Archive for April, 2010

Kem Anak Soleh 2010 di Masjid Al-Muhajirin

Thursday, April 29th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

AMAL Sarawak, 14 Jamadil Awwal 1431H: Alhamdulillah, pada 24-25 April 2010 bersamaan 9-10 Jamadil Awwal 1431H, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah berjaya menganjurkan Kem Anak Soleh 2010 di Masjid Al-Muhajirin, Taman Matang Jaya, Kuching. 

 

Alhamdulillah, program Kem Anak Soleh 2010 ini berjaya menarik sekitar 90 orang peserta untuk menghadirinya. Secara ringkas, berikut merupakan Jadual Program tersebut:

 

Sabtu (24 April 2010)

8.30 mlm : Pendaftaran

9.00 mlm : Taklimat Program

9.15 mlm : Pecah Bendung

10.30 mlm : Minum malam

11.00 mlm : Muhasabah diri

Oleh : Ust Mohd Nazmi Abd Ghani, IPTAR

12.00 mlm : Tidur

 

Ahad (25 April 2010) 

 

3. 30 pg : Khidmat diri

4.00 pg : Qiamullail

5.15 pg : Solat Subuh Berjemaah/ Mathurat

6.00 pg : Kuliah Subuh

7.00 pg : Riadhah Pagi/ Sarapan

8.00 p : Ceramah Motivasi

Oleh : Hj Yasmin b Hashim, SM St Teresa

9.45 pg : Minum Pagi

10.15 pg : Bengkel Solat

12.30 pg : Makan tengahari/ Solat Zohor

2.00 ptg : Latihan Dalam Kumpulan (LDK 1)

3.15 ptg : Majlis Penutup

4.00 ptg : Solat Asar Berjemaah

4.30 ptg : Bersurai

 

Sebagai perkongsian, berikut disertakan sebahagian gambar aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan: (more…)

Motivasi Unggul Dari Surah Al-Zalzalah, ayat 7-8

Wednesday, April 28th, 2010

Surah Al-Zalzalah, ayat 7-8

“Al-Qur’an Al-Kariim, Surah Al-Zalzalah, ayat 7-8”

AMAL Sarawak, 13 Jamadil Awwal 1431H: Alhamdulillah, janji Allah di dalam Kitab Suci Al-Qu’ran yang mulia adalah motivasi terunggul buat seorang Mu’min! Rahsia segala kejayaan dan kecemerlangan terkandung di dalamnya. Ubat mujarab penyakit putus asa dan kecewa boleh didapati melalui firman-firmanNya. Salah satunya adalah di dalam Surah Al-Zalzalah, ayat 7-8 di atas. Inilah firman Tuhan yang penuh hikmah dan bisa mengundang seribu wacana.

 

Alhamdulillah, Surah Al-Zalzalah yang terdiri daripada 8 ayat, yang juga merupakan Surah ke-99 di dalam Kitab Suci paling authentic di dunia ya’ni Al-Qur’an Al-Karim ini wajar menjadi diskusi dan kupasan di dalam Usrah atau juga dinamakan sebagai Diskusi Intelligentsia. Firman Allah SWT:

 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 

1. Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,

2. Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,

3. Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”

4. Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:

5. Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).

6. Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.

7. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat dzarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

8. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat dzarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

 

Marilah kita lupakan perkara yang kurang penting dan tidak membangunkan agama dan ayuh kita terus memperbanyakkan tasbih, tahmid, tahlil dan takbir. Marilah kita bersahabat dengan Al-Qur’an Al-Kariim. Baca dan fahamilah ia! Jadikan ia sebagai teman setia kita di dalam kehidupan ini. Yakin dan percayalah.. Sesungguhnya pada Kitab Suci Al-Qur’an ada segala-galanya yang kita perlukan untuk berjaya dunia dan Akhirat. Inilah wahyu Ilahi yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW dan telah dipertahankannya dengan air mata dan darah! (more…)

Seminar Ekonomi Islam Bersama Warisan Mukmin

Thursday, April 22nd, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Seminar Ekonomi Islam Bersama Warisan Mukmin

Seminar Ekonomi Islam Bersama Warisan Mukmin

[Seminar Ekonomi Islam Bersama Warisan Mukmin. 8 Mei 2010 di Pusat Islam UPM Bintulu dan 9 Mei 2010 di Masjid An-Naim Miri. Program anjuran bersama Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak, Majlis Islam Sarawak, Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Petroleum (PKPIP), Warisan Mukmin Sdn Bhd, Bintulu Iqra' Center, Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu dan Masjid An-N'aim Lutong. Sila baca juga Laporan Program Seminar Ekonomi Islam 2009. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput turut serta. Yuran Penyertaan: RM20. Sebar-sebarkan.]

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Kuliah Cinta Perdana Bersama Ustaz Hj Zulkifli

Friday, April 16th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Kuliah Cinta Perdana 1431H

Kuliah Cinta Perdana 1431H

[Kuliah Cinta Perdana - "Mengemis Cinta Allah, Mengharap Cinta Rasul, Memacu Kesempurnaan Iman". Program anjuran bersama Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak, Pejabat Agama Islam Bahagian Miri dan Masjid Darul Ehsan, Piasau. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir meramaikan majlis ilmu ini. Sebar-sebarkan.]

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

AMAL S’wak Caw. Terbaik Dakwah & Kemanusiaan

Sunday, April 11th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

AMAL Malaysia, Kpg Baru KL, 11 April 2010: Alhamdulillah! Yayasan Amal Malaysia (AMAL Malaysia) telah berjaya mengadakan Majlis Makan Malam AMAL sempena 1 dekad (10 tahun) usia organisasi AMAL Malaysia dan sekaligus pelancaran Penubuhan Pusat Dakwah Serantau (PDS) pada 11 April 2010 bersamaan 27 Rabi’ul Akhir 1431H bertempat di Hotel KL International, Kuala Lumpur.

 

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengacara Majlis dan diikuti persembahan nasyid dari kumpulan Shoutul AMAL yang didatangkan khas dari Terengganu. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan Presiden Yayasan AMAL Malaysia, Yang Berbahagia Tuan Haji Hussin Ismail. Beliau telah mengimbau kembali matlamat penubuhan Yayasan AMAL Malaysia 10 tahun yang lalu serta memperincikan matlamat perjuangan dakwah dan kebajikan serta pencapaian semasa yang berjaya diikhtiarkan.

 

Seterusnya, penjelasan mengenai penubuhan Pusat Dakwah Serantau (PDS) atau khusus untuk Borneo dikenali sebagai BISMIC (Borneo Islamic Centre) juga menjadi isi penting dalam ucapan Presiden AMAL Malaysia tersebut. Selain membentangkan perkembangan semasa pembinaan Kampus Sementara Pusat Latihan Dakwah PDS di Bangi Selangor, Presiden juga menyatakan berkenaan pengambilan kumpulan pertama pelajar yang dianggarkan berjumlah seramai 30 orang pada awal Jun 2010 ini. Pelajar tersebut adalah terdiri dari anak-anak Sabah dan Sarawak yang akan dilatih dengan pelbagai kemahiran berdakwah dan ilmu-ilmu penting berkaitan Islam. Di akhir ucapannya Presiden sempat melancarkan kutipan derma mengumpul dana bagi penubuhan Pusat Latihan Dakwah PDS.

 

(more…)

Pelan Cadangan Pusat Dakwah Serantau – BISMIC

Saturday, April 10th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

(more…)

Dana RM53,036.71 Untuk Surau AMAL Ulu Kota

Friday, April 2nd, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Cek Untuk Projek Surau Ulu Kota

AMAL Sarawak, 17 Rabi’ul Akhir 1431H: Alhamdulillah! Pada 1 April 2010, Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak telah menerima dana sebanyak RM53,036.71 untuk pembinaan Surau AMAL Ulu Kota. Jawatankuasa Pembelaan Saudara Kita dengan kerjasama Persatuan Warga Darul Hidayah dan Bintulu Iqra’ Center telah mengadakan majlis penyerahan cek sumbangan untuk Tabung Pembinaan Surau Ulu Kota Pakan tersebut di Masjid Darul Hidayah, Bintulu. Dana sumbangan dari Bahagian Bintulu ini merupakan tambahan kepada kutipan sebanyak RM12,687.00 dari Bahagian Miri sebelum ini.

 

Majlis penyerahan cek tersebut dimulai dengan sesi penerangan dan makluman berkenaan perkembangan pembinaan Surau AMAL Ulu Kota yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembelaan Saudara Kita merangkap Ketua Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan AMAL Sarawak iaitu Ustaz Ibrahim Bin Mat Isa.

 

Selepas itu, program diteruskan lagi dengan tayangan montaj mengenai kronologi pembinaan Surau AMAL Ulu Kota serta kehidupan masyarakat di sana. Acara kemuncak program tersebut ialah penyerahan sumbangan oleh Jawatankuasa yang diserahkan oleh Tuan Haji Yaacop Bin Juned selaku Timbalan Pengerusi Masjid Darul Hidayah kepada Ustaz Abdul Halim Bin Abdul Kadir selaku Timbalan Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak. Hadir sama ialah Ustaz Salehuddin Bin Abu Samah, Penasihat Bintulu Iqra’ Center.

 

Sementara itu, Saudara Muhtar Bin Hj Suhaili, Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak mewakili Yayasan dengan ini menyatakan rasa syukur dan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua penderma dan penginfaq yang telah sudi menyumbang untuk membantu projek pembinaan Surau AMAL Ulu Kota. Selain itu, jazakumullahu khairan kathiran khusus dari Jawatankuasa Pembelaan Saudara Kita atas sumbangan dan keprihatinan masyarakat Islam kepada Saudara Kita di Ulu Kota, Pakan, Sarikei. Semoga Allah merahmati kita semua serta menerimanya sebagai amalan ikhlas yang akan diganjariNya dengan SyurgaNya. Amiin Ya Rabb!

 

Sila klik di sini untuk foto-foto penyerahan cek tersebut »».

 

Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman dengan janjiNya:

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 261 )

 

(more…)