AMAL Sarawak, 16 Rejab 1431H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Agung lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Alhamdulillah, Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak telah turut serta menjayakan Jualan Amal Masjid An-Na’im Lutong, Miri yang telah diadakan pada hari Ahad, 27 Jun 2010 di perkarangan masjid berkenaan. Selain AMAL Sarawak, pelbagai NGO, institusi kewangan Islam seperti Bank, Syarikat Takaful dan GLC Islam telah turut mengambil bahagian dalam program yang bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang ini dengan membuka pelbagai gerai yang menjual aneka makanan, minuman dan cenderahati. Bagi memeriahkan lagi program tersebut, acara seperti pertandingan mewarna bagi pelajar-pelajar sekolah tadika dan sekolah rendah serta perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk para jemaah juga telah turut diadakan.
Jualan Amal ini diadakan bagi menjana sumber dana kewangan untuk penambahbaikan dan pengubahsuaian struktur masjid. Untuk makluman, sumbangan terus untuk dana projek membaikpulih bangunan dan kemudahan masjid masih diteruskan dan semua sumbangan dana boleh dibuat melalui cek atas nama Masjid An-Naim Lutong dan boleh diserahkan kepada Pengerusi atau mana-mana AJK Masjid pada bila-bila masa. Sumbangan juga boleh dikreditkan terus ke dalam akaun Masjid An-Naim di Bank Muamalat Berhad Miri (No. Akaun: 1102 0000133 716). Sila hubungi Pengerusi Masjid Tuan Haji Sabri Bojeng di talian 016-8746898 atau Setiausaha Masjid Tuan Haji Ithnaini Bohari di talian 012-8732958 untuk maklumat lanjut.
Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat dan orang ramai yang memberi sokongan kepada usaha murni ini. Semoga semua sumbangan ikhlas tuan/puan dicatatkan sebagai amal jariah dan mendapat ganjaran pahala serta keberkatan dari Allah SWT. Jazakumullahu khairan kathiran, semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan.
Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Miri pada masa akan datang, sila hubungi Saudara Muhtar Suhaili (016-8909717), Ustaz Shahrul Ramadhan Shuib (013-2821445), Saudari Wan Lydia Salmi Wan Junaidi (016-8509242), Ustazah Hasnita Mohd Rejab (019-5566078) atau layari laman sesawang www.amalsarawak.net.
TERAS BUDAYA AMAL:
-
Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
-
Berakhlak Mulia,
-
Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
-
Berkemahiran dan Berketrampilan.
Wallahu a’lam bissawab.
“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”













