


Peserta Konvoi ke GAZA dari Malaysia Diumumkan
AMAL Malaysia, Kuala Lumpur, 15 Mei 2010: Alhamdulillah, Seketariat Lifeline4Gaza “Life Line For Gaza - Talian Hayat Untuk Gaza” (http://www.lifeline4gaza.org/) hari ini mengumumkan senarai peserta dari Malaysia yang terpilih untuk menyertai konvoi kapal laut terbesar yang akan menerobos sekatan ke atas Semenanjung Gaza dalam misi terdekat.
Semua permohonan untuk menyertai konvoi ini disaring dan dipilih oleh pihak penganjur utama konvoi, Pertubuhan Hak Asasi dan Bantuan Kemanusiaan (IHH) iaitu sebuah NGO yang berpengkalan di Turki.
Konvoi dari Malaysia akan diketuai oleh Sdr Noorazman bin Mohd Samsuddin yang juga merangkap Pengerusi Biro Haluan Palestin dan Pengarah Projek Lifeline4Gaza di Malaysia.
Berikut ini disenaraikan nama-nama mereka yang dipilih oleh IHH untuk ke GAZA:
1. Noorazman Bin Mohd Samsuddin (Ketua Misi - HALUAN Palestin)
2. Dr Mohd Arba’ai Bin Shawal (HALUAN Palestin)
3. Dr S Muhamad Haleem Bin S Hassan (HALUAN Palestin)
4. Dr Selamat Bin Aliman (Jamaah Islah Malaysia)
5. Jamuliddin Bin Elias (Yayasan AMAL Malaysia)
6. Ustaz Al Hami Husain Bin Suhaimi (HALUAN Palestin)
7. Mohd Nizam Bin Mohamad (HALUAN Palestin)
8. Abd Halim bin Mohamed Redzuan (Muslim Care)
9. Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus (Aqsa Syarif Bhd)
Dua lagi slot untuk wakil media telah dikhususkan untuk media - Astro Awani & TV3, tetapi setakat pengumuman ini dikeluarkan, penyertaan daripada TV3 masih belum muktamad.
Perkembangan terkini konvoi boleh diikuti melalui saluran media projek Lifeline4Gaza iaitu Radio IKIM.fm, Sinar Harian, ILuvIslam dan TV3.
Peserta konvoi akan diberikan taklimat pada 16hb Mei. Satu sidang akhbar akan diadakan pada 18hb Mei pada masa dan tempat yang akan diumumkan kelak.
Peserta konvoi dari Malaysia akan bertolak ke Istanbul pada 19hb Mei dengan kapal terbang untuk menaiki kapal yang sedang menunggu di sana. Konvoi kapal dijadualkan akan bertolak dari Istanbul ke Antolia pada 21hb Mei dan akan belayar ke Gaza dua hari kemudian.
“Aku hanya berwasiat pada kalian andainya kami tiada – teruskanlah perjuangan ini, tingkatkanlah dakwah kepada masyarakat, mantapkanlah tarbiyah diri, keluarga dan anak-anak didik kalian yang ada.”
Demikian antara amanat yang ditinggalkan oleh Ketua misi konvoi Lifeline4Gaza dari Malaysia ke Gaza, Sdr Noorazman Mohd Samsuddin yang akan berangkat ke Turki pada 19hb Mei nanti. Amanat tersebut dibuat selepas senarai peserta konvoi dari Malaysia diumumkan.
Konvoi ke GAZA - Peserta Malaysia Bertolak Malam Ini
AMAL Malaysia, Kuala Lumpur, 18 Mei 2010: Antara peserta Malaysia yang akan menyertai Konvoi ke Gaza adalah wakil dari Yayasan Amal Malaysia yang akan bertolak malam ini iaitu En Hj. Jamuliddin Hj. Elias, Timbalan Presiden AMAL Malaysia.
Beliau akan bertolak bersama-sama beberapa lagi peserta dari NGO di Malaysia. Peserta konvoi dari Malaysia akan bertolak ke Istanbul pada 19hb Mei dengan kapal terbang untuk menaiki kapal yang sedang menunggu di sana. Konvoi kapal dijadualkan akan bertolak dari Istanbul ke Antolia pada 21hb Mei dan akan belayar ke Gaza dua hari kemudian.
Menurut En Jamaludin, beliau tidak pasti bila tarikh akan pulang sebab banyak kemungkinan akan berlaku susulan ancaman-ancaman dari pihak Israel.
Wakil AMAL Malaysia Selamat Sampai di Istanbul, Turki
AMAL Malaysia, Shah Alam, 19 Mei 2010: Sdr Hj Jamuliddin telah selamat sampai di Istambul 17.00 petang (12.00 tengahari tadi waktu tempatan). Beliau menghantar sms dari Istambul sebentar tadi. Beliau juga mengingatkan supaya jika ada rakyat Malaysia yang ingin menyumbang derma, beliau masih boleh terima sebab di sana terdapat Maybank untuk dikeluarkan wang sumbangan tersebut.
Rakyat Malaysia yang berhajat untuk memberikan sumbangan, sila hulurkan melalui Maybank Jamuliddin Elias, 162115907128. Selepas bank-in, sila hantar sms kepada beliau +6019-6644796. Beliau masih menerima sehingga 23 Mei 2010.
Beliau dan ahli konvoi ke Gaza akan berlepas dari Pelabuhan Antolia, Istanbul pada 24 Mei 2010 dengan kapal laut ke Gaza, Palestin.
Beliau juga berpesan supaya rakyat Malaysia berterusan mendoakan keselamatan ahli rombongan serta misi tersebut ke Gaza selamat dan sempurna, Insyaallah.
Kapal Mavi Marmara Mulakan Pelayaran Dengan Sambutan Penuh Gemilang
AMAL Malaysia, Kuala Lumpur, 24 Mei 2010: Israel mengancam akan menghantar 2 atau 3 kapal penuh dengan rakyatnya yang bersenjata untuk menghalang kemasukan konvoi kemanusiaan ke Gaza. Berita ancaman yang disampaikan oleh Presiden IHH, Bulent Yildirim itu dijawab oleh sekitar 5 ribuorang dengan meneriakkan takbir dan tahlil dalam upacara perlepasan kapal utama Konvoi Kemanusiaan “Lifeline for Gaza” meninggalkan dermaga pelabuhan Eminonu, Istanbul pada hari Sabtu 22 Mei lalu.
Kapal Mavi Marmara yang berwarna putih dan biru muda dan mengibarkan bendera Turki itu berlayar menuju selatan tepat jam 2 tengahari waktu tempatan (jam 7 malam waktu Kuala Lumpur), menuju pelabuhan Antalya. Kapal tersebut akan meneruskan perjalanan berhadapan dengan kepungan armada tentera laut Zionis Israel pada hari Selasa 25 Mei bersama-sama 8 kapal lain daripada Turki, Greek, Sweden, Ireland dan England.
Konvoi bantuan kemanusiaan ini akan disertai oleh seramai lebih 700 orang aktivis kemanusiaan, anggota perlimen dan wartawan daripada 42 buah negara. Wakil-wakil daripada NGO Malaysia turut menyertai konvoi ini, termasuklah daripada Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN), Muslim Care, Jamaah Islah Malaysia dan Yayasan Amal Malaysia. Mereka turut hadir memeriahkan upacara perlepasan tersebut, bersama-sama peserta lain dari Indonesia, Kuwait, England, Sepanyol dan lain-lain lagi. Peserta konvoi akan menaiki kapal berkenaan di Pelabuhan Antalya.
Konvoi kapal kemanusiaan ini akan membawa muatan lebih dari 10 ribu tan bantuan kemanusiaan berupa bahan binaan bangunan seperti simen dan besi, ubat-ubatan, peralatan rumah hospital, peralatan sekolah dan makanan kanak-kanak dan bayi-bayi di Gaza.
Pada masa yang sama, lebih daripada 20 kapal-kapal kecil yang dipenuhi pemuda-pemudi Turki turut mengiringi bertolaknya Mavi Marmara menuju Pelabuhan Antalya. Mereka meneriakkan kalimah membela Palestin serta takbir dan tahlil sambil mengibar-kibarkan bendera Palestin dan Turki.
Sukarelawan-sukarelawan Malaysia turut menaiki salah sebuah kapal kecil tersebut bersama-sama pemuda-pemudi Turki. Lagu-lagu tema Palestin nyayian Shoutul Harokah turut dimainkan, yang membangkitkan semangat semua mereka yang menaiki kapal tersebut.
Ketua wakil-wakil NGO daripada Malaysia, Tn Haji Noorazman bin Mohd Samsuddin, merupakan pemidato yang pertama naik ke pentas. Pidato beliau telah diterjemahkan oleh Naib Presiden IHH, Huseyin Oruc, ke dalam bahasa Turki. Turut menyampaikan pidato adalah wakil NGO daripada Kuwait, England, Ketua Pertubuhan Palestin 1948 Sheikh Ra’id Salah, dan juga seorang pemuda Palestin yang cacat akibat kekejaman Israel.
Tn Haji Noorazman yang dijemput ke pentas sebagai mewakili NGO-NGO daripada kawasan Asia Tenggara. Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa rakyat Malaysia dan Indonesia telah menyatakan perasaan bencinya kepada embargo ini dengan memberikan infaq, melakukan demonstrasi, serta memberi sokongan penuh kepada konvoi kemanusiaan ini. Beliau turut mendoakan agar Allah memberkati semua masyarakat prihatin yang sudi menghulurkan bantuan bagi menyokong konvoi ini.
“Saya berdiri di sini mewakili masyarakat Malaysia dan Indonesia yang jumlah penduduknya hampir 300 juta orang,” kata beliau dalam bahasa Inggeris. Beliau menegaskan, kerana besarnya amanah itu, maka tekad mereka untuk menyampaikan amanah itu pun sangat besar. Meskipun diancam oleh Israel, mereka akan tetap berusaha untuk sampai ke Gaza, “Walaupun kami terpaksa berenang ke pantai Gaza!”
Syeikh Ra’id akan turut menyertai konvoi kapal kemanusiaan ini. Dalam pidatonya, Syeikh Ra’id meminta izin kepada yang hadir khususnya ribuan warga Turki, untuk menyampaikan kepada para anak yatim, janda-janda, orang cacat, orang sakit, dan seluruh warga Gaza, bahawa mereka tidak bersendirian akibat diembargo oleh Zionis Israel dan sekutunya. “Tunggulah wahai saudara-saudaraku warga Gaza, kami akan datang menemani kalian yang sedang ditimpa kezaliman!” jerit beliau.
Presiden IHH, Bulent Yildirim, turut menyampaikan pidato selama lebih setengah jam, dengan hujah-hujah penting melibatkan sikap pemimpin dunia yang bersikap dua muka terhadap permasalahan Palestin. “Kami adalah konvoi keamanan yang tidak membawa sebarang senjata. Yang ada hanyalah 150 batang pensil!” [Merujuk kepada barangan sekolah yang dibeli oleh kami relawan Malaysia, antara lain termasuklah 300 beg sekolah yang berisi peralatan menulis, setiap beg berisi 6 batang pensil].
Bulent turut berhujah, “Wahai para pemimpin dunia, wahai para pemimpin OIC, wahai para pemimpin Amerika dan Eropah, wahai Mahmud Abbas, anda melihat siaran TV Turki dan TV dunia memancarkan pelepasan kapal ini. Hari ini tolong ucapkanlah sesuatu untuk membantu Palestin, bahawa kami pergi ke Palestin untuk membantu Palestin. Tolong nyatakan kepada dunia bahawa Palestin yang sedang dijajah dan dizalimi perlu dibantu. Dan katakan kepada Israel, jangan cegah kedatangan kapal-kapal ini!”
Bulent turut menyampaikan bahawa Israel telah berkali-kali mengeluarkan ancaman akan mencegah dan menyerang konvoi kapal-kapal kemanusiaan Lifeline for Gaza. Menurut Bulent, sama sekali tidak ada perkara buruk yang dilakukan oleh kapal-kapal kemanusiaan ini. Dan menurutnya, yang buruk adalah mereka yang secara sengaja ingin menyerang kapal-kapal ini dengan senjata. “Teroris adalah mereka yang menyerang kapal-kapal bantuan kemanusiaan yang bermaksud baik dengan menggunakan senjata,” kata Bulent di tengah hujan gerimis yang semakin lebat.
Ancaman yang terakhir, menurut Bulent, adalah golongan pelampau Yahudi yang mengancam akan mengerahkan 2 atau 3 kapal membawa rakyat Israel bersenjata untuk menghadapi konvoi ini. “Bayangkan, mereka mengancam kita dengan kekerasan seperti lanun-lanun ganas,” tegas beliau. “Apakah yang akan Amerika lakukan terhadap kami jika kapal-kapal kemanusiaan ini dirompak oleh Israel? Kapal-kapal ini tidak membawa senjata, kami hanya membawa 150 batang pensil agar anak-anak Gaza dapat terus belajar,” ucap Bulent.
Kapal Marvi Marvara berlepas dengan iringan dentuman puluhan bedilan mercun, kepulan asap penuh warna-warni dan pembebasan burung-burung merpati bersama-sama ribuan biji belon berwarna merah, hijau, hitam dan putih. Para hadirin yang terdiri daripada pemuda, pemudi, kanak-kanak sekolah, warga emas dan anak-anak sudah berkumpul di dermaga sejak jam 9 pagi menyambut perpelasan Mavi Marmara dengan pekikan “Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar… Laa ilaaha illa Allahu… Allahu Akbar!” Mereka tidak henti-henti mengibarkan bendera-bendera Palestin, Turki, bendera Kalimah Tauhid dan bendera negara-negara yang diwakili oleh para peserta konvoi.
Konvoi ke GAZA akan bertolak dari Pelabuhan Antalya, Turki
AMAL Malaysia, Kuala Lumpur, 25 Mei 2010: Pasukan Konvoi ke Gaza dengan Misi Kemanusiaan untuk rakyat Gaza di jangka berlepas dari Pelabuhan Antalya, Turki pada 10.00 pagi ini waktu Malaysia (waktu tempatan 9.00 malam).
Menurut wakil AMAL Malaysia, Tn Hj Jamuliddin Hj Elias yang juga Timbalan Presiden AMAL Malaysia, beliau akan berlepas malam ini waktu tempatan. Berikut adalah sms yang di hantar oleh beliau dari Pelabuhan Antalya, Turki:
“Salam, Dari Istanbul 2Mmei ke Angkara 7jam by bas. 23Mei ke Port Antalya 8jam by bas. 24Mei jam 9pm boarding kapal bersama lebih 100 NGO seluruh dunia. Selps Subuh (waktu M’sia 10am 25Mei ) kami ke Gaza 15jam. Jangkaan jika tiada gangguan 15hari (selesai). Info terbaru 16 kapal perang Israel n ratusan kapal lanun (Israel army menyamar) sudah ada di Lautan Mediterranean). Kami standby 3 bulan, akan berusaha masuk dgn apa cara sekali pun. Jika sy meninggal dunia, sy mohon maaf zahir batin C Husin fwd kwn2, umi fwd adik beradik (YDP MPK tlg maklum pd full council), YB Dr Rani maklum kwn2. Nnow, sy boarding Kapal go to Gaza.. Hj JE at port Antalya, Turki.”
Menurut beliau lagi sewaktu diwawancara secara langsung oleh wartawan Radio IKIM.FM pada 10.00 malam tadi, beliau mengharapkan sangat doa dari rakyat Malaysia dan berterima kasih di atas sokongan. Sumbangan dari rakyat Malaysia untuk Ummat Palestin akan beliau usaha untuk sampaikan sendiri kepada mereka sebab ini adalah amanah yang telah di berikan kepada beliau oleh rakyat Malaysia khususnya.
KENYATAAN MEDIA/ PRESS RELEASE
Dari Pasukan Pengurusan Krisis, LifeLine4Gaza
Monday 31st May 2010
FOR IMMEDIATE RELEASE
The Government of Malaysia is urged to condemn Israeli raid on the Lifeline4Gaza humanitarian aid flotilla
Latest Development on the Lifeline4Gaza Flotilla;
1. As have been widely publicised, the Lifeline4Gaza flotilla has come under attack by the Israeli armed forces. Israeli aggressors have boarded the capital ship Mavi Marmara and open fire resulting in 3 volunteers dead and more than 30 others seriously injured. Mavi Marmara is one of the 7 strong flotilla enroute to Gaza to deliver the much awaited material aids to the besieged people of Gaza.
2. Twelve volunteers including media representatives from Malaysia is on board the capital ship Mavi Marmara. Their participation is purely humanitarian in nature.
3. All the objectives and movement of the flotilla is in compliance with the UN Security Council Resolution 1860 (2009) and all relevant maritime regulations. Resolution 1860 stated among others:
a) Appeal for deliverance of humanitarian aid to Gaza including food, fuel and medical assistance
b) Urge efforts to ease passage and other mechanisms for the unimpeded deliverance of aids
c) Call for all nations to support such efforts at the international level to alleviate the dire humanitarian and economic situation in Gaza
d) condemns acts of agression and attacks on civilians and all forms of acts of terrorism.
Every Malaysian participants in the flotilla are holding fast to the international regulations and laws and vow to uphold the goodname of Malaysia and our national aspirations.
4. The flotilla is laden with 10,000 tonnes of material aid. Over 540 volunteers are on board Mavi Marmara, including Parliamentarians, academics, journalists, scholars, an infant less than a year old and a senior citizen over 80 years old. No weapons were brought in this flotilla even for self defense which testifies to the wholly humanitarian nature of the mission.
5. Based on these facts it is very clear indeed that Israel has violated international laws. Whatmore the raid took place in international waters and on an unarmed aid ship on a humanitarian mission. Israeli rash action deserve a worldwide condemnation in the strongest possible term.
6. We appeal to the Government of Malaysia under the premiership of YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak and Datin Seri Paduka Rosmah Mansor in her capacity as patron for the Palestinian Aid Donations Drive to issue a statement condemning Israel for the murderous aggression on a peaceful flotilla whose objective is to deliver aid to the beseiged people of Gaza.
7. We call for the UN to convene an emergency assembly to pass a strong resolution against Israel and to summon Israeli leaders to the international court of justice for crime against humanity.
8. We call upon the Malaysians from all walks of life to express their utmost concern of the grave situation and to be ready to respond to any need for action and calls for our support in dealing with the incident.
9. We appeal to all political leaders, NGOs and the Malaysia people to join together in coming to the aid of the volunteers.
10. We also call upon every strata of the society to continue to supplicate and pray for the success of this mission and the safety of the volunteers from further untoward incidence.
Zulkifli Mohd Nani
Chairman
Crises Management Team for LL4G Malaysia
12 Rakyat Malaysia di atas Kapal Mavi Marmara
Lifeline4Gaza, Kuala Lumpur, 31 Mei 2010: Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa hari ini.
1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUAN Palestin
2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUAN Palestin
3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan, HALUAN Palestin
4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUAN Palestin
5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUAN Palestin
6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan AMAL Malaysia
8. Dr Selamat bin Aliman, Jamaah Islah Malaysia (JIM)
9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
12. Shamsul Kamal Latif, Jurukamera ASTRO
Mustafa Mansur yang mewakili Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menaiki kapal Mavi Marmara pada 29hb Mei setelah kapal Challenger II yang dinaiki beliau mengalami kerosakan di tengah perjalanan.
Kapal Mavi Marmara Telah Dikosongkan, Namun Nasib Aktivis Masih Tidak Menentu
Haluan Palestin,
Kuala Lumpur, 1 Jun 2010: Laporan terakhir mengenai keadaan misi kemanusiaan Freedom Flotilla yang dibantai oleh komando Israel menyebutkan bahawa sejumlah 535 penumpang sudah diturunkan dari kapal Mavi Marmara. Kapal itu kini dilabuhkan di Ashdod dan dalam keadaan kosong. Informasi yang diungkapkan oleh Al-Jazeera tersebut diperolehi dari Kementerian Luar Negeri Israel.
Kebanyakan penumpang berasal dari negara yang memiliki hubungan diplomatik dengan Israel, seperti Lubnan, Mesir, Yaman dan yang lainnya. Bakinya berasal dari negara yang tidak memiliki hubungan diplomatik dengan Israel.
Bagi aktivis yang berasal dari negara yang memiliki hubungan diplomatik, jika mereka tidak membantah arahan pemerintah Israel maka mereka akan dihantar pulang secara langsung dengan menaikkan pesawat yang disediakan di bandar Tel Aviv. Sedangkan bagi aktivis yang negaranya tidak memiliki hubungan diplomatik ditahan oleh Israel hingga ada negara ketiga yang mahu menerima mereka.
Sehingga laporan ini dicatatkan, Al-Jazeera menyatakan ada 48 aktivis yang telah dihantar pulang, salah seorangnya adalah Edward Peck, warga yang berusia 81 tahun yang juga merupakan mantan Duta Amerika Syarikat.
Bakinya sejumlah 480 orang ditahan di penjara Israel di Beersheba. Mereka akan dihantar pulang jika urusan perundangan mereka dengan kerajaan Israel selesai. (di/ajer/hc/hp)
Kemaskini: Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Wisma Putra mengesahkan seramai 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marvara yang diserang tentera Israel selamat tetapi kini ditahan di Haifa oleh pihak berkuasa Israel. Doakan segalanya khair. Allahu Akbar!
Yayasan AMAL Malaysia Ziarahi Keluarga Hj Jamuliddin Elias
AMAL Malaysia, Klang, 1 Jun 2010: Sebaik sampai di KLIA dari Instanbul, rombongan Yayasan Amal Malaysia (AMAL) yang diketuai oleh Presiden Cikgu Hj Husein Ismail terus bergegas ke rumah Hj Jamuliddin Elias, Timbalan Presiden AMAL di Kg. Delek, Klang, Selangor. Hj Jamuliddin adalah salah seorang rakyat Malaysia yang mewakili AMAL ke Gaza yang telah ditahan oleh Israel bersama dengan ratusan aktivis NGO seluruh dunia.
Kedatangan kami disambut oleh isteri, ahli keluarga, jiran tetangga dan seluruh penduduk Kg. Delek yang ingin tahu perkembangan selanjutnya nasib Hj Jamuliddin dan rakan-rakan yang lain. Beberapa wartawan juga turut hadir menyambut kedatangan kami. Dalam kesempatan tersebut, Presiden AMAL telah membuat sidang akhbar bagi menjelaskan isu tersebut. Presiden AMAL Cikgu Husein Ismail menjelaskan bahawa AMAL telah membawa dua misi kemanusian di Istanbul, Turki.
Misi pertama menyertai Lifeline4 Gaza, AMAL diwakili oleh Hj Jamuliddin bersama rakan-rakan NGO yang lain dari Malaysia dan bergabung dengan ratusan NGO Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia. Ia diketuai oleh NGO IHH dari Turki.
Manakala Misi kedua pula menyertai Konvensyen Kesatuan Komuniti Islam Antarabangsa ke 19 yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi dan Sosial (ESAM) yang berpangkalan di Instanbul sempena dengan sambutan memperingati 557 tahun penaklukan Kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Antara isu yang dibincangkan ialah krisis kemanusian di Gaza di mana wakil HAMAS turut menyampaikan ucapan menjelaskan perkembangan terkini di Gaza.
Pada hari pembukaan konvensyen tersebut, Misi Kemanusian Lifeline4 Gaza berlepas ke Gaza melalui kapal Mavi Marmara milik Turki. Kapal tersebut membawa 7 ribu tan bekalan makanan dan kesihatan serta 700 aktivis NGO dari serata dunia. Malaysia termasuk dalam rombongan tersebut dan Hj Jamuliddin salah seorang daripadanya.
Menurut Cikgu Husein, AMAL sentiasa mengikuti perkembangan operasi ini dari Instanbul, perkembangan terkini perjalanan misi kemanusiaan sentiasa disampaikan oleh Hj Jamuliddin melalui pesanan SMS dan telefon selain melalui internet - Al-Jazeera, Al-Arabiyah dan sumber-sumber media tempatan di Turki.
Perhubungan komunikasi terputus selepas tentera Israel menceroboh dan menawan Mavi Marmara. Kesemua rombongan yang menyertai misi ini ditahan oleh Israel di Haifa. Sehingga sekarang, AMAL putus hubungan dengan Hj Jamuliddin. Walaubagaimanapun AMAL sentiasa dimaklumkan perkembangan terkini melalui rangkaiannya di Istanbul, Mesir dan Dubai. Berita terkini semua rakyat Malaysia dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.
AMAL telah mengambil beberapa langkah ke arah membantu pembebasan rakyat Malaysia khususnya dan seluruh aktivis yang lain melalui saluran diplomatik di Dubai dan Jordan.
AMAL juga meminta kerajaan Malaysia mengambil pendiriran dan tindakan tegas melalui saluran antarabangsa agar Israel diberi tekanan supaya kesemua tahanan dibebaskan.
Kesempatan itu juga, AMAL telah menghulurkan sedikit sumbangan wang tunai kepada Isteri Hj Jamuliddin bagi meringankan bebas dan mengharapkan semua umat Islam menunaikan solat hajat agar keselamatan Hj Jamal dan seluruh aktivis NGO dilindugi Allah. Isteri Hj Jamuliddin dan anak-anaknya kelihatan sabar dan tenang menghadapi dugaan ini dan menyerahkan kesemuanya kepada Allah SWT. Doakan segalanya khair. Amiin.
12 rakyat Malaysia ditawan Israel dibebaskan
AMAL Malaysia, Kuala Lumpur, 2 Jun 2010: Kesemua 12 rakyat Malaysia yang ditawan oleh tentera Israel semasa kapal Mavi Marmara diserang pagi Isnin lalu disahkan selamat. Semua mereka kini berada di sempadan di Jordan sementara menunggu persiapan bagi membawa mereka pulang ke Malaysia.
Perkara itu disahkan oleh wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail yang menghubungi bilik beritanya sebentar tadi. Ashwad adalah seorang daripada 12 rakyat Malaysia yang ditahan itu.
Sementara itu menurut laporan AP, seramai 124 aktivis pro-Palestin dari 12 negara Islam termasuk Malaysia tiba di Jordan hari ini selepas dibebaskan oleh Israel.
Kumpulan itu yang ditahan dalam serangan komando Israel ke atas flotila bantuan Gaza kelmarin menyeberangi Jambatan Allenby ke Jordan dengan menaiki lima bas.
Pegawai tentera Jordan, Brigadier Mahmoud Abu Jumaa berkata, negaranya akan membantu menghantar pulang aktivis itu ke negara masing-masing dengan kerjasama kerajaan mereka.
Aktivis yang dibebaskan itu terdiri daripada rakyat Malaysia, Azerbaijan, Indonesia, Pakistan, Algeria, Jordan, Kuwait, Maghribi, Mauritania, Yemen, Oman dan Bahrain.
12 Rakyat Malaysia Bebas, sekarang berada di Jordan
Lifeline4Gaza, Kuala Lumpur, 2 Jun 2010: Kesemua ahli team LL4G Malaysia seramai 12 orang TELAH DIBEBASKAN termasuk Sdr Mustafa Mansur. Mereka kini berada di Kedutaan Malaysia di Jordan Mereka semua berada di dalam keadaan sihat. Mereka telah menghubungi keluarga masing-masing menggunakan telefon Kedutaan. Israel tidak mengembalikan kesemua kamera, handphone dan sebarang alat komunikasi yang dirampas. Peralatan kamera krew Astro Awani tidak dapat dipastikan samada dipulangkan ataupun tidak buat masa ini. Malah sebatang pen pun juga dirampas oleh pihak Israel Zionis.
Berita gembira tersebut diterima terus daripada Noorazman yang menghubungi isteri beliau, Pn Mazlinah Ghazali, pada jam 12:12 tengahari tadi waktu tempatan. “Mereka berada di Jordan [dan] akan pulang dalam masa terdekat,” antara mesej yang dihantar oleh beliau.Perbincangan sedang dilakukan untuk menetapkan bila mereka akan berangkat pulang.
CMT-LL4G telah berjaya menghubungi Noorazman sekitar jam 5 petang tadi. Semua relawan berada di dalam keadaan sihat walafiat dan sedang berehat. Namun mereka yang ditempatkan di sebuah hotel di Amman itu tinggal sehelai sepinggang dan tanpa paspot.
Mereka akan ke udara secara langsung di TV1 malam nanti. Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dilaporkan sedang dalam perjalanan ke Jordan bagi menguruskan kepulangan mereka.
CMT-LL4G sedang membuat persediaan untuk majlis sambutan secara besar-besaran meraikan kepulangan wira-wira negara di lapangan terbang apabila mereka pulang kelak. Majlis ini akan menggantikan majlis meraikan isteri dan keluarga anggota konvoi yang dirancang oleh CMT-LL4G sebelum konvoi LL4G dibebaskan.
![ll4g on ynet[21-28-24]](http://www.lifeline4gaza.org/wp-content/uploads/2010/06/ll4g-on-ynet21-28-24-300x225.jpg)
Astro AWANI (Saluran 501 Astro) akan mengadakan siaran lintas langsung pada jam jam 8:15 malam ini bersama Noorazman dan Ashwat dari Jordan dan setiausaha CMT-LL4G Solehuddin Shuib di studio. Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui laman web www.lifeline4gaza.org.
12 Sukarelawan Malaysia selamat pulang ke tanahair
AMAL Malaysia, Kuala Lumpur, 6 Jun 2010: 12 sukarelawan Malaysia yang berada dalam kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza Palestin ketika diserang tentera Israel pada Isnin lepas, selamat pulang ke tanah air.
Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada kira-kira 5.40 pagi ini.
Kumpulan sukarelawan itu yang turut disertai Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman serta pegawai kementerian yang lain, tiba dari Istanbul, Turki dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS).
Mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ratu Alia, Jordan pada 11.20 pagi waktu tempatan (4.20 petang waktu Malaysia) kelmarin dan melakukan pertukaran penerbangan di Istanbul sebelum berlepas pulang ke tanah air petang semalam.

Dalam insiden Isnin lepas, kapal milik Turki, Mavi Marmara, yang membawa sukarelawan serta bantuan kemanusiaan seperti perubatan, diserang oleh tentera Israel menyebabkan sembilan sukarelawan, kebanyakannya rakyat Turki, terbunuh.
Bagaimanapun, kesemua sukarelawan negara di atas kapal tersebut selamat, tetapi ditahan oleh tentera Israel sebelum dibebaskan dan dibawa ke Amman, Jordan. Alhamdulillah, hari mereka selamat tiba di Malaysia.
Atas segalanya, insya Allah kita akan teruskan perjuangan membantu rakyat Palestin dan membebaskan Al-Aqsa!
Rujukan: http://www.amalmalaysia.net/v1/
http://haluanpalestin.haluan.org.my/
http://www.livestream.com/insaniyardim
Wallahu a’lam bissawab.
“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”



![ll4g on ynet[21-29-16]](http://www.lifeline4gaza.org/wp-content/uploads/2010/06/ll4g-on-ynet21-29-16-300x225.jpg)
Takbir! Teruskan jihad anda semua! Kami di sini mendoakan kejayaan perjuangan anda!! Semoga Allah memelihara perjalanan dan dberkati usaha anda semua… Takbir!
Deadly Israeli raid on aid fleet
http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2010/05/201053113252437484.html
Al Jazeera’s Ayman Mohyeldin reports from Jerusalem on the storming of the flotilla and its aftermath
Israeli commandos have attacked a flotilla of aid-carrying ships off the coast of the Gaza Strip, killing at least nine people on board.
Dozens of others were injured when troops raided the convoy of six ships, dubbed the Freedom Flotilla, early on Monday.
Israel said activists on board attacked its commandos as they boarded the ships, while the flotilla’s organisers said the Israeli forces opened fire first, as soon as they stormed the convoy.
Organisers of the Freedom Flotilla say it was carrying 700 activists and 10,000 tonnes of humanitarian aid with the aim of breaking the Israeli siege of Gaza.
Binyamin Netanyahu, the Israeli prime minister, gave his “full backing” to the military forces after the raid.
The raid by Israel troops “was to prevent the infiltration of thousands of rockets, missiles and other arms that could hit our cities, communities or people”, he said.
“I give my complete backing to the army, the soldiers and commanders who acted to defend the state and to protect their lives.” He also said Israel regretted the loss of life in the raid.
Protests worldwide
Israeli media reported that many of the dead were Turkish nationals.
Hamas, the Palestinian group which governs the Gaza Strip, said the assault was a “massacre” and called on the international community to intervene.
The Hamas leader in Gaza, Ismail Haniya, urged Arabs and Muslims to show their anger by staging protests outside Israeli embassies across the globe.
The call came even as demonstrations denouncing the Israeli raid were being held in many cities around the world, including the capitals of Syria, Jordan and Lebanon.
Thousands of Turkish protesters tried to storm the Israeli consulate in Istanbul soon after the news of the operation broke.
Mahmoud Abbas, the Palestinian president, officially declared a three-day state of mourning.
The United Nations Security Council met on Monday afternoon for an emergency session to discuss the matter.
Oscar Fernandez-Taranco, the chief foreign policy official of the UN, called on Israel to end its “counterproductive” and “unacceptable” blockade of Gaza.
Live ammunition
Al Jazeera’s Jamal Elshayyal, on board the flotilla’s lead ship, the Mavi Marmara, said in his last report before communications were cut off, that Israeli troops used live ammunition during the assault.
The Israeli military, 10 of whose soldiers were reportedly wounded in the operation, said troops opened fire after “demonstrators on board attacked the IDF naval personnel with live fire and light weaponry including knives and clubs”.
Our correspondent said that a white surrender flag was raised from the ship and there was no live fire coming from the passengers.
Al Jazeera’s Sherine Tadros, reporting from the Israeli port of Ashdod, where the aid ships were taken after the assault, said the Israeli army was not giving any details of who had been killed, injured or detained.
“As soon as [the ships] land here, the goods [will be] taken [and] put into a terminal, and the passengers [made to] undergo extensive security checks,” she said.
“[They will be] given the choice either to go home straight away, in which case they will be taken to Tel Aviv airport. Or if they resist deportation, they will be taken to a nearby detention centre where, we understand, they will [remain] for at least 72 hours.”
More than 80 activists had been detained by mid-evening, Sabine Hadad, the spokeswoman for Israel’s immigration police, told AFP.
“So far, 83 have been detained, of whom 25 have agreed to be deported. The rest are going to jail,” she said.
Hadad said the Israeli authorities were expecting “hundreds more” arrests through the night.
Israeli defence
Defending Monday’s military raid, Mark Regev, the Israeli government spokesperson, said the Israeli commandos came under fire from people on board the flotilla whom he branded as “violent extremists”.
“Israel was totally within its rights under international law to intercept the ship and to take it to the port of Ashdod,” he told Al Jazeera.
“Unfortunately they were met by the activists on the boats with deadly violence, knives, metal clubs, even live fire on our service people. They initiated the violence.”
He said the people on board the flotilla were not peaceful activists.
“They are part of the IHH, which is a radical Turkish Islamist organisation which has been investigated by Western governments and by the Turkish government itself in the past for their links with terrorist organisations.”
But Recep Tayyip Erdogan, Turkey’s prime minister, said the flotilla was carefully inspected before departure that there was no one on board “other than civilian volunteers.
“I want to say to the world, to the heads of state and the governments, that these boats that left from Turkey and other countries were checked in a strict way under the framework of the rules of international navigation and were only loaded with humanitarian aid,” he said.
Israeli ‘cover-up’
Murat Mercan, the head of Turkey’s foreign relations committee, said claiming that activists on board had links to terrorist organisations was Israel’s way of covering up its mistake.
“Any allegation that the members of this ship is attached to al-Qaeda is a big lie because there are Israeli civilians, Israeli authorities, Israeli parliamentarians on board the ship,” he told Al Jazeera.
“Does he [Regev] think that those are also attached to al-Qaeda?”
The flotilla was attacked in international waters, 65km off the Palestinian coastal enclave.
Avital Leibovich, an Israeli military spokeswoman, confirmed that the attack took place in international waters, saying: “This happened in waters outside of Israeli territory, but we have the right to defend ourselves.”
Mark Taylor, an international legal expert, told Al Jazeera that every state, including Israel, has the right to self-defence.
“In situations in which the state feels that it needs to take an act in international waters to defend itself, it will do that,” he said.
“But that doesn’t necessarily mean that it’s legal under international law.
“In this case, we’re looking at a humanitarian aid convoy, with prominent people and activists, clearly not a military target in any way whatsoever.”
‘Dire need of aid’
Israel said the flotilla boats were embarking on “an act of provocation” against the Israeli military rather than providing aid, and issued warrants to prohibit their entrance to Gaza.
But Adnan Abu-Hasana, a spokesman for UNRWA, said the Gazans are in dire need of aid after Israel’s war on the territory in December 2008-January 2009 destroyed buildings and infrastructure.
“We need hundreds of thousands of tonnes [of aid] to rebuild Gaza,” he told Al Jazeera.
“We need more of building materials … We need spare parts for machines in the agricultural and industrial sectors, for the fishermen, all these sectors are nearly collapsed.
“Eighty per cent of the Gazans are dependent on humanitarian aid coming from UN organisations such as UNRWA.”
Source: Al Jazeera and agencies
Konvoi Gaza: PAS desak PBB, OIC bertindak segera
Wan Nordin Wan Yaacob, Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Negara-negara Persidangan Islam (OIC) segera bertindak terhadap serangan tentera Israel ke atas Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza, pagi ini.
Sehingga kini, dilaporkan 16 aktivis kemanusiaan yang berada di atas kapal berkenaan meninggal dunia yang turut disertai wakil Malaysia.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, akan mengadakan himpunan aman membantah serangan tersebut di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, selepas solat Jumaat, 4 Jun ini.
Sehubungan itu, PAS mengajak orang ramai juga menyertai himpunan aman tersebut.
Ujarnya lagi, PAS kesal dan mengutuk serangan ke atas aktivis kemanusiaan ini sambil menyifatkan ianya sebagai satu lagi kekejaman Israel.
“Kita mahu Malaysia selaku negara anggota OIC segera mencadangkan sidang tergempar bagi menyatakan pendirian dalam isu ini,” ujarnya lagi.
PAS juga, katanya akan menganjurkan persidangan khas mengenai perkara itu.
Dalam pada itu, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, kekejaman Zionis ini mesti dikutuk segera oleh masyarakat dunia.
“Mari kita sama-sama bermunajat menyelamatkan Gaza dan Masjid Al-Aqsa,” katanya.
Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad pula meminta supaya rakyat dinegara ini melakukan solat hajat dan Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan anggota konvoi ini dan rakyat Palestine.
Semua masjid dan surau diminta mengadakan majlis solat hajat besar-besaran minggu ini sebelum demontrasi besar bersama NGO dan penyokong soladariti Palestine Jumaat ini di hadapan kedutaan Amerika.
Selain itu, Ketua Dewan Muslimat PAS N. Selangor, Wan Hasrina bt Wan Hassan melahirkan kekesalan terhadap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) yang dilihat masih berdiam diri dari menyelamatkan Konvoi Kemanusiaan tersebut.
“Kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan untuk bangkit menyatakan sokongan kepada Rakyat Palestin dan kita juga mengecam Amerika Syarikat yang membiarkan saja kekejaman yang dilakukan oleh tentera Israel,” katanya.
Malaysia kutuk keganasan Israel
Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 31 Mei - Kerajaan dan rakyat Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan rejim Tel Aviv terhadap konvoi yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Palestin di Gaza.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, seluruh dunia juga harus mengutuk serangan terhadap konvoi yang berada di perairan antarabangsa itu yang sepatutnya sebarang tindakan dalam bentuk ketenteraan tidak dibenarkan mengikut undang-undang antarabangsa.
”Ini menunjukkan kerakusan rejim Israel yang tidak menghormati undang-undang antarabangsa dan menggunakan kekuasaan mengikut sesuka hati mereka.
”Ia dilakukan tanpa sebarang pertimbangan sama ada tindakan yang dilakukan ini boleh membawa kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa sama sekali.
”Oleh itu, seluruh dunia patut mengutuk dan mengecam kerajaan Israel sekeras-kerasnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Malam Amal Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.
Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua Menteri Melaka yang juga presiden alumni berkenaan, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.
Najib berharap insiden itu akan membawa kepada satu bentuk tindakan yang boleh dibincangkan di peringkat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk tindakan mengutuk sekeras-kerasnya kerajaan Israel.
”Kita sedang fikirkan mungkin kita akan mengusulkan supaya perkara ini dibincangkan di peringkat Majlis Keselamatan PBB supaya satu ketetapan dibuat terhadap kerajaan Israel.
”Sama ada ia boleh dilakukan dengan segera, ia bergantung pada persetujuan dari negara-negara lain,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, beliau sedang menunggu butir-butir perkembangan selanjutnya tentang apa yang berlaku.
”Kita belum dapat lagi apa-apa maklumat yang sahih tentang nasib rakyat Malaysia. Saya difahamkan ada beberapa rakyat kita yang berada di atas kapal tersebut yang telah diserang oleh pihak Israel,” katanya.
12 Rakyat Malaysia di atas Kapal Mavi Marmara
http://www.lifeline4gaza.org
31 Mei – Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa hari ini.
1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUAN Palestin
2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUAN Palestin
3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan, HALUAN Palestin
4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUAN Palestin
5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUAN Palestin
6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal Malaysia
8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
12. Shamsul Kamal Latif, Jurukamera ASTRO
Mustafa Mansur yang mewakili MAPIM menaiki kapal Mavi Marmara pada 29hb Mei setelah kapal Challenger II yang dinaiki beliau mengalami kerosakan di tengah perjalanan.
Kenyataan CMT-LL4G 1
http://www.lifeline4gaza.org
31 Mei (9:30pm) – Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah memberi persetujuan untuk mengeluarkan arahan kepada masjid-masjid di sekitar Wilayah Persekutuan untuk melakukan solat hajat.
Wakil Dewan Pemuda Masjid di dalam CMT-LL4G, Ust Taqiudin, memaklumkan telah mengajukan kepada JAKIM permohonan agar masjid-masjid di seluruh negara melakukan solat hajat. Permohonan telah diterima oleh pihak JAKIM dan tindakan susulan akan dibuat.
Solehuddin Shuib
Setiausaha CMT-LL4G
12 rakyat M’sia di kapal yang diserang Israel
Joseph Sipalan, Malaysiakini
Mei 31, 10, 12:51pm
Dua belas rakyat Malaysia disahkan berada di kapal Mavi Marmara - kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel.
Mereka termasuk dua wartawan sebuah televisyen berbayar di Malaysia.
Mereka adalah sebahagian daripada misi 11 anggota yang dinamakan Lifeline4Gaza, yang mengambil bahagian dalam ‘Flotila Kebebasan’ bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Semenajung Gaza.
Adalah dipercayai Lifeline bukan badan kemanusian tunggal dari Malaysia yang terbabit, kerana ada beberapa kumpulan yang bergerak secara berasingan dengan kapal yang lain.
Jurucakap Lifeline4Gaza, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata sembilan daripada mereka adalah sukarelawan dari enam NGO dari Malaysia.
Mereka termasuk Haluan, Aqsa Syarif, Yayasan Amal Malaysia, Muslim Care, Palestine Centre of Excellence (PACE) dan Jemaah Islamiah Malaysia (JIM).
Dr Hafidzi berkata dia gagal menghubungi kumpulan itu apabila serangan bermula dan mereka belum dapat mengenal-pasti identiti ke-12 rakyat Malaysia berkenaan.
Sementara itu, menurut ADUN Meri, Dr Abd Rani Osman yang kini di Instanbul juga mengesahkan penahanan rakyat Malaysia itu.
Dr Abd Rani melalui SMS kepada Malaysiakini juga memberitahu bahawa sekurang-kurangnya 16 aktivis pro-Palestin dibunuh, manakala puluhan lagi cedera dalam serangan itu.
Kapal Mavi Marmara yang dimiliki Turki itu kini dilaporkan dibawa ke Haifa, manakala semua penumpangnya akan dipenjarakan.
Dua wartawan Astro Awani itu dikenalpasti sebagai Ashwad Ismail dan jurugambar dan Samsul Kamal Abdul Latip. Usaha Malaysiakini menghubungi Ashwad setakat ini tidak berhasil.
Manakala dalam laman Twitter-nya, Ashwad hanya mengemaskinikan statusnya kira-kira 14 jam lalu.
“Mavi Marmara on alert. Semua berada pada tahap tertinggi. Dua pesawat pemantau Drone dipercayai milik Israel kelihatan,” coretan terakhirnya sebelum tragedi itu dipetik.
Terdahulu, menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.
Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.
Rangkaian televisyen berkenaan berkata, laporan awal mengesahkan dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.
Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.
Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.
Aktivis konvoi Gaza dihantar ke penjara
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 1 Jun: Polis Israel memaklumkan 16 aktivis pro-Palestin dari kapal-kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza yang diserang pada awal pagi semalam telah dihantar ke penjara.
Laman web Haluan Palestin melaporkan, puluhan aktivis lain akan dihantar pulang ke negara asal.
Juru bicara polis Israel, Micky Rosenfeld berkata para aktivis dibawa ke darat dan dipenjara di gurun selatan bandar Bersyeba selepas enggan memberikan butir pengenalan diri.
Rejim Israel akan mengusir kira-kira 700 aktivis dalam armada tersebut tetapi mereka yang menolak untuk bekerjasama akan dipenjara.
Sekitar 80 aktivis telah dibawa ke pantai sehingga malam tadi.
Serangan Israel, kecaman tiada lagi makna!
Anak Sengat
Bukan lagi kecaman, jauh sekali kekesalan. Semuanya itu langsung tidak menganggu nyenyak tidur Israel. Apa yang dimahukan kini ialah tindakan! Tindakan!. 16 nyawa bukan sedikit. Kematian mungkin telah bertambah jika dikira bilangan yang cedera.
Konvoi ini bukan konvoi tentera. Ia konvoi damai. Ia bukan membawa alatan senjata. Ia konvoi menyambung nyawa manusia. Jangan diharap pada Amerika! Jangan diharap pada PBB. Umat Islam mesti mengembelingkan tenaga membina kegerunan Yahudi yang bermaharajalela dan membabi buta!
Umat Islam telah jemu mendengar kekesalan dari mulut pemimpin mereka. Telinga ini sudah tidak mampu menndengar kesedihan di sebalik wajah hipokrit dan dayus! Mereka yang ditahan mesti dibebaskan. Dengan apa cara sekalipun. Mereka yang dibunuh mesti dituntut bela!
Masih terlintas ingatan apabila rombongan Rasulullah cuba ditahan dalam perjalanan untuk umrah. Rombongan Rasulullah ialah rombongan damai. Tiada senjata atau tujuan membuat serangan selain ibadah kepada Allah. Namun apabila berita Saidina Usman dibunuh, para sahabat lantas berbai’ah menuntut bela. Namun akhirnya kuffar itu mengalah setelah mendengar semangat dan daya juang para sahabat.
Sedikit persamaan boleh difahami dari kisah Rasulullah, ia tak serupa… hakikat pengajarannya tetap besar nilainya.
480 aktivis pro-Palestin dihumban ke penjara
Malaysiakini, Jun 1, 10 1:28pm
Israel dilaporkan menahan 480 aktivis pro-Palestin yang ditawan komandonya dalam flotila kebebasan yang membawa misi bantuan ke Semananjung Gaza, semalam.
Menurut AFP yang memetik laporan radio awam Israel, pihak berkuasa negara itu juga akan melepaskan 48 tahanan yang lain.
Mereka yang ditawan itu kini diletakkan dalam penjara Ashdod di selatan Israel.
Sementara 48 yang akan dibebaskan kini dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing.
Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada 12 rakyat Malaysia yang ditawan semalam itu antara yang dibebaskan ataupun dihumban ke penjara Israel.
Kapal Mavi Marmara Telah Dikosongkan, Namun Nasib Aktivis Masih Tidak Menentu
http://haluanpalestin.haluan.org.my/
1 Jun – Laporan terakhir mengenai keadaan misi kemanusiaan Freedom Flotilla yang dibantai oleh komando Israel menyebutkan bahawa sejumlah 535 penumpang sudah diturunkan dari kapal Mavi Marmara. Kapal itu kini dilabuhkan di Ashdod dan dalam keadaan kosong. Informasi yang diungkapkan oleh Al-Jazeera tersebut diperolehi dari Kementerian Luar Negeri Israel.
Kebanyakan penumpang berasal dari negara yang memiliki hubungan diplomatik dengan Israel, seperti Lubnan, Mesir, Yaman dan yang lainnya. Bakinya berasal dari negara yang tidak memiliki hubungan diplomatik dengan Israel.
Bagi aktivis yang berasal dari negara yang memiliki hubungan diplomatik, jika mereka tidak membantah arahan pemerintah maka Israel maka mereka akan dihantar pulang secara langsung dengan menaikkan pesawat yang disediakan di bandar Tel Aviv. Sedangkan bagi aktivis yang negaranya tidak memiliki hubungan diplomatik ditahan oleh Israel hingga ada negara ketiga yang mahu menerima mereka.
Sehingga laporan ini dicatatkan, Al-Jazeera menyatakan ada 48 aktivis yang telah dihantar pulang, salah seorangnya adalah Edward Peck, warga yang berusia 81 tahun yang juga merupakan mantan Duta Amerika Syarikat.
Bakinya sejumlah 480 orang ditahan di penjara Israel di Beersheba. Mereka akan dihantar pulang jika urusan perundangan mereka dengan kerajaan Israel selesai. (di/ajer/hc/hp)
12 rakyat Malaysia di atas kapal diserang Israel selamat
Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Wisma Putra mengesahkan seramai 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marvara yang diserang tentera Israel selamat tetapi kini ditahan di Haifa oleh pihak berkuasa Israel.
Doakan segalanya khair. Allahu Akbar!
Wallahu a’lam.
12 rakyat Malaysia ditawan Israel dibebaskan
Malaysiakini, Jun 2, 10 12:08pm
Semua 12 rakyat Malaysia yang ditawan oleh tentera Israel semasa kapal Mavi Marmara diserang pagi Isnin lalu disahkan selamat.
Perkara itu disahkan oleh wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail yang menghubungi bilik beritanya di Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Ashwad adalah seorang daripada 12 rakyat Malaysia yang ditahan itu.
Semua mereka kini berada di sempadan di Jordan sementara menunggu persiapan bagi membawa mereka pulang ke Malaysia.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kini dalam perjalanan ke Jordan bagi menguruskan pembebasan 12 rakyat Malaysia yang ditawan pihak Israel itu.
Beliau berlepas ke Jordan pada jam 10.15 pagi tadi dan dijangka tiba di Amman pada jam 1.30 tengahari waktu Malaysia.
“Anifah diiringi beberapa pegawai Wisma Putra,” kata seorang pembantu beliau.
Sementara itu menurut laporan AP, seramai 124 aktivis pro-Palestin dari 12 negara Islam termasuk Malaysia tiba di Jordan hari ini selepas dibebaskan oleh Israel.
Kumpulan itu yang ditahan dalam serangan komando Israel ke atas flotila bantuan Gaza kelmarin menyeberangi Jambatan Allenby ke Jordan dengan menaiki lima bas.
Pegawai tentera Jordan, Brigadier Mahmoud Abu Jumaa berkata, negaranya akan membantu menghantar pulang aktivis itu ke negara masing-masing dengan kerjasama kerajaan mereka.
Aktivis yang dibebaskan itu terdiri daripada rakyat Malaysia, Azerbaijan, Indonesia, Pakistan, Algeria, Jordan, Kuwait, Maghribi, Mauritania, Yemen, Oman dan Bahrain.
Demo anti-Israel: 10,000 berarak ke kedutaan AS
Malaysiakini, Jun 4, 10 2:25pm
Ribuan orang menyertai demontrasi Pakatan Rakyat di ibu negara selepas solat Jumaat bagi membantah serangan berdarah tentera Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan pro-Palestin Isnin lalu.
Kumpulan itu membanjiri Masjid Kampung Baru untuk menunaikan solat Jumaat sebelum berarak beramai-ramai ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang, sejauh hampir 5 kilometer.
Dipimpin Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka bergerak lancar apabila tidak dihalang polis, seperti kebiasaan dalam demontrasi besar Pakatan Rakyat sebelum ini.
Memorandum bantahan mereka berjaya disampaikan kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat kira-kira jam 3.30 petang tadi tanpa sebarang insiden yan tidak diingini.
Selain itu, satu lagi kumpulan NGO melibatkan jumlah yang lebih kecil turut berarak daripada Masjid Tabung Haji dan berarah menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan tersebut. GALERI FOTO
Berikut kronologi perhimpunan tersebut:
2.00pm Demonstrasi anti-Israel bermula di Masjid Kampung Baru tanpa sebarang sekatan daripada pihak polis, walaupun amaran telah dikeluarkan semalam.
Diketuai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, ribuan orang bergerak berarak pantas sambil bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel.
2.30pm: Berbeza dengan perhimpunan pembangkang, perhimpunan Pemuda BN di Masjid Negara telah pun tamat. Ia hanya berlangsung 30 minit dan diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda BN.
Mereka kelihatan bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel.
Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddn dalam ucapannya berkata pihaknya berharap kerajaan sentiasa memberikan keutamaanya dan memastikan kepentingan rakyat Palestin terbela.
Pada masa yang sama, kumpulan Pakatan kini sudah berarak sampai Jalan Sultan Ismail dan melintas Hotel Rennaisance.
Slogan anti-Israel seperti “hancur Israel” dan “Khaibar ya Yahud” (perang Khaibar wahai Yahudi) dilaungkan.
Sementara satu lagi demonstrasi oleh sekumpulan aktivis NGO di Masjid Tabung Haji pimpinan Lifeline4Gaza sejak jam 2 petang tadi juga berarak ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang.
2.55pm: Anwar dan pemimpin kanan Pakatan tiba di bangunan Tabung Haji dengan trak pikap. Mereka kini berada kira-kira 100 meter daripada kedutaan AS.
3.07pm: Kumpulan daripada Masjid Tabung Haji bersurai setelah wakil mereka Zulkifli Nani berjaya menyerahkan memorandum kepada kedutaan negara sekutu rapat Israel itu lima minit sebelum jam 3 petang tadi.
3.10pm: Polis membuat benteng manusia di kedutaan AS dalam jarak 100 meter. Hadirin cuba merempuh sebelum ditenangkan pemimpin Pakatan yang hadir. Mereka diingatkan bahawa perhimpunan itu adalah aman.
Selepas rundingan, 12 pemimpin Pakatan dibenarkan masuk bagi menyerahkan memorandum kepada pihak kedutaan AS.
Dalam cuaca mendung di ibu negara, kelihatan beberapa helikopter polis berlegar di angkasa.
Selain Anwar, pemimpin Pakatan lain yang turut serta ialah pemimpin popular DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa.
3.40pm Anwar berucap kepada ribuan rakyat Malaysia setelah berjaya menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan itu.
Dalam masa yang sama, beberapa orang kelihatan membakar bendera Israel dan gambar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Dalam ucapannya Anwar berkata rakyat hari ini menunjukkan tentangan yang begitu hebat menentang kezaliman Israel.
“Saudara-saudara adalah pahlawan rakyat,” kata anwar.
Katanya, dalam pertemuan dengan wakil kedutaan sebelum ini, beliau menegaskan mengutuk tindakan Israel tanpa tolak ansur.
“Amerika telah berlembut menyebabkan keganasan Israel. Kita minta Amerika mengekang kezaliman dan mendengar suara rakyat,” katanya.
Anwar menjelaskan kedutaan Amerika berjanji akan membawa memorandum mereka ke Washington minggu depan.
3.50pm Kumpulan tersebut bersurai setelah mengutip kain rentang dan sampah yang dihasilkan.
12 Sukarelawan Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Air
SEPANG, 6 Jun (Bernama) — Dua belas sukarelawan Malaysia yang berada dalam kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusian ke Gaza ketika diserang tentera Israel pada Isnin lepas, tiba di tanah air pukul kira-kira 5.40 pagi ini.
Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini disambut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, para pegawai dari Wisma Putra dan anggota keluarga masing-masing.
Kumpulan sukarelawan itu yang turut disertai Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman serta pegawai kementerian yang lain, tiba dari Istanbul, Turki dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS).
Mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Jordan pada 11.20 pagi waktu tempatan (4.20 petang waktu Malaysia) pada Jumaat dan melakukan pertukaran penerbangan di Istanbul sebelum berlepas pulang ke tanah air Sabtu petang.
Dalam insiden Isnin lepas, kapal milik Turki “Mavi Marmara”, yang membawa sukarelawan serta bantuan seperti perubatan, diserang tentera Israel menyebabkan sembilan sukarelawan terbunuh.
Bagaimanapun, kesemua sukarelawan negara di atas kapal tersebut selamat tetapi ditahan tentera Israel sebelum dibebaskan dan dibawa ke Amman, Jordan.
Sehubungan itu, Anifah dan beberapa pegawainya berlepas ke Amman Rabu lepas bagi menguruskan pembebasan 12 rakyat Malaysia tersebut.
Kumpulan sukarelawan itu dijadual bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di kediamannya kira-kira 9 pagi ini.
– BERNAMA