Laporan Program Seminar Ekonomi Islam 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Seminar Ekonomi Islam

AMAL Sarawak, 9 Ramadhan 1430H: Alhamdulillah! Pada 8.00 pagi sehingga 1.00 petang hari ini, Ahad, 30 Ogos 2009 telah berlangsung program Seminar Ekonomi Islam Bersama Warisan Mukmin di Pustaka Miri. Seramai hampir 50 peserta telah hadir di kalangan usahawan korporat, kakitangan kerajaan dan kakitangan swasta untuk menambah ilmu dan menimba pengalaman hasil daripada pembentangan-pembentangan seminar setengah hari ini. Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti Karnival AMAL Merdeka 2009 dan Ihya’ Ramadhan 1430H.

 

Tuan Kameri Edi, Pengurus Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Miri telah hadir merasmikan program Seminar Ekonomi Islam ini. Beliau juga sekaligus telah melancarkan projek ekonomi Yayasan AMAL Malaysia yang dinamakan AMAL Charity Shop. AMAL Charity Shop adalah satu idea yang ingin diceburi oleh Yayasan AMAL untuk menambah dana selain menggalakkan orang ramai membudayakan infaq serta kemudiannya membeli sambil menderma.

 

Program dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak, Saudara Muhtar Hj Suhaili dan diikuti dengan ucapan perasmian program oleh Tuan Kameri Edi. Selepas itu, program diteruskan dengan pembentangan 3 kertas kerja oleh Tuan Haji Mohd Safri Mahat, Ketua Pegawai Eksekutif Warisan Mukmin Sdn Bhd. Berikut merupakan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah beliau kongsikan:

 

1. Pengurusan Kewangan Peribadi Menurut Prinsip Islam

2. Warisan Mukmin Perancang Aset Muslim: “Wasiat, Hibah dan Pentadbiran Harta Pusaka”

3. Jihad Bisnes: “Memperkasa Ekonomi Ummah”.

 

Tuan Mohd Munim Yahaya dan Tuan Mohd Rosli Bauk iaitu Eksekutif Warisan Mukmin Sdn Bhd turut hadir sama dalam program seminar interaktif tersebut. Rata-rata peserta yang hadir berpuas hati dengan pengisian seminar dan berharap ianya dapat diadakan lagi pada masa akan datang untuk manfaat lebih ramai anggota masyarakat. Majoriti bersetuju bahawa kandungan seminar cukup penting dan genting untuk difahami oleh semua individu Muslim khususnya dalam bermuamalah menurut tuntutan Al-Qur’an dan As-Sunnah di dalam dunia materialistik hari ini.

 

Berikut dikongsikan gambar-gambar program tersebut:

 

Ucapan perasmian seminar oleh Tuan Kameri Edi

Ucapan perasmian seminar oleh Tuan Kameri Edi

Pembentangan Tuan Haji Mohd Safri Mahat

Pembentangan Tuan Haji Mohd Safri Mahat

Hadirin Seminar Ekonomi khusyuk mendengar

Hadirin Seminar Ekonomi khusyuk mendengar

Seminar berlangsung dengan diskusi ilmiah

Seminar berlangsung dengan diskusi ilmiah

Cenderahati AMAL kepada Perasmi Seminar

Cenderahati AMAL kepada Perasmi Seminar

Cenderahati AMAL kepada Warisan Mukmin

Cenderahati AMAL kepada Warisan Mukmin

 

Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tenaga penggerak program ini khususnya Saudara Mohd Ali Murad dan Saudara Mohd Taufiq Mohd Yusuf. Tidak lupa juga, setinggi-tinggi penghargaan buat Warisan Mukmin Sdn Bhd di atas komitmen jitu menjayakan program buat julung-julung kalinya ini. Khusus buat para peserta, hasil pemikiran serta cetusan idea hasil dari seminar ini ayuh sama-sama kita implementasi dan garapkan dalam bentuk tindakan bermakna.

 

Atas segalanya, kita tidak mahu kaya, tetapi harus kaya! Jom bersama memperkasa ekonomi ummah!

 

Wallahu a’lam bissawab.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Leave a Reply