Perkembangan Pembinaan Surau AMAL Al-Azhar

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Bahan-bahan Binaan Surau AMAL Al-AzharBahan-bahan Binaan Surau AMAL Al-Azhar

AMAL Sarawak, 4 Rabi’ul Akhir 1431H: Alhamdulillah! Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Bintulu Iqra’ Center (BIC), Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Sarikei dan Harakah Islamiah (HIKMAH) Sarawak dalam proses mengusahakan pembinaan Surau AMAL Al-Azhar di Perkampungan Saudara Kita di Ulu Kota, Pakan.

 

Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan bahawa sebahagian bahan-bahan pembinaan Surau telah dibeli dan dalam proses penghantaran ke Perkampungan Saudara Kita di Ulu Kota, Pakan. Untuk atap bumbung dan besi-besi, pihak AMAL Sarawak ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang ikhlas di atas infaq dan sahabat-sahabat Bintulu (khususnya Ustaz Ibrahim Mat Isa) di atas ikhtiar membantu penghantaran barangan tersebut.

 

Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman dengan janjiNya:

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”  (Surah al-Baqarah, ayat 261 )

 

Selain itu, pihak AMAL Sarawak juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Adris dan Encik Abdul Aziz yang telah banyak membantu dalam pembelian serta pengurusan bahan-bahan binaan yang lain di Sarikei. Kepada Dr. Awang Ismail, Tuan Haji Junaidi, Ustaz Khairul, Ustaz Amir Ridhuan dan Ustaz Mohd Fadzli, jasa dan kebaikan kalian amat kami hargai dan sanjungi. Semoga Allah membalas keikhlasan antum dengan SyurgaNya. Jazakumullahu khairan kathiran!

 

Insya Allah pembinaan Surau ini akan diteruskan dan dijangka siap pada Jun 2010. Marilah kita sama-sama doakan semoga urusan pembinaan Surau AMAL Al-Azhar ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan menjadi masjid yang dibina atas dasar taqwa.

 

AMAL Sarawak dengan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Bintulu Iqra’ Center (BIC), Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Sarikei dan Harakah Islamiah (HIKMAH) Sarawak di atas segala komitmen dan bantuan yang diberikan. Semoga hubungan ukhuwwah yang terbina akan berkesinambungan dan berterusan.

 

Selain Ulu Kota, Pakan, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak juga akan meneruskan aktiviti program Ziarah Dakwah ke perkampungan-perkampungan Saudara Baru dan Non-Muslim yang berada di Kuching, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri. Sebarang sumbangan daripada seluruh Muslimin dan Muslimat amatlah dihargai. Semoga Allah merahmati kita semua dalam jalan dakwah ini. ‘Isy ‘azizan aumut syahidan!

Masukkan sumbangan derma ke dalam akaun AMAL Sarawak:
(This is AMAL Sarawak’s bank account for your reference:)

[Sila sms ke 016-8909717 selepas bank-in untuk rekod.] 

Akaun AMAL Malaysia Cawangan Sarawak

Atau CEK bayaran kepada “Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak”, dan hantar ke alamat di bawah:
(Or send your cheque to below address:)

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak
Lot 741, Jalan Pujut 9, 98000 Miri, Sarawak
No. Telefon: 016-8909717

Email: amalsarawak@yahoo.com.my

Sesungguhnya Allah SWT akan memberikan kemenangan kepada mereka yang berjuang keranaNya. Allah telah berjanji:

“Intansurullah! Yansurkum (Jika kamu membela agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu)”.

 

 

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak pada masa akan datang, sila hubungi Saudara Muhtar Suhaili (016-8909717), Ustaz Abdul Halim Abdul Kadir (019-3491567), Saudara Abdul Azeez Mohamad (019-8874784), Saudara Mohd Azwani Abdul Rani (013-3603290), Saudari Wan Lydia Salmi Wan Junaidi (016-8509242) atau layari www.amalsarawak.net.

 

Wallahu a’lam bissawab.

 

Sila baca juga artikel yang berkaitan berikut:

 

1. Penentuan Arah Qiblat Surau AMAL Al-Azhar

2. Misi AMAL Ad-Da’wah Ila Allah ke Ulu Kota, Pakan

3. Ziarah Dakwah AMAL Ke Ulu Kota, Pakan, Sarikei

4. Ziarah Dakwah AMAL Siri 2 Ke Ulu Kota, Pakan

5. Sebuah Catatan: Ekspedisi Dakwah Ke Ulu Kota

6. Kembara Mahabbah AMAL Ke Ulu Kota, Pakan

7. Saudara Kita Di Ulu Kota.. Keprihatinan Muslimin Ditagih!

 

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

4 Responses to “Perkembangan Pembinaan Surau AMAL Al-Azhar”

  1. [...] 1. Perkembangan Pembinaan Surau AMAL Al-Azhar [...]

  2. [...] 1. Perkembangan Pembinaan Surau AMAL Al-Azhar [...]

  3. [...] 2. Perkembangan Pembinaan Surau AMAL Al-Azhar [...]

Leave a Reply