Laporan Forum Khas “Ramadhan & Kemerdekaan”

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Forum Ramadhan dan Kemerdekaan

 

AMAL Sarawak, 11 Ramadhan 1430H: Alhamdulillah. Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dengan kerjasama Masjid An-Na’im Lutong telah menganjurkan Forum Perdana Khas “Ramadhan & Kemerdekaan” yang diadakan di Masjid An-Na’im Lutong, Miri pada Isnin, 31 Ogos 2009. Program tersebut telah dihadiri oleh Ayahanda Temenggong Haji Abdul Rahman Fadzail, Tuan Haji Sabri Bojeng (Pengerusi Masjid An-Na’im), masyarakat di sekitar Lutong dan sukarelawan-sukarelawan AMAL. Program bermula pada pukul 4.00 petang sejurus selepas Solat Asar dan tamat pada pukul 10.00 malam.

 

Program tersebut dipengerusikan oleh Ustaz Nik Mohd Shazmizi Nik Sin dari Kolej TDT Hj Bujang dan Saudara Mohd Arifiriazul Paijo (iPerintis Sdn Bhd) bertindak sebagai moderator forum. Ahli panel yang telah dijemput khas ialah Ustaz Salehuddin Abu Samah (Guru JQAF SK Kidurong, Bintulu) dan Ustaz Hj Afnan Faiz Ridzuan Hj Ahmad (Guru Pendidikan Islam SM Teknik, Kuching).
 
Acara tersebut dimulai dengan ucapan alu-aluan dan taklimat Tabung Saudara Kita dan Infaq Ramadhan oleh Saudara Muhtar Hj Suhaili, Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak. Selepas itu pengerusi majlis telah menyerahkan moderator forum untuk meneruskan acara forum bersama ahli panel yang mengupas tema “Makna Hakiki Ramadhan dan Kemerdekaan“.
 
Selesai forum, Temenggong Haji Abdul Rahman Fadzail telah sudi melaksanakan simbolik pelancaran Tabung Saudara Kita dan Infaq Ramadhan peringkat Kawasan Lutong. Program seterusnya diikuti dengan majlis berbuka puasa dan berakhir sekitar 10.00 malam dengan moreh.
 
Berikut adalah gambar-gambar program yang sempat dirakam:

Ucapan alu-aluan Pengerusi AMAL Sarawak

Ucapan alu-aluan Pengerusi AMAL Sarawak

Pengerusi Majlis Ustaz Nik Syazmizi Nik Sin

Pengerusi Majlis Ustaz Nik Syazmizi Nik Sin

Moderator Saudara Arif memulakan forum

Moderator Saudara Arif memulakan forum

Sebahagian hadirin yang menghadiri forum

Sebahagian hadirin yang menghadiri forum

Cenderahati kepada Ustaz Hj Afnan Faiz Ridzuan

Cenderahati kepada Ustaz Hj Afnan Faiz Ridzuan

Cenderahati kepada Ustaz Salehuddin Abu Samah

Cenderahati kepada Ustaz Salehuddin Abu Samah

Cenderahati AMAL kepada Masjid An-Naim

Cenderahati AMAL kepada Masjid An-Naim

Ayahanda Temenggong melancarkan Tabung Infaq Ramadhan & Saudara Kita

Ayahanda Temenggong melancarkan Tabung Infaq Ramadhan & Saudara Kita

Pihak AMAL Sarawak mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah membantu program ini terutamanya pihak AJK Masjid An-Na’im Lutong dan seluruh ahli jawatankuasa penganjur yang diketuai oleh Ustaz Arisan Abdul Rahman. Insya Allah, mudah-mudahan Allah akan memberi ganjaran di atas usaha kita ini, dengan ganjaran yang sewajarnya di Akhirat nanti.

 

Untuk keterangan lanjut program-program Karnival AMAL Merdeka Edisi Ramadhan 1430H di Miri, sila hubungi Saudara Muhtar Suhaili (016-8909717), Saudara Mohd Azwani Abdul Rani (013-3603290), Ustaz Arisan Abdul Rahman (013-8336027), Saudari Fatimah Junaidi (013-8130703) atau layari laman web www.amalsarawak.net.

 

Wallahu a’lam bissawab.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH” 

Leave a Reply