Tabung AMAL Saudara Kita & Infaq Ramadhan

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Pelancaran Tabung Infaq Ramadhan 1430H dan Tabung Saudara Kita

AMAL Sarawak, 1 Ramadhan 1430H: Alhamdulillah, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah melancarkan Tabung Saudara Kita dan Infaq Ramadhan peringkat Bahagian Miri pada 22 Ogos 2009 bertempat di Masjid Ar-Rayyan, Permyjaya. Saudara Muhtar Hj Suhaili, Pengerusi AMAL Cawangan Sarawak telah menyampaikan Tazkirah Khas Ramadhan sekaligus penerangan berkenaan Tabung Saudara Kita khususnya mengenai misi membina Surau Al-Azhar di Ulu Kota, Pakan, Sarikei selain perkampungan-perkampungan Saudara Baru di beberapa lokasi yang telah dikenalpasti di seantero negeri Sarawak.

 

[Nota: Saudara Kita terma semakna dengan Saudara Baru]. 

 

Selain Tabung Saudara Kita, Tabung Infaq Ramadhan iaitu sebahagian dana yang terkumpul juga akan digunakan untuk membantu fakir miskin, anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan di sekitar Miri menjelang ‘Eidul Fitri 1430H selain membiayai program-program AMAL Sarawak pada masa akan datang.

 

Cikgu Osman Kiprawi, Pengerusi Masjid Ar-Rayyan Permyjaya telah melancarkan Tabung Saudara Kita & Infaq Ramadhan tersebut di hadapan lebih 1,000 jamaah yang hadir. Alhamdulillah, sebanyak RM1,210 berjaya dikutip pada malam pelancarannya. Tabung tersebut akan diteruskan ke Masjid-masjid dan Surau-surau di sekitar Miri bersempena program Safari dan Ihya’ Ramadhan 1430H dan akan berakhir di Masjid At-Taqwa Bandaraya Miri dengan program Majlis Penutupan Karnival AMAL Merdeka 2009 dan Ceramah Perdana Ramadhan bersama Ustaz Hj Wan Sohor Bani Leman pada 5 September 2009, insya Allah.

 

Untuk makluman, AMAL Sarawak juga telah terlebih dahulu melancarkan Tabung Dana Saudara Kita Peringkat Bahagian Bintulu pada 2 April 2009 bertempat di Masjid Darul Hidayah, Kidurong, Bintulu. Sila baca lebih lanjut di link berikut: AMAL Sarawak Lancar Dana Saudara Kita.

 

Kepada dermawan yang bersedia menyumbang untuk Tabung Saudara Kita boleh terus bank-in ke dalam akaun Bank Muamalat Malaysia Berhad atas nama:

 

JAWATANKUASA PEMBELAAN SAUDARA KITA “.
No akaun : 110 3000 7659 728.

 

 

Sementara untuk Infaq Ramadhan bagi program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak:

Masukkan sumbangan anda ke dalam akaun AMAL Sarawak:
(This is AMAL Sarawak’s bank account for your references:)

Akaun AMAL Malaysia Cawangan Sarawak

Atau CEK bayaran kepada “Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak”, dan hantar ke alamat di bawah:
(Or send your cheque to below address:)

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak
Lot 741, Jalan Pujut 9, 98000 Miri, Sarawak
No. Telefon: 016-8909717

Email: amalsarawak@yahoo.com.my

 

Sebarang maklumbalas dan persoalan, sila hubungi:

 

  1. Saudara Muhtar Suhaili: 016-8909717
  2. Ustaz Arisan Abdul Rahman: 013-8336027
  3. Ustaz Ibrahim Mat Isa: 019-4535119
  4. Ustaz Salehuddin Abu Samah: 019-4823755
  5. Ustaz Mohd Amir Ridhwan Abdullah: 019-8643076 

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Leave a Reply