
AMAL Sarawak, 17 Rabi’ul Akhir 1431H: Alhamdulillah! Pada 1 April 2010, Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak telah menerima dana sebanyak RM53,036.71 untuk pembinaan Surau AMAL Ulu Kota. Jawatankuasa Pembelaan Saudara Kita dengan kerjasama Persatuan Warga Darul Hidayah dan Bintulu Iqra’ Center telah mengadakan majlis penyerahan cek sumbangan untuk Tabung Pembinaan Surau Ulu Kota Pakan tersebut di Masjid Darul Hidayah, Bintulu. Dana sumbangan dari Bahagian Bintulu ini merupakan tambahan kepada kutipan sebanyak RM12,687.00 dari Bahagian Miri sebelum ini.
Majlis penyerahan cek tersebut dimulai dengan sesi penerangan dan makluman berkenaan perkembangan pembinaan Surau AMAL Ulu Kota yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembelaan Saudara Kita merangkap Ketua Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan AMAL Sarawak iaitu Ustaz Ibrahim Bin Mat Isa.
Selepas itu, program diteruskan lagi dengan tayangan montaj mengenai kronologi pembinaan Surau AMAL Ulu Kota serta kehidupan masyarakat di sana. Acara kemuncak program tersebut ialah penyerahan sumbangan oleh Jawatankuasa yang diserahkan oleh Tuan Haji Yaacop Bin Juned selaku Timbalan Pengerusi Masjid Darul Hidayah kepada Ustaz Abdul Halim Bin Abdul Kadir selaku Timbalan Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak. Hadir sama ialah Ustaz Salehuddin Bin Abu Samah, Penasihat Bintulu Iqra’ Center.
Sementara itu, Saudara Muhtar Bin Hj Suhaili, Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak mewakili Yayasan dengan ini menyatakan rasa syukur dan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua penderma dan penginfaq yang telah sudi menyumbang untuk membantu projek pembinaan Surau AMAL Ulu Kota. Selain itu, jazakumullahu khairan kathiran khusus dari Jawatankuasa Pembelaan Saudara Kita atas sumbangan dan keprihatinan masyarakat Islam kepada Saudara Kita di Ulu Kota, Pakan, Sarikei. Semoga Allah merahmati kita semua serta menerimanya sebagai amalan ikhlas yang akan diganjariNya dengan SyurgaNya. Amiin Ya Rabb!
Sila klik di sini untuk foto-foto penyerahan cek tersebut »».
Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman dengan janjiNya:
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 261 )
Insya Allah pembinaan Surau ini akan diteruskan dan dijangka siap pada Jun 2010. Marilah kita sama-sama doakan semoga urusan pembinaan Surau AMAL Al-Azhar ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan menjadi masjid yang dibina atas dasar taqwa.
Selain Ulu Kota, Pakan, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak juga akan meneruskan aktiviti program Ziarah Dakwah AMAL ke perkampungan-perkampungan Saudara Baru dan Non-Muslim yang berada di Kuching, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri. Sebarang sumbangan daripada seluruh Muslimin dan Muslimat amatlah dihargai. Semoga Allah merahmati kita semua dalam jalan dakwah ini. ‘Isy ‘azizan aumut syahidan (sama ada kita mencapai kemenangan atau mati dalam kesyahidan)!
Masukkan sumbangan derma ke dalam akaun AMAL Sarawak:
(This is AMAL Sarawak’s bank account for your reference:)
[Sila sms ke 016-8909717 selepas bank-in untuk rekod.]

Atau CEK bayaran kepada “Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak”, dan hantar ke alamat di bawah:
(Or send your cheque to below address:)
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak
Lot 741, Jalan Pujut 9, 98000 Miri, Sarawak
No. Telefon: 016-8909717
Email: amalsarawak@yahoo.com.my
Sesungguhnya Allah SWT akan memberikan kemenangan kepada mereka yang berjuang keranaNya. Allah telah berjanji:
“Intansurullah! Yansurkum (Jika kamu membela agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu)”.
Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak pada masa akan datang, sila hubungi Saudara Muhtar Suhaili (016-8909717), Ustaz Abdul Halim Abdul Kadir (019-3491567), Saudara Abdul Azeez Mohamad (019-8874784), Saudara Mohd Azwani Abdul Rani (013-3603290), Saudari Wan Lydia Salmi Wan Junaidi (016-8509242) atau layari www.amalsarawak.net.
Wallahu a’lam bissawab.
Sila baca juga artikel yang berkaitan berikut:
1. Perkembangan Pembinaan Surau AMAL Al-Azhar
2. Penentuan Arah Qiblat Surau AMAL Al-Azhar
3. Misi AMAL Ad-Da’wah Ila Allah ke Ulu Kota, Pakan
4. Ziarah Dakwah AMAL Ke Ulu Kota, Pakan, Sarikei
5. Ziarah Dakwah AMAL Siri 2 Ke Ulu Kota, Pakan
6. Sebuah Catatan: Ekspedisi Dakwah Ke Ulu Kota
7. Kembara Mahabbah AMAL Ke Ulu Kota, Pakan
8. Saudara Kita Di Ulu Kota.. Keprihatinan Muslimin Ditagih!
TERAS BUDAYA AMAL:
-
Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
-
Berakhlak Mulia,
-
Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
-
Berkemahiran dan Berketrampilan.
“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”
