Sumbangan AMAL Gempa Bumi Padang, Sumatera

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Gempa Bumi Padang Sumatera Barat

AMAL Malaysia, Kuala Lumpur, 02 Oktober 2009: Yayasan Amal Malaysia (AMAL) telah menghantar satu pasukan peninjau iaitu Misi Kemanusiaan Mangsa Gempa Bumi di Padang, Sumatera, Indonesia awal pagi tadi. Mereka menaiki pesawat Air Asia pada pukul 7.50 pagi tadi waktu Malaysia. Pasukan itu terdiri dari Tuan Hj Jamuliddin Elias, Timbalan Presiden AMAL Malaysia dan Encik Jamel Saring, Naib Pengerusi 1 AMAL Selangor. Tujuan pasukan ini adalah untuk melihat dan menilai keadaan selepas gempa bumi yang melanda di situ bagi persiapan pasukan bantuan seterusnya dari AMAL Malaysia.
 

AMAL Malaysia melihat keperluan memberi bantuan kemanusiaan kepada negara jiran yang menerima musibah tersebut. AMAL akan mendapatkan maklumat awal dari pasukan sukarelawan Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI) dan MUAMALAT iaitu NGO di Indonesia. Selepas penilaian dari pasukan tersebut, tindakan susulan akan diambil oleh AMAL untuk menghantar pasukan sukarelawan seperti Pasukan Perubatan dan lain-lain jika perlu.
 

Maklumat lanjut akan diperolehi dari pasukan ini kelak. Oleh itu, pihak AMAL Malaysia sangat mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan khususnya sumbangan kewangan dari semua pihak yang prihatin terhadap bencana yang menimpa masyarakat serumpun di Padang, Sumatera Barat, Indonesia.
 

Sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Maybank, 553010122090 YAYASAN AMAL MALAYSIA dan sila maklumkan ke 019-9831927 atau 019-6644796. Semoga Allah menerima ‘amalan kita semua.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH” 

4 Responses to “Sumbangan AMAL Gempa Bumi Padang, Sumatera”

  1. AMAL Sarawak says:

    Gempa Bumi di Padang, Sumatera, Indonesia
    Kenyataan Media oleh Presiden AMAL Malaysia

    Yayasan Amal Malaysia atau AMAL Malaysia adalah diantara NGO “charity and relief” yang menerima amanah dari Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri Malaysia di dalam menggerakkan misi menyalurkan bantuan kemanusiaan dan pemulihan semula kawasan konflik Gaza, Palestin. Yayasan Amal juga turut terlibat menyalurkan bantuan kemanusiaan di hampir semua kawasan konflik dan bencana besar di rantau ini seperti di Indonesia, Sri Lanka, Bangladesh, Lubnan, Iran, Myanmar, Thailand, Pakistan, Kashmir, China, dan Mindanao di samping program Qurban di kawasan miskin tegar di 12 negara serantau. Tidak ketinggalan tentunya khidmat kemanusiaan dan kemasyarakatan di negara sendiri, Malaysia tercinta.

    Hari ini dunia digemparkan dengan bencana besar yang melanda di beberapa kawasan di rantau ini seperti Taufan Ketsana di Manila dan gempa bumi besar di Padang, Sumatera serta Samoa. Di Padang, Sumatera, lebih 2,000 yang disahkan mati dan lebih 4,000 masih hilang atau terperangkap. Ribuan rumah kediaman dan bangunan ranap dan musnah. Ratusan ribu yang hilang tempat tinggal, tercedera, hilang mata pencarian, bergelap terputus bekalan makanan, letrik dan bekalan air bersih.

    Pasukan bentuan pertama AMAL Malaysia di Padang pada hari kedua bencana terus di sana sehinggga sekarang diikuti pasukan kedua pada Sabtu, 3 Oktober dan pasukan ketiga akan berlepas pada 7 Oktober 2009. Mereka terdiri daripada medic team, logistik dan kaunselor sosial. Alhamdulillah, kami bekerja sepasukan bersama workers Persatuan Bulan Sabit Merah Indonesia dan Persatuan Muamalat Indonesia dan turut disertai oleh beberapa rakan NGO daripada Turki dan Eropah. Misi bantuan kemanusiaan Yayasan Amal lebih tertumpu kepada bidang perubatan (medic team), bantuan makanan, khemah penginapan sementara dan bekalan air bersih. Dua team teknikal bekalan air bersih akan berlepas pada hari Sabtu terdekat ini (10 Oktober 2009).

    AMAL Malaysia ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menyumbang. Namun, kami ingin terus merayu rakyat Malaysia yang prihatin, orang-orang perseorangan, badan-badan swasta, organisasi-organisasi masyarakat, masjid dan lain-lain untuk terus menghulurkan sumbangan kepada saudara-saudara kita yang sedang menerima uijan Allah, kesempitan dan ancaman maut di Padang, Sumatera Barat, Indonesia sekarang ini.

    AMAL Malaysia berbesar hati menawar diri menjadi perantara kepada masyarakat Malaysia yang prihatin dengan mangsa bencana yang malang ini dan kepada tenaga-tenaga perubatan serta tenaga-tenaga pakar yang ingin mengambil pengalaman berkihdmat boleh berhubung dengan ibu pejabat kami di 127-2, Jalan SBC 1, Taman Seri Batu Caves, Selangor atau menelefon di talian +603 61874382 atau hubungi terus kami, Hj Hussin Ismail (Presiden) +6019 9511860, Hj Jamuliddin Hj Elias (Timb Presiden, Ketua Bantuan Kemanusiaan) +6019 6644796 / +6281376652890 (local phone Padang), Dr Rani (Ketua Relief) +6013 9279256 atau Hj Zaman (Bendahari) +6019 9831927.

    Akaun Yayasan Amal Malaysia adalah:

    Maybank Malaysia Berhad (MBMB)
    No Akaun: 553010122090

    Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB)
    No Akaun: 13010002499715

    Hongkong & Shanghai Bank (HSBC)
    No Akaun: 001057884021

    Sekian, Wasalam.Terima Kasih.

    Haji Husin Ismail
    Presiden
    Yayasan Amal Malaysia (AMAL Malaysia)

  2. AMAL Sarawak says:

    Padang Bergelapan, Terputus Bekalan Elektrik

    5 September 2009, Padang (AMAL Malaysia) - Pasukan Peninjau Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia (AMAL Malaysia) berhadapan dengan cabaran bergelap di malam hari dan tiada bekalan elektrik di Padang, Sumatera, Indonesia.

    Menurut Pak Jamal, Ketua Misi Peninjau, mereka menghadapi kesukaran menghantar berita serta foto keadaan di sana. Namun mereka masih tetap berusaha sehinggalah mendapat bantuan dari NGO Muamalat Indonesia. “Kami telah mencuba guna genset tetapi gagal”, kata Pak Jamal melalui sms. Seluruh kawasan Padang telah ‘blackout’. Pemerintah Indonesia telah memberi jaminan untuk membekal semula bekalan elektrik pada 5 Oktober ini.

    Berita lanjut: Sila klik di sini »»

  3. [...] AMAL M’sia Caw. Sarawak :: Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Ber’amal Kerana Allah :: « Sumbangan AMAL Gempa Bumi Padang, Sumatera [...]

Leave a Reply