AMAL Sarawak, 2 Ramadhan 1430H: Alhamdulillah. Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dan Bintulu Iqra’ Center (BIC) meneruskan misi Ziarah Dakwah Ramadhan dan kali ini ke Kampung Kuala Segan, Bintulu pada hari Ahad, 23 Ogos 2009. Program ini adalah sebahagian daripada aktiviti Karnival AMAL Merdeka 2009 dan Ihya’ Ramadhan 1430H Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak.
Tujuan program ini adalah untuk menziarahi saudara-saudara seIslam kita yang kurang berkemampuan sambil memberi sedikit sumbangan Ramadhan dari AMAL dan BIC. Program ini adalah kesinambungan kepada siri sebelum ini iaitu Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Ulu Segan. Kampung Kuala Segan adalah sebuah kampung tradisional yang terletak lebih kurang 20 minit dari bandar Bintulu. Orang kampung ini kebanyakannya bekerja sebagai nelayan dan petani dan tidak kurang juga yang bekerja di kawasan perindustrian yang terletak tidak jauh dari kampung tersebut.
Aktiviti bermula dengan ucapan dan taklimat ringkas oleh Ustaz Abd Halim, Timbalan Pengerusi AMAL Cawangan Sarawak selaku Ketua Projek di perkarangan Masjid Asyakirin Bintulu kepada para sukarewan AMAL dan BIC yang turut serta. Selepas itu, rombongan terus bertolak ke Kampung Kuala Segan dan setibanya Surau Darul Yakin, para sukarelawan terus menunaikan Solat Asar berjamaah dan diikuti dengan Tazkirah ringkas yang telah disampaikan oleh Ustaz Salehuddin Abu Samah.
Seterusnya, Ustaz Sardi Ismail selaku Pengerusi AMAL Unit Bintulu telah menyampaikan cenderahati kepada Imam Kampung Kuala Segan yang mewakili Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK. Program berakhir setelah menyampaikan kesemua sumbangan kepada para penduduk yang terpilih. Pihak AMAL mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sukarelawan yang sanggup meluangkan masa, tenaga dan wang ringgit untuk bersama-sama AMAL turun memberi sumbangan dan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.
Pihak AMAL juga ingin mengucapkan jazakumullahu khairan khathiran kepada semua penyumbang-penyumbang yang budiman. AMAL doakan semoga segala sumbangan kita diterima oleh Allah SWT. Kepada sesiapa yang ingin menyumbang boleh berurusan terus dengan pihak AMAL atau BIC. Pihak kami turut mengalu-alukan kepada yang berminat untuk turut serta di dalam Ziarah Dakwah yang akan dianjurkan pada masa-masa akan datang. Program Ziarah Dakwah AMAL seterusnya ialah di Kuala Tatau pada 29 Ogos 2009.
Sila klik di sini untuk foto-foto program »».
Untuk keterangan lanjut program-program Karnival AMAL Merdeka Edisi Ramadhan 1430H di Bintulu, sila hubungi Ustaz Salehuddin Abu Samah (019-4823755), Ustaz Abdul Halim Abdul Kadir (019-3491567), Ustaz Sardi Ismail (013-9235267), Saudari Hafsah Mardiah (019-9805803) atau layari laman sesawang www.amalsarawak.net.
Wallahu a’lam bissawab.
“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”


[...] lanjutan siri-siri sebelum ini iaitu Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Segan dan Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Ulu Segan. Program ini adalah sebahagian daripada aktiviti Karnival AMAL Merdeka 2009 dan Ihya’ Ramadhan 1430H. [...]
[...] Program ini adalah lanjutan siri-siri sebelum ini iaitu Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Tatau, Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Segan dan Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Ulu Segan. [...]
[...] Program ini adalah lanjutan siri-siri sebelum ini iaitu Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kampung Penan, Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Tatau, Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Segan dan Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Ulu Segan. [...]
[...] Program ini adalah lanjutan siri-siri sebelum ini iaitu Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kpg Labang, Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kampung Penan, Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Tatau, Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Segan dan Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Ulu Segan. [...]
[...] Alhamdulillah. Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dan Bintulu Iqra’ Center (BIC) telah berjaya mengadakan Ziarah Dakwah Siri 1 2010 ke Kg Kuala Segan pada Sabtu, 20 Mac 2010. Program ini turut disertai juga oleh Jawatankuasa Kakitangan Islam ABF (JASA ABF) dan L-Tune Motor Club. Program ini juga adalah kesinambungan Ziarah AMAL Sarawak ke Kuala Segan sempena Ramadhan 1430H yang lalu. Laporan: Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Segan [...]