Program Berambeh Saudara Kita Bahagian Sarikei

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Program Berambeh Saudara Kita SarikeiProgram Berambeh Saudara Kita Sarikei

AMAL Sarawak, 26 Jamadil Awal 1431H: Alhamdulillah. Marilah kita meningkatkan motivasi dengan mengambil semangat dari Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Jika Allah SWT memberi hidayah kepada seorang lelaki (atau wanita) lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” (Hadith Riwayat at-Tabrani)   

 

Alhamdulillah, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak Unit Sarikei yang baru dilancarkan pada 13 Februari 2010 yang lalu berjaya memulakan langkah berbakti kepada masyarakat dengan turut sama menjayakan program Berambeh Saudara Kita Bahagian Sarikei pada 9-11 Mei 2010. Majlis yang bersejarah itu diadakan di perkampungan Saudara Kita, Kampung al-Falah, Sungai Gemuan, Bintangor. Ketua AMAL Unit Sarikei, Ustaz Zamri Rajab bersama-sama Ustaz Mohd Syukri dan Saudara Mohd Zulfikar telah menghadiri majlis perasmian program yang julung-julung kalinya diadakan di Sarikei.

 

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan tali silaturrahim bersama Saudara Kita @ Muallaf, memberikan pengisian-pengisian ilmiah dan asas-asas Islam serta menyelami isi hati dan permasalahan yang dihadapi. Majlis perasmian program telah diadakan pada 9 Mei 2010 bermula jam 2.30 petang dan acara perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Haji Mohammad Asfia bin Awang Nassar, Speaker DUN Sarawak.

 

Program berambeh kali ini adalah hasil kerjasama gabungan pertubuhan Islam setempat yang terdiri daripada;

 

1. Pejabat Agama Islam Bahagian Sarikei,
2. Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Sarikei,
3. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
4. Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak,
5. YADIM Cawangan Sarawak,
6. PERKIM Bahagian Sarikei,
7. HIKMAH Daerah Bintangor-Sarikei,
8. Jabatan Kehakiman Syariah Bahagian Sarikei,
9. Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Bintangor, dan
10. Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sarikei.

 

Selain itu, program ini juga turut melibatkan beberapa agensi kerajaan dan badan-badan berkanun seperti;

 

1. Pejabat Residen Bahagian Sarikei,
2. Pejabat Daerah Meradong,
3. Pejabat Pendaftaran Bahagian Sarikei,
4. Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei,
5. Giat MARA Sarikei,
6. KEMAS Bahagian Sarikei,
7. Lembaga Tabung Haji Sarikei,
8. Pejabat Pendidikan Daerah Meradong,
9. Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sarikei,
10. Pejabat Polis Daerah Meradong,
11. Pejabat Belia dan Sukan Sarikei,
12. Pejabat Penerangan Sarikei, dan
13. JKKK Kampung Sg Gemuan serta JKP Masjid/Surau al-Falah.

 

Para peserta program pula terdiri daripada Saudara Kita sekitar Daerah Sarikei;

 

1. Saudara Kita Sg Gemuan (Lokasi program) - 70 Orang
2. Saudara Kita Sarikei - 30 Orang
3. Saudara Kita Meradong - 20 Orang
4. Saudara Kita Skim B - 20 Orang
5. Saudara Kita Julau - 15 Orang
6. Saudara Kita Pakan - 10 Orang
7. Saudara Kita Ulu Kota - 10 Orang
8. Saudara Kita Bukit Kinyau - 5 Orang
9. Saudara Kita Jakar - 5 Orang

 

Sebagai khulasahnya, semoga program yang telah dianjurkan memberi manfaat kepada semua yang turut serta, mengeratkan tali silaturrahim antara NGO-NGO dan agensi kerajaan, memberi impak positif kepada Saudara Baru serta memperkukuhkan lagi Teras Budaya AMAL dalam diri kita semua.   

 

Sesungguhnya Allah SWT akan memberikan kemenangan kepada mereka yang berjuang keranaNya. Allah telah berjanji:

“Intansurullah! Yansurkum (Jika kamu membela agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu)”.

 

 

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Sarikei pada masa akan datang, sila hubungi Ustaz Zamri Rajab (019-4390749), Saudara Mohd Asrin (014-8050702), Ustaz Saiful Zafri (019-2626457) atau layari laman sesawang www.amalsarawak.net.

 

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

 

Wallahu a’lam bissawab.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

2 Responses to “Program Berambeh Saudara Kita Bahagian Sarikei”

  1. Syabas AMAL Sarawak Unit Sarikei di atas penganjuran program yang amat baik.. Teruskan usaha antum sekelian… AMAL Untuk Semua!!

  2. IbnRajab says:

    Alhamdulillah. Semoga AMAL terus maju dan dihitung amal soleh olehNya. InsyaAllah akan menyusul adalah program imarah Surau Taman Susur Jambu. Allahu a’lam.

Leave a Reply