Forum Perdana “Ramadhan & Kemerdekaan”

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Banner Forum "Ramadhan dan Kemerdekaan"

Poster Forum "Ramadhan dan Kemerdekaan"

 

AMAL Sarawak, 3 Ramadhan 1430H: Alhamdulillah. Insya Allah, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dengan kerjasama Masjid An-Na’im akan menganjurkan sebuah Forum Perdana Ehwal Islam bersempena Karnival AMAL Merdeka 2009 Edisi Ramadhan yang bertajuk “Ramadhan & Kemerdekaan”. Program ini akan diadakan pada hari Isnin akan datang, 31 Ogos 2009 bersamaan 10 Ramadhan 1430H bermula 4.30 petang (selepas ‘Asar) bertempat di Masjid An-Na’im Lutong, Miri.

  

Semua warga Bandaraya Miri dijemput bersama-sama menghadirkan diri untuk lebih menghayati dan memahami makna Ramadhan dan Kemerdekaan yang hakiki dari perspektif Islam. Semoga kita semua beroleh redhaNya dunia dan Akhirat. Amiin.
  
“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

One Response to “Forum Perdana “Ramadhan & Kemerdekaan””

  1. [...] Alhamdulillah. Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dengan kerjasama Masjid An-Na’im Lutong telah menganjurkan Forum Khas “Ramadhan & Kemerdekaan” [...]

Leave a Reply