Misi Kemanusiaan AMAL Ke Padang Diteruskan

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Misi AMAL Malaysia di Sumatera Barat

AMAL Malaysia, Kuala Lumpur, 13 Oktober 2009: Yayasan Amal Malaysia (AMAL) akan meneruskan Misi Kemanusiaan ke Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Bencana yang menimpa Kota Padang baru-baru ini meninggalkan kesan yang besar kepada rakyat di sana. Ramai lagi mangsa yang memerlukan bantuan kemanusiaan dari negara-negara luar. Oleh itu, hasil pemerhatian dari beberapa misi kemanusiaan yang dilakukan oleh AMAL Malaysia sebelum ini, maka bantuan akan cuba disalurkan secara berterusan sehingga suatu tahap yang stabil di sana. Pihak AMAL Malaysia telah mengatur beberapa jadual Misi Kemanusiaan ke Padang iaitu pada 15-19 Oktober 2009 yang terdiri dari Team Teknikal (Water Supply Tube Well), 22-26 Oktober 2009 terdiri dari Team Medik dan seterusnya.
 

Selain itu, pihak AMAL Malaysia juga mempelawa para sukarelawan yang ingin turut serta boleh menghubungi Pejabat Yayasan Amal Malaysia di Batu Caves, Gombak di talian 03-6187 4382 (Cik Juisa). Pendaftaran awal sangat diharapkan bagi memudahkan pihak AMAL Malaysia dalam menyusun jadual berdasarkan kepakaran-kepakaran yang dimiliki oleh para sukarelawan Malaysia.

 

Pihak AMAL Malaysia turut mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan khususnya sumbangan kewangan daripada semua pihak yang prihatin terhadap bencana yang menimpa masyarakat serumpun di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Maybank, 553010122090 YAYASAN AMAL MALAYSIA dan sila maklumkan ke 019-9831927 atau 019-6644796. Semoga Allah menerima ‘amalan kita semua.

 

Nota: Insya Allah Pengerusi AMAL Sarawak, Saudara Muhtar Suhaili akan turut serta dalam Misi Kemanusiaan ke Padang, Indonesia pada 22-27 Oktober 2009. Sebarang sumbangan boleh menghubungi beliau di talian 016-8909717.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH” 

2 Responses to “Misi Kemanusiaan AMAL Ke Padang Diteruskan”

  1. AMAL Sarawak says:

    Yayasan Amal Malaysia hantar 27 orang Sukarelawan ke Padang, Sumatera, Indonesia
    Sumber: http://www.amalmalaysia.net/v1/

    22 Oktober 2009, Sepang (AMAL Malaysia) - Pada hari ini Pasukan Bantuan Kemanusiaan Mangsa Gempa Padang, Sumatera daripada Yayasan Amal Malaysia (AMAL Malaysia) telah berlepas ke Bandar Padang, Sumatera, Indonesia bagi membantu mangsa gempa bumi di sana. Pasukan ke 6 ini terdiri dari 27 orang sukarelawan dari pelbagai bidang iaitu Doktor, Pembantu Doktor, Jurutera, Juruteknik, Kaunselor dan Sukarelawan Am. AMAL Malaysia akan menyalurkan khidmat pemeriksaan kesihatan dan mencari serta membekal air bersih melalui projek Water Tube Well di Pariaman, Padang.

    Kumpulan ini juga telah membawa bersama pakaian-pakaian hasil sumbangan rakyat di Malaysia. Dengan kerjasama yang sangat baik serta khidmat sosial dari pihak syarikat penerbangan Air Asia, maka AMAL Malaysia berjaya melunaskan amanah yang di beri itu. Pihak AMAL Malaysia masih lagi memerlukan sokongan dan bantuan dari semua pihak bagi beberapa jadual misi kemanusiaan di sana. Sumbangan boleh di salurkan kepada akaun Maybank Yayasan Amal Malaysia, 553010122090.

  2. [...] AMAL Sarawak, 27 Oktober 2009: Alhamdulillah, pasukan Bantuan Kemanusiaan Mangsa Gempa Padang daripada Yayasan Amal Malaysia (AMAL Malaysia) telah selamat kembali tanahair setelah memberi khidmat hampir seminggu di Padang Pariaman, Sumatera Barat, Indonesia. [...]

Leave a Reply