AMAL Sarawak, 5 Rejab 1431H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Alhamdulillah, pada 15-17 Jun 2010 yakni bersamaan dengan 2 hingga 4 Rejab 1431H, Kelab Mahasiswa AMAL Sarawak di bawah naungan Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Miri telah menganjurkan Kem Remaja Islam 2010 (KRIS’10) bertempat di Miri, Sarawak. Kem yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri itu mengumpulkan pelajar-pelajar dari 10 buah sekolah menengah yang beragama Islam dari sekitar Miri, Bintulu, dan Limbang.
Sila baca juga: Kem Remaja Islam Sarawak (KRIS) 2009 dan Kem Remaja Islam Sarawak (KRIS) 2010 - Zon 1.
Program ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan menanam kecintaan kepada cara hidup Islam serta sekaligus memberi kesedaran dan pendedahan tentang kepentingan kecemerlangan akademik kepada para peserta daripada kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah melalui aktiviti-aktiviti seperti kuliah, ceramah, forum, latihan dalam kumpulan dan lain-lain lagi.
Secara ringkasnya, berikut merupakan jadual program tersebut:
15 Jun 2010 (Selasa)
2.00 ptg: Ketibaan dan Pendaftaran Peserta KRIS
3.00 ptg: Taklimat Pengarah KRIS dan JK Disiplin
3.30 ptg: Solat Asar berjemaah dan Tazkirah 1
4.30 ptg: Taaruf, Pembahagian Kumpulan dan Ice Breaking
5.30 ptg: Khidmat Diri dan Makan Malam
6.30 mlm: Solat Maghrib, Tazkirah 2 oleh Saudara Arifiriazul Paijo dan Isya’ berjemaah
8.30 mlm: Ceramah 1 oleh Saudara Muhtar Suhaili
10.30 mlm: Supper dan Tidur
16 Jun 2010 (Rabu)
4.00 pagi: Qiamullail
4.51 pagi: Solat Subuh berjemaah dan Tazkirah 3
6.00 pagi: Persiapan Diri dan Sarapan
7.30 pagi: Ceramah 2 oleh Ustaz Azatul Ridzuan Hassan
9.30 pagi: Minum/ Rehat
10.00 pagi: LDK 1: “Eksplorasi Jiwa dan Minda”
11.30 pagi: Rehat dan Makan Tengahari
12.30 tghari: Solat Zohor berjemaah dan Tazkirah 4
1.30 ptg: Ceramah 3 oleh Ustaz Malsiron Rogikin
3.30 ptg: Persiapan Diri, Solat Asar dan Tazkirah 5
4.30 ptg: Riadah Petang: “Explorace”
5.45 ptg: Rehat, Makan, Persiapan Diri
6.30 mlm: Solat Maghrib berjemaah
7.00 mlm: LDK2: “Brainstorming”
8.00 mlm: Solat Isya’ berjemaah
8.30 mlm: LDK 3: “Ilmu Pelita Hidup”
9.30 mlm: Bisikan Angin Malam (Re-call)
10.30 mlm: Supper dan Tidur
17 Jun 2010 (Khamis)
4.00 pagi: Qiamullail
4.51 pagi: Solat Subuh berjemaah dan Tazkirah 6
5.45 pagi: Riadah Pagi
6.30 pagi: Persiapan Diri dan Sarapan
7.30 pagi: Ceramah 4 oleh Ustaz Niz Mohd Syazmizi Nik Sin
9.30 pagi: Minum/ Rehat
10.00 pagi: LDK 4: “Cetusan Minda Remaja”
11.30 pagi: Rehat dan Makan Tengahari
12.30 tghri: Solat Zohor berjemaah
1.00 ptg: Persiapan Penutup
2.00 ptg: Majlis Penutup
4.30 ptg: Solat Asar berjemaah
5.00 ptg: Gotong-royong dan Bersurai
Seramai 75 orang peserta iaitu terdiri daripada 32 orang Muslimin dan 44 orang Muslimat telah menghadiri program ini. Sebanyak 10 buah sekolah di sekitar Miri telah menghantar peserta untuk mengikuti program ini iaitu Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang, SM Sains Miri, SMK Agama Miri, SM Teknik Miri, SMK Dato Permaisuri Miri, SMK Baru Miri, SMK Merbau, SMK Luak dan SMK St Columba. Para peserta ini kebanyakannya terdiri daripada pelajar dari Tingkatan 1, 2, 4 dan beberapa pelajar Tingkatan 5 dan 6.
Antara pengisian program KRIS’10 adalah seperti berikut:
-
Kuliah Dasar 1: “Islam Sebagai Ad-Deen” oleh Saudara Mukhtar Suhaili • Apa ertinya saya menganut Islam • Aplikasi Islam dalam kehidupan seharian
-
Kuliah Dasar 2: “Sains Solat” oleh Ustaz Azatul Ridzuan Bin Hassan • Rahsia di sebalik solat
-
Kuliah Dasar 3: “Seek for Iman” oleh Ustaz Malsiron Rogikin (JAIS, Miri) • Akhlak mulia membentuk peribadi mulia
-
Kuliah Dasar 4 : “Akhlak Islamiyyah” oleh Ustaz Nik Shazmizi • Akhlak yang dituntut dalam Islam
-
LDK 1: Eksplorasi Jiwa dan Minda
-
LDK 2: Brainstorming
-
LDK 3: Ilmu Pelita Hidup
-
Bisikan Angin Malam (Re-call)
-
LDK 4: Debat Remaja
Majlis penangguhan KRIS’10 telah disempurnakan oleh Pengetua Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Cik Hasimah Binti Abg Zen. Pengarah Program, Saudara Ishak bin Abbas, menyatakan harapan di dalam ucapan penutupannya agar penerapan nilai-nilai Islam dalam diri setiap individu Muslim dapat diketengahkan dari peringkat awal lagi dan program seumpama ini dapat dipertingkatkan lagi agar dapat dijadikan platform sebagai salah satu usaha dakwah di kalangan belia.
Setinggi- tinggi penghargaan turut diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak, Jabatan Agama Islam Sarawak Bahagian Miri, Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang selaku tuan rumah untuk program KRIS’10 kali ini, sekolah-sekolah yang terbabit serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program Kem Remaja Islam Sarawak 2010.
Semoga program seperti ini mendapat sambutan yang lebih memberangsangkan pada masa akan datang demi meningkatkan kefahaman Islam dalam masyarakat di bumi Sarawak tercinta, insya’ALLAH. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.
“UKHUWAH TERBINA, SAHSIAH TERLAKSANA,
AKIDAH TERPELIHARA”
Disediakan Oleh;
SAIDATUL SAADIAH BINTI HASSAN
Setiausaha KRIS’10 Zon 3
Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak pada masa akan datang, sila hubungi Saudara Muhtar Suhaili (016-8909717), Ustaz Abdul Halim Abdul Kadir (019-3491567), Saudara Abdul Aziz (019-8874784), Ustaz Sardi Ismail (013-9235267), Saudari Wan Lydia Salmi Wan Junaidi (016-8509242) atau layari laman web www.amalsarawak.net.
TERAS BUDAYA AMAL:
-
Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
-
Berakhlak Mulia,
-
Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
-
Berkemahiran dan Berketrampilan.
Wallahu a’lam bissawab.
“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”





