AMAL Sarawak, 18 Sya’ban 1430H: Alhamdulillah. Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak memulakan Ziarah Dakwah ke Ulu Segan, Bintulu pada hari Ahad, 9 Ogos 2009. Aktiviti bermula pada pukul 8.30 pagi dengan disertai hampir 30 orang sukarelawan AMAL Unit Bintulu. Seramai 10 keluarga miskin dan mualaf telah dikenal pasti untuk kami ziarahi pada pagi ini dengan memberi sedikit sumbangan kepada mereka.
Aktiviti bermula dengan ucapan dan taklimat ringkas oleh Pengarah Program iaitu Ustaz Abdul Halim yang juga merupakan Timbalan pengerusi AMAL Cawangan Sarawak. Ustaz Muzakkir mengetuai bacaan doa sebelum perjalanan dimulakan.
Ziarah dakwah kami kali ini turut disertai juga oleh Ustaz Ismawi dan Ustaz Tha Bo. Kebanyakan komunikasi sepanjang aktiviti kali ini memerlukan kemahiran berbahasa Iban. Mujur kami dibantu oleh Ustaz Ismawi Ishak.
Program berakhir setelah menyampaikan kesemua sumbangan kepada para penduduk yang terpilih. Pihak AMAL dan Bintulu Iqra’ Centre (BIC) mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sukarelawan yang sanggup meluangkan masa, tenaga dan wang ringgit (sanggup menggunakan kenderaan sendiri) untuk bersama-sama AMAL turun memberi sumbangan dan bantuan kepada masyarakat Rumah Panjang Banyai, Ulu Segan. Kepada semua penyumbang, pihak kami mengucapkan jazakumullahu khairan khathira, semoga segala sumbangan kita akan diterima oleh Allah. Insya Allah.
Kepada pihak lain yang ingin menyumbang boleh berurusan dengan pihak BIC. Pihak kami mengalu-alukan kepada yang berminat untuk turut serta di dalam Ziarah Dakwah yang dianjurkan oleh pihak kami. Program ziarah dakwah seterusnya ialah di Kampung Kuala Segan pada 23 Ogos 2009.
Sila klik di sini untuk foto-foto program »».
Untuk keterangan lanjut program-program Karnival AMAL Merdeka Edisi Ramadhan 1430H di Bintulu, sila hubungi Ustaz Salehuddin Abu Samah (019-4823755), Ustaz Abdul Halim Abdul Kadir (019-3491567), Ustaz Sardi Ismail (013-9235267), Saudari Hafsah Mardiah (019-9805803) atau layari laman web www.amalsarawak.net.
Wallahu a’lam bissawab.
“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”


[...] Program ini adalah kesinambungan kepada siri sebelum ini iaitu Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Ulu Segan. Kampung Kuala Segan adalah sebuah kampung tradisional yang terletak lebih kurang 20 minit dari bandar Bintulu. [...]
[...] lanjutan siri-siri sebelum ini iaitu Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Segan dan Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Ulu Segan. Program ini adalah sebahagian daripada aktiviti Karnival AMAL Merdeka 2009 dan Ihya’ Ramadhan 1430H. [...]
[...] Program ini adalah lanjutan siri-siri sebelum ini iaitu Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Tatau, Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Segan dan Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Ulu Segan. [...]
[...] Program ini adalah lanjutan siri-siri sebelum ini iaitu Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kampung Penan, Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Tatau, Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Segan dan Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Ulu Segan. [...]
[...] Program ini adalah lanjutan siri-siri sebelum ini iaitu Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kpg Labang, Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kampung Penan, Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Tatau, Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Segan dan Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Ulu Segan. [...]
Salam.
Sungguh murni usaha dan perjuangan saudara dan saudariku di bumi Kenyalang. Moga sinar Islam di memancar dari sini lalu merahmati seluruh umat di Nusantara.