Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kpg Labang

Header Web AMAL Sarawak.jpg

AMAL Sarawak, 15 Ramadhan 1430H: Alhamdulillah. Sekali lagi pada 5 September 2009 Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dan Bintulu Iqra’ Center (BIC) meneruskan misi Ziarah Dakwah Ramadhan 1430H. Destinasi kali ini ialah Kampung Labang yang mengambil masa kira-kira satu jam setengah dari Bandar Bintulu. Program ini adalah lanjutan siri-siri sebelum ini iaitu Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kampung Penan, Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Tatau, Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Segan dan Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Ulu Segan. Program ini adalah sebahagian daripada aktiviti Karnival AMAL Merdeka 2009 dan Ihya’ Ramadhan 1430H Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak.

 

Program dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Ustaz Ibrahim Mat Isa dan seterusnya bacaan doa oleh Ustaz Sardi Ismail. Rombongan memulakan perjalanan pada jam 8.30 pagi.

 

Sebelum menaiki bot untuk ke Kampung Labang, rombongan terpaksa menempuhi jalan tanah merah yang masih basah dan berlumpur. Walaubagaimanapun, perjalanan yang mencabar ini tidak sedikitpun mematahkan semangat sukarelawan, bahkan menjadi satu pemangkin taujihat atas dasar ikatan ukhuwah Islamiyyah.

 

Setibanya rombongan di Kampung Labang, sukarelawan dibawa ke Sekolah Kebangsaan Labang yang kebetulan sedang melalui sesi persekolahan. Kegigihan dan iltizam guru-guru di sana untuk mendidik anak bangsa sangat dikagumi.

 

Selesai menziarahi SK Labang, rombongan terus dibawa ke surau untuk meneruskan program. Program di surau dimulai dengan ucapan alu-aluan Ketua Kampung iaitu TK. Michi b. Lau. Seterusnya, Ustaz Sardi selaku Pengerusi AMAL Sarawak Unit Bintulu menyampaikan sedikit taklimat ringkas mengenai Yayasan AMAL Malaysia.

 

Program diserikan lagi dengan sesi tazkirah ringkas oleh Tuan Haji Abdul Rani dari Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu. Selesai tazkirah, sumbangan yang dibawa mula diagihkan kepada 36 keluarga terpilih. Pihak Jawatankuasa Kebajikan Islam Bintulu Port Sdn Bhd (JKI BPSB) turut mengambil peluang untuk menyampaikan sumbangan kepada pihak surau. Program diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Ibrahim.

 

Pihak AMAL dan BIC mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Kampung Labang dan tidak ketinggalan Ustaz Nazrie dan Saudara Hanit di atas kerjasama yang diberikan sepanjang program. Ucapan terima kasih juga kepada sahabat-sahabat AMAL dan BIC di atas pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit. Moga Allah menerima segala amal yang kita lakukan.

 

Atas segalanya, pihak AMAL Sarawak sekali lagi ingin mengucapkan jazakumullahu khairan khathiran kepada semua penyumbang-penyumbang yang budiman. AMAL Sarawak doakan semoga segala sumbangan kita diterima oleh Allah SWT. Kepada sesiapa yang ingin menyumbang boleh berurusan terus dengan pihak AMAL atau BIC. Pihak kami turut mengalu-alukan kepada yang berminat untuk turut serta di dalam Ziarah Dakwah yang akan dianjurkan pada masa-masa akan datang.

 

Sila klik di sini untuk foto-foto program »».

 

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Bintulu pada masa akan datang, sila hubungi Ustaz Salehuddin Abu Samah (019-4823755), Ustaz Abdul Halim Abdul Kadir (019-3491567), Ustaz Sardi Ismail (013-9235267), Saudari Hafsah Mardiah (019-9805803) atau layari laman web www.amalsarawak.net.

 

Wallahu a’lam bissawab.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH” 

One Response to “Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kpg Labang”

  1. [...] Program ini adalah lanjutan siri-siri sebelum ini iaitu Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kpg Labang, Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kampung Penan, Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Tatau, Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Segan dan Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Ulu Segan. [...]

Leave a Reply