Ziarah Dakwah AMAL Ke Kpg Hj Wahed Miri

Header Web AMAL Sarawak.jpg

AMAL Sarawak, 16 Muharram 1431H: Alhamdulillah! Allah SWT berfirman yang maksudnya:

“Muhammad adalah Rasulullah. Dan mereka yang bersamanya amat tegas terhadap orang-orang kafir dan amat pengasih sesama mereka….” (al-Qur’an, Surah al-Fath, ayat 29).

 

Alhamdulillah, mengambil semangat Hijrah 1431H dan sesuai dengan tema “Memperkasa Ukhwah, Memantap Ummah”, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak meneruskan siri Ziarah Dakwah AMAL ke masjid-masjid dan surau-surau.

 

Pada 2 Januari 2010, destinasi yang dituju ialah Kampung Haji Wahed Miri yang terletak di atas Bukit Kanada tidak jauh dari Grand Oil Lady dan Muzium Petrosains. Seramai hampir 30 orang sukarelawan AMAL telah turut serta dalam program kali ini. Terima kasih kepada Saudara Mohamad Jusoh, Ketua Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan Unit Miri di atas usaha mengetuai program ini.

 

Program dimulai dengan Solat Maghrib berjamaah dan seterusnya diikuti dengan Kuliah Maghrib bertajuk “Mengapa Hijrah?” yang telah disampaikan oleh Ustaz Haji Rosli bin Arup, Ketua Penolong Pengarah Zon Utara, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

 

Antara kandungan ceramah beliau termasuklah perlunya setiap insan menghayati syahadah “Laa Ilaha illalLah, Muhammadur Rasulullah” dalam kehidupan seharian. Hijrah juga merupakan satu pengorbanan untuk memastikan aqidah terpelihara, perjuangan dalam memastikan Islam terus terbela dan persaudaraan Islamiyyah yang menjadi teras kekuatan ummah.

 

Selesai ceramah dan Solat Isya’ berjamaah, majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan daripada Yayasan AMAL Malaysia kepada ibu-ibu tunggal yang memerlukan (10 orang penerima) yang menetap di Kampung Haji Wahed. Majlis berakhir dengan jamuan ringkas dan sesi ramah mesra mahabbah.

 

Antara tetamu yang hadir termasuklah Ketua Kaum Tuan Haji Salim bin Santol, Imam Tuan Haji Rani bin Haji Sidni, Pengerusi Surau Nurul Hidayah Kampung Haji Wahed Kr. Anuar bin Haji Ahmad, Pengerusi AMAL Sarawak Saudara Muhtar Haji Suhaili, sukarelawan-sukarelawan AMAL Sarawak dan para penduduk kampung.

 

Berikut dikongsikan gambar-gambar program tersebut:

 

Kuliah Maghrib Oleh Ustaz Hj Rosli

Sebahagian Hadirin Yang Hadir

Sebahagian Hadirin Yang Hadir

Sebahagian Hadirin Yang Hadir

Penyampaian Sumbangan Kepada Ibu Tunggal

Penyampaian Sumbangan Kepada Ibu Tunggal

Gambar Mahabbah Ziarah Dakwah AMAL

 

Semoga program yang telah dianjurkan memberi manfaat kepada semua, mengeratkan tali silaturrahim antara sukarelawan dan penduduk serta menyebarluaskan Teras Budaya AMAL dalam masyarakat.  

 

Sesungguhnya Allah SWT akan memberikan kemenangan kepada mereka yang berjuang keranaNya. Allah telah berjanji:

“Intansurullah! Yansurkum (Jika kamu membela agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu)”.

 

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak pada masa akan datang, sila hubungi Saudara Muhtar Suhaili (016-8909717), Ustaz Abdul Halim Abdul Kadir (019-3491567), Saudara Abdul Azeez Mohamad (019-8874784), Saudara Mohd Azwani Abdul Rani (013-3603290), Saudari Wan Lydia Salmi Wan Junaidi (016-8509242) atau layari laman web www.amalsarawak.net.

 

Wallahu a’lam bissawab.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Leave a Reply