AMAL Sarawak, 13 Syaaban 1431H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Agung lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) anjuran Bintulu Iqra’ Center (BIC) dengan kerjasama Nisa’ Cawangan Bintulu dan Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah berjaya dijalankan pada Ahad, 25 Julai 2010 bersamaan 13 Syaaban 1431H bertempat di perkarangan Masjid Kampung Jepak, Bintulu.
Sila klik di sini untuk foto-foto program »».
Sekalung ucapan tahniah kepada jawatankuasa penganjuran kerana berjaya mengadakan program khidmat masyarakat ini dengan jayanya. Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat dan orang ramai yang memberi sokongan kepada usaha murni ini.
Semoga semua kerja buat ikhlas tuan/puan dicatatkan sebagai amal jariah dan mendapat ganjaran pahala serta keberkatan dari Allah SWT. Jazakumullahu khairan kathiran, semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan.
Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Bintulu, sila hubungi Ustaz Salehuddin Abu Samah (019-4823755), Ustaz Sardi Ismail (013-9235267), Ustaz Ibrahim Mat Isa (019-4535119), Saudari Hafsah Mardiah (019-9805803) atau layari laman sesawang www.amalsarawak.net.
TERAS BUDAYA AMAL:
-
Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
-
Berakhlak Mulia,
-
Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
-
Berkemahiran dan Berketrampilan.
Wallahu a’lam bissawab.
“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”


















