Archive for March, 2012

Hari Keluarga Yayasan Amal Cawangan Sarawak-Unit Miri

Monday, March 19th, 2012

Alhamdulillah Hari Keluarga YAM Unit Miri telah berjaya diadakan pada 18/3/2012 di Pantai Bungai, Bekenu, Miri.

Hari Keluarga kali ini disertai oleh lebih kurang 50 orang ahli termasuk adik-adik daripada Kelab Remaja Amal, Miri (KRAM)
Acara dimulai dengan ucapan alu-aluan dari Ketua Unit Miri, Sdr Mohd Ali Bin Murad dan diikuti oleh Tazkirah ringkas oleh Ustaz Mohammad Al Amin tentang kepenting ukhwah dalam berjemaah.

Acara sukaneka kemudiannya memeriahkan lagi Program Hari Keluarga ini. Semua acara dijalankan secara santai sambil ahli-ahlli AMAL berserta keluarga masing-masing menikmatai BBQ ayam peram madu dan pelbagai makanan yang dibawa secara ‘Potluck’ oleh ahli-ahli.

Berbagai permainan dijalankan bagi merebut hadiah yang menarik dalam kategori remaja, kanak-kanak dan dewasa. Majlis penyampaian hadiah diadakan pada pukul 12 tengahari sebelum program ditutup dengan rasminya.

Yayasan Amal Malaysia Cwg Sarawak-Unit Miri mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK program yang bertungkus lumus menjayakan acara tahunan YAM Unit Miri ini.

Semuga berjumpa lagi dalam Program Hari Keluarga 2013.