AMAL Teruskan Program Tarbiah Ruhiah Bulanan

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Program Tarbiah Ruhiah Bulanan

AMAL Sarawak, 28 Muharram 1431H: Alhamdulillah. Pada 14 Januari 2010, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak (Unit Bintulu) telah meneruskan Program Tarbiah Ruhiah Bulanan di Bintulu. Program ini telah berjaya dilaksanakan di Surau An-Nur, Sungai Plan yang juga dikenali sebagai Surau MACMA.

 

Program yang dianjurkan dengan usahasama Bintulu Iqra’ Center (BIC), Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Bintulu dan NISA Bintulu ini telah mengumpulkan komuniti Saudara Baru, penduduk sekitar dan sukarelawan AMAL dan NISA. Melalui program ini, AMAL Sarawak mengajak sukarelawannya untuk berpuasa sunat Khamis dan seterusnya berbuka puasa bersama.

 

Program pada bulan ini turut meraikan kepulangan pasangan sukarelawan AMAL Sarawak dari menunaikan ibadah Haji yang lebih dikenali dengan panggilan Abang Mat dan Kak Jan. Majlis ini juga diserikan dengan tazkirah yang disampaikan oleh penceramah terkenal Bintulu iaitu Ustaz Salehuddin Abu Samah.

 

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat menjayakan program ini, begitu juga dengan para hadirin yang telah menjayakan program Tarbiah Ruhiah Bulanan. Semoga Allah menerima amalan ikhlas kita semua. Amiin Ya Rabb!

 

Sila klik di sini untuk foto-foto program »».

 

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Bintulu pada masa akan datang, sila hubungi Ustaz Salehuddin Abu Samah (019-4823755), Ustaz Abdul Halim Abdul Kadir (019-3491567), Ustaz Sardi Ismail (013-9235267), Saudari Hafsah Mardiah (019-9805803) atau layari laman sesawang www.amalsarawak.net.

 

Wallahu a’lam bissawab.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Leave a Reply