusia

Kerana manusia ramai yang tidak mengenang jasa 

Buatlah sesuatu untuk keredhaan Tuhan

Manusia suka atau benci tak usah dipedulikan

 

Yang penting kita buat itu Tuhan suka

Yang penting usaha kita itu Tuhan redha 

Dengan manusia tak usah ambil kira

Manusia hendak puji atau manusia hendak caci

Itu soal dia

 

Yang penting apa kata Tuhan

Keredhaan Tuhan itu penting

Redha-NYA adalah balasan

Balasan-NYA adalah berkekalan

 

Carilah keredhaan Tuhan

Hati senang, Hati tenang… 

 

Selain Ulu Kota, Pakan, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak juga akan meneruskan aktiviti program Ziarah Dakwah ke perkampungan-perkampungan Saudara Baru dan Non-Muslim yang berada di Kuching, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri. Sebarang sumbangan daripada seluruh Muslimin dan Muslimat amatlah dihargai. Semoga Allah merahmati kita semua dalam jalan dakwah ini. ‘Isy ‘azizan aumut syahidan!

Masukkan sumbangan derma ke dalam akaun AMAL Sarawak: (This is AMAL Sarawak’s bank account for your reference:)

[Sila sms ke 016-8909717 selepas bank-in untuk rekod.] 

Akaun AMAL Malaysia Cawangan Sarawak

Atau CEK bayaran kepada “Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak”, dan hantar ke alamat di bawah: (Or send your cheque to below address:)

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak Lot 741, Jalan Pujut 9, 98000 Miri, Sarawak No. Telefon: 016-8909717 Email: amalsarawak@yahoo.com.my

 

Sesungguhnya Allah SWT akan memberikan kemenangan kepada mereka yang berjuang keranaNya. Allah telah berjanji:

“Intansurullah! Yansurkum (Jika kamu membela agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu)”.

 

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak pada masa akan datang, sila hubungi Saudara Muhtar Suhaili (016-8909717), Ustaz Abdul Halim Abdul Kadir (019-3491567), Saudara Abdul Aziz (019-8874784), Ustaz Sardi Ismail (013-9235267), Saudari Wan Lydia Salmi Wan Junaidi (016-8509242) atau layari laman web www.amalsarawak.net.

 

Wallahu a’lam bissawab.

 

Sila baca juga artikel yang berkaitan berikut:

1. Perkembangan Pembinaan Surau AMAL Al-Azhar

2. Penentuan Arah Qiblat Surau AMAL Al-Azhar 

3. Misi AMAL Ad-Da’wah Ila Allah ke Ulu Kota, Pakan

4. Ziarah Dakwah AMAL Ke Ulu Kota, Pakan, Sarikei

5. Ziarah Dakwah AMAL Siri 2 Ke Ulu Kota, Pakan

6. Sebuah Catatan: Ekspedisi Dakwah Ke Ulu Kota

7. Kembara Mahabbah AMAL Ke Ulu Kota, Pakan

8. Saudara Kita Di Ulu Kota.. Keprihatinan Muslimin Ditagih!

 

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

6 Responses to “Perkembangan Terkini Surau AMAL Al-Azhar”

  1. hidayatiabdullah says:

    assalamualaikum…besar sungguh pengorbanan saudara seISlam semua…semoga mendapat barakah dari ALLAH SWT…kalau ada pgram lagi..sya ingin menyertai..kami pernah ziarah ke sana 9hb mei 2011..mereka sgt gembira dgn kedatangan kami..tp malangnya..kami terpaksa balik lagi pada petang tersebut..atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan…sya berharap, sya dan rakan2 seperjuangan dapat menyertai rombongan ustaz untuk yang akan dtg nanti..insyaALLAH…

  2. hidayatiabdullah says:

    ini no kontek sya..014-5870270

  3. AMAL Sarawak says:

    Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Sila berhubung dengan AMAL Sarwak Unit Sarikei, Cikgu Mohd Asrin di alamat email as_rainz@yahoo.com. Syukran jazilan.

Leave a Reply