Perasmian Pejabat Baru AMAL M’sia Caw. Sarawak

Header Web AMAL Sarawak.jpg

AMAL Sarawak, 15 Muharram 1431H: Alhamdulillah! Allah SWT berfirman yang maksudnya: 

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang  yang berjuang di jalanNya dalam satu barisan yang teratur rapi seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh dan saling menguatkan antara satu dengan yang lain”. (al-Qur’an, Surah as-Saff, ayat 4).

 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang! Dalam usaha memantapkan lagi gerak kerja, penyusunan strategi dan pentadbiran Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak, bermula 1 Januari 2010, dengan rasminya AMAL Sarawak beroperasi di pejabat baru beralamat Lot 741, Jalan Pujut 9, 98000 Miri, Sarawak.

 

Tuan Haji Jofri Jaraiee selaku salah seorang Penasihat AMAL Sarawak telah hadir melakukan simbolik perasmian sambil disaksikan oleh sukarelawan-sukarelawan AMAL Sarawak yang lain pada 29 Disember 2009 yang lepas. Selain menempatkan Pejabat AMAL Sarawak, rumah banglo ini juga dioptimumkan penggunaannya dengan turut menjadi premis kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al-’Amalulillah dan mini pejabat kepada Borneo Islamic Center (BISMIC).

 

Sesungguhnya Allah SWT akan memberikan kemenangan kepada mereka yang berjuang keranaNya. Allah telah berjanji:

“Intansurullah! Yansurkum (Jika kamu membela agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu)”.

 

[Keterangan gambar: Tuan Haji Jofri Jaraiee melakukan simbolik perasmian sambil diperhatikan oleh Saudara Muhtar Suhaili (Pengerusi AMAL Sarawak) dan Saudara Mohd Azwani Abdul Rani (Setiausaha AMAL Sarawak)].

 

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak pada masa akan datang, sila hubungi Saudara Muhtar Suhaili (016-8909717), Ustaz Abdul Halim Abdul Kadir (019-3491567), Saudara Abdul Azeez Mohamad (019-8874784), Saudara Mohd Azwani Abdul Rani (013-3603290), Saudari Wan Lydia Salmi Wan Junaidi (016-8509242) atau layari laman web www.amalsarawak.net.

 

Wallahu a’lam bissawab.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Leave a Reply