Program Semarak Wahyu & Ceramah Perdana

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Poster Program Semarak Wahyu 1430H

 

AMAL Sarawak, 12 Ramadhan 1430H: Alhamdulillah. Insya Allah, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak, Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Miri dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian Miri, Tabung Baitulmal Sarawak dan Masjid At-Taqwa akan menganjurkan program Semarak Wahyu dan Ceramah Perdana bersama Ustaz Wan Sohor Bani Leman. Program ini akan diadakan pada hari Sabtu-Ahad akan datang, 5-6 September bersamaan 15-16 Ramadhan 1430H bertempat di Masjid At-Taqwa, Bandaraya Miri.

 

Berikut adalah tentatif program pada hari tersebut:

 

5 September, 2.30 petang:

- Gotong-royong memasak Bubur Lambuk

- Tadarus Al-Qur’an

 

5 September, 3.32 petang:

- Solat ‘Asar Berjamaah

- Sambung Tadarus Al-Qur’an

- Persiapan Berbuka Puasa

 

5 September, 6.31 petang:

- Berbuka Puasa/ Iftar Jamae’i/ Sungkei

- Solat Maghrib Berjamaah

- Tayangan Video AMAL

 

5 September, 7.41 malam:

- Solat Isya’ Berjamaah

- Solat Tarawih

 

5 September, 8.45 malam:

- Ucapan Pengerusi Majlis

- Ucapan Alu-aluan Pengerusi AMAL Sarawak

- Ceramah Perdana Ustaz Wan Sohor Bani Leman

- Penyampaian Sumbangan

- Penyampaian Cenderahati

- Moreh

 

6 September, 3.30 pagi:

- Qiammullail

- Sahur

 

6 September, 5.03 pagi:

- Solat Subuh Berjamaah

- Kuliah Subuh

 

6 September, 8.00 pagi:

- Majlis Penutupan Program Semarak Wahyu 1430H

  

Semua warga Bandaraya Miri dijemput bersama-sama menghadirkan diri untuk lebih menghayati makna “Al-Qur’an Memerdekakan Manusia” serta menambahkan ‘amal ibadah di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Semoga kita semua beroleh redhaNya dunia dan Akhirat. Amiin.
  
“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

2 Responses to “Program Semarak Wahyu & Ceramah Perdana”

  1. Nurmirafudin Nordin says:

    Salam Brothers,

    Keep up the good work!

  2. [...] 16 Ramadhan 1430H: Alhamdulillah. Program Semarak Wahyu dan Ceramah Perdana bersama Ustaz Wan Shohor Bani Leman berjaya dianjurkan dengan jayanya pada 5-6 September 2009 bertempat di Masjid At-Taqwa Miri [...]

Leave a Reply