Laporan Program Futsal AMAL Merdeka 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

VIP, Jawatankuasa Pelaksana bersama Pasukan Surau Al-Jawahir, Naib Juara<br /> Kejohanan

 

AMAL Sarawak, 18 Sya’ban 1430H: Alhamdulillah! Pasukan Surau At-Taqwa Riam berjaya menjuarai pertandingan Futsal AMAL Merdeka 2009 anjuran Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak yang telah berlangsung pada 8-9 Ogos 2009 bertempat di Gelanggang Futsal Piasau Fasa 1, Miri.

 

Pada perlawanan akhir, Surau At-Taqwa Riam telah menang ke atas Surau Al-Jawahir IKBN dengan jaringan 5-2. Sementara itu, tempat ke-3 telah disandang oleh Masjid Darul Khairat Bakam yang berjaya menang tipis 2-1 ke atas Surau Darul Ibadah Penjara Miri dalam perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-4.

 

Sebanyak 24 pasukan telah mengambil bahagian di dalam kejohanan futsal selama 2 hari ini yang diadakan bagi merancakkan lagi program Karnival AMAL Merdeka 2009. Pasukan tersebut termasuklah AMAL Sarawak A, AMAL Sarawak B, Masjid An-Nur A, Masjid An-Nur B, Masjid Ar-Rayyan A, Masjid Ar-Rayyan B, Masjid Ar-Rayyan C, Masjid An-Na’im A, Masjid An-Na’im B, Masjid An-Na’im C, Masjid Nur Hijrah, Masjid Nurul Iman, Masjid Darul Istiqamah, Masjid Darul Khairat, Surau Darul Taqwa, Surau Darul Ibadah, Surau Ulumiyyah, Surau Al-Jawahir, RT Piasau A, RT Piasau B, SKH FC, Putra FC, BAKIP Petronas dan PKPIP Shell.

 

Finalist Futsal AMAL Merdeka

Finalist Futsal AMAL Merdeka

Tempat Ke 3-4 Futsal AMAL Merdeka

Tempat Ke 3-4 Futsal AMAL Merdeka

 Sila klik link untuk foto program: Link 1», Link 2».

 

Ustaz Hj Rosli Arup, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam (JAIS) Zon Utara Sarawak telah hadir merasmikan majlis penutupan sekaligus sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang Futsal AMAL Merdeka.

 

Di dalam ucapan penangguhannya, Ustaz Rosli berkata, “Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pihak penganjur iaitu Yayasan AMAL Malaysia di atas inisiatif menganjurkan kejohanan ini. Program sebegini dapat mengajak masyarakat khususnya belia untuk terlibat dalam aktiviti yang sihat serta menghindarkan mereka daripada mendekati gejala-gejala negatif seperti melepak. Sesungguhnya, belia merupakan aset terpenting agama, bangsa dan negara pada masa mendatang.

 

Saya menyambut baik dan menyokong apa-apa sahaja bentuk aktiviti riadhah yang sihat melibatkan golongan belia dan remaja. Futsal bukanlah semata-mata satu aktiviti sukan yang hanya untuk mengeluarkan peluh semata-mata, namun ianya mengandungi peraturan-peraturan dan disiplin permainan yang seharusnya dipatuhi dan dihargai. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan tali silaturrahim dalam kalangan peserta, penonton dan masyarakat setempat. Justeru itu, saya berharap kejohanan sebegini akan dapat diteruskan lagi pada tahun  hadapan.”

 

Syarat-syarat Penyertaan Futsal AMAL Merdeka

Syarat-syarat Penyertaan Futsal AMAL Merdeka

 

Turut hadir sama pada majlis penutupan ialah Encik Razali Surin, Pengerusi Rukun Tetangga Piasau Jaya, Hj Joffri Jaraei, Penasihat AMAL Cawangan Sarawak, Encik Muhtar Suhaili, Pengerusi AMAL Cawangan Sarawak, Encik Mohd Azwani Abdul Rani, Pengarah Karnival AMAL Merdeka dan Encik Hafizan Lutfi, Pengurus Futsal AMAL Merdeka 2009.

 

Selain Futsal AMAL Merdeka, antara program lain yang akan dianjurkan sempena Karnival AMAL Merdeka 2009 dan Ihya’ Ramadhan 1430H ini termasuklah Larian AMAL Merdeka (15 Ogos, 6.30 pagi, Kpg Sukan Petronas), Konsert AMAL Merdeka bersama Ramli Sarip, Ustaz Akhwan Afandi dan Ustaz Azhan Atan (15 Ogos, 8.00 malam, Stadium Tertutup Miri), Nisa’ Berambeh (16 Ogos, 11.00 pagi, Kampung Pejuang Kelulit, Sibuti), Ceramah-ceramah dan Forum-forum Ramadhan (22 Ogos – 5 September, Masjid-masjid di bahagian Miri), Diskusi Remaja (29 Ogos, 8.00 pagi, ILP Miri), Ziarah Hospital Umum Miri (29 Ogos, 1.00 petang) dan Seminar Ekonomi Islam (30 Ogos, 8.00 pagi, Pustaka Miri).

 

Untuk keterangan lanjut berkenaan program-program tersebut, sila hubungi Muhtar Suhaili di talian 016-8909717, Mohd Azwani Abdul Rani (013-3603290), Ustaz Malsiron Rogikin (019-8275879), Mohd Junaidi Samsudeen (016-8786809), Shamsulnizam Shaharuddin (013-3868107), Fatimah Junaidi (013-8130703) atau layari laman web www.amalsarawak.net.

 

Nota: AMAL Malaysia Cawangan Sarawak mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Sukarelawan AMAL yang telah memberi komitmen jitu dalam menjayakan program ini. Semoga Allah SWT menerima segala amalan dakwah kita. Bersama kita buat yang terbaik untuk ISLAM kerana ALLAH.

 

Wallahu a’lam bissawab.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH” 

2 Responses to “Laporan Program Futsal AMAL Merdeka 2009”

  1. [...] Cabaran Futsal 2010/ 1431H terbuka kepada semua Masjid-masjid dan Surau-surau di Bahagian Miri. 6-7 Mac 2010. Gelanggang Futsal IKBN Miri. [...]

  2. [...] Kejohanan kali ini merupakan kali kedua dianjurkan oleh Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak setelah Kejohanan Futsal AMAL Merdeka 2009 [...]

Leave a Reply