Archive for January, 2010

Program Talaqqi Kitab & Kelas Bahasa Arab

Wednesday, January 27th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Kelas Pengajian Bahasa Arab

“Gambar: Kelas Bahasa Arab Dewasa AMAL Sarawak di Miri”

AMAL Sarawak, Kuching, 27 Safar 1430H: Sheikh Hassan Al-Banna, pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin, di dalam wasiat sepuluhnya pernah menyebutkan:

“Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur di dalam Bahasa ‘Arab yang betul kerana Bahasa ‘Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.” 

 

Alhamdulillah, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak (Unit Kuching) akan mengadakan Program Talaqqi Kitab & Kelas Bahasa Arab seperti maklumat berikut:

PROGRAM TALAQQI KITAB

Program Talaqqi Kitab Fiqh akan diadakan setiap pagi Ahad bermula jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi. Program ini bermula pada 24 Januari 2010 dengan tenaga pengajar ialah Ustaz Anuar bin Jusoh, Guru J-QAF SK Rakyat Jln Hj Bolhassan yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar dan bekas pelajar Pusat Pengajian Pondok Moden, Yayasan Islam Kelantan. Terbuka kepada semua masyarakat Islam dan tiada yuran dikenakan. PERCUMA. Berminat sila hubungi @ sms ke no 013-3789411 (Ustaz Afnan Faiz Ridzuan).

KELAS BAHASA ARAB

Kelas Tuisyen Bahasa Arab khas untuk murid Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah akan diadakan bermula bulan Februari ini. Kelas untuk murid Sekolah Rendah akan diadakan pada setiap hari Ahad mulai pukul 7.30 hingga 9.30 malam. Kelas pertama akan bermula pada 7 Februari 2010. Manakala kelas untuk pelajar Sekolah Menengah akan diadakan pada setiap hari Isnin mulai pukul 7.30 hingga 9.30 malam. Kelas pertama akan bermula pada 1 Februari 2010. Tenaga pengajar ialah Ustaz Muhammad bin Ismail lulusan Universiti Al-Azhar serta pernah mengikuti Kursus Bahasa Arab di Negara Oman. Yuran pendaftaran sejumlah RM10 dan yuran bulanan sejumlah RM15 dikenakan kepada peserta. Sila daftar segera. Tempat adalah terhad. Berminat sila hubungi @ sms ke no 013-3789411 (Ustaz Afnan Faiz Ridzuan).

Sila rujuk juga: Kelas Pengajian Bahasa Arab Kelolaan AMAL S’wak.

Semoga inisiatif ini akan menjadi sebahagian daripada usaha menambahkan kefahaman ilmu agama dalam kalangan pelajar sekolah dan sekaligus pemerkasaan kaderisasi dakwah. Ya Allah, bimbinglah kami dengan hikmah ilmuMu dalam memperjuangkan agamaMu! Amiin.

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Kuching pada masa akan datang, sila hubungi Saudara Mohd Nor (019-8574578), Saudara Abdul Aziz (019-8874784), Saudara Syamsul Bahri (019-9617951) atau layari laman web www.amalsarawak.net.

Wallahu a’lam bissawab.

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Usrah Gabungan & Hari Keluarga AMAL Sarawak

Tuesday, January 26th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Hari Keluarga AMAL Sarawak 2010

Hari Keluarga AMAL Sarawak 2010

AMAL Sarawak, 10 Safar 1431H: Alhamdulillah! Sesungguhnya Allah SWT menjadikan orang-orang beriman itu bersaudara. FirmanNya di dalam Al-Qur’an Al-Kariim:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-Hujurat, ayat 10)

“Muhammad adalah Rasulullah. Dan mereka yang bersamanya amat tegas terhadap orang-orang kafir dan amat pengasih sesama mereka….” (Surah al-Fath, ayat 29).

 

 

Alhamdulillah, lebih 70 orang sukarelawan Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak telah hadir mengikuti Usrah Gabungan dan berkampung memeriahkan Hari Keluarga AMAL Sarawak 2010 yang telah diadakan dengan jayanya pada 23-24 Januari 2010 bersamaan 7-8 Safar 1431H bertempat di Taman Negara Niah. Lebih menarik program 2 hari satu malam ini selain diikuti oleh sukarelawan AMAL dari Miri, Bintulu, Kuching dan Limbang, ia turut disertai oleh sahabat-sahabat seperjuangan dari negara jiran, Brunei Darussalam.

 

Program pada hari Sabtu, 23 Januari 2010 bermula pada jam 12.00 tengahari dengan pendaftaran peserta dan urusan penginapan. Setelah urusan pendaftaran selesai, program diteruskan dengan Majlis Perasmian oleh Penasihat AMAL Sarawak, Tuan Haji Jofri Jaraeei sebelum Taujihat Perdana oleh Dr. Daeng Sanusi yang memberi input bermakna dalam merencana dan menggerakkan usaha dakwah dalam masyarakat. Beliau juga menekankan betapa pentingnya du’at sensitif dengan isu-isu semasa agar dapat menyampaikan mesej Islam dengan lebih berkesan. (more…)

400 hadiri Forum Perdana di Masjid Al-Jabbar

Tuesday, January 26th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Forum Ma'al Hijrah 1431H

[Laporan Forum Perdana di Utusan Borneo, 26 Januari 2010.]

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

Forum Perdana Ehwal Islam Di Masjid Al-Jabbar

Tuesday, January 19th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Forum Ma'al Hijrah 1431H

[Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk "Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah" akan diadakan pada hari Ahad, 24 Januari 2010/ 8 Safar 1431H bertempat di Masjid Al-Jabbar, Niah. Program ini adalah anjuran bersama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Lembaga Amanah Kebajikan Islam Niah, Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak, BaitulMal Sarawak, Harakah Islamiah Sarawak (HIKMAH), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Daerah Subis (MDS) dan Jawatankuasa Masjid Al-Jabbar. Seluruh Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.]

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

AMAL Teruskan Program Tarbiah Ruhiah Bulanan

Thursday, January 14th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Program Tarbiah Ruhiah Bulanan

AMAL Sarawak, 28 Muharram 1431H: Alhamdulillah. Pada 14 Januari 2010, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak (Unit Bintulu) telah meneruskan Program Tarbiah Ruhiah Bulanan di Bintulu. Program ini telah berjaya dilaksanakan di Surau An-Nur, Sungai Plan yang juga dikenali sebagai Surau MACMA.

 

Program yang dianjurkan dengan usahasama Bintulu Iqra’ Center (BIC), Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Bintulu dan NISA Bintulu ini telah mengumpulkan komuniti Saudara Baru, penduduk sekitar dan sukarelawan AMAL dan NISA. Melalui program ini, AMAL Sarawak mengajak sukarelawannya untuk berpuasa sunat Khamis dan seterusnya berbuka puasa bersama.

 

Program pada bulan ini turut meraikan kepulangan pasangan sukarelawan AMAL Sarawak dari menunaikan ibadah Haji yang lebih dikenali dengan panggilan Abang Mat dan Kak Jan. Majlis ini juga diserikan dengan tazkirah yang disampaikan oleh penceramah terkenal Bintulu iaitu Ustaz Salehuddin Abu Samah.

 

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat menjayakan program ini, begitu juga dengan para hadirin yang telah menjayakan program Tarbiah Ruhiah Bulanan. Semoga Allah menerima amalan ikhlas kita semua. Amiin Ya Rabb!

 

Sila klik di sini untuk foto-foto program »».

 

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Bintulu pada masa akan datang, sila hubungi Ustaz Salehuddin Abu Samah (019-4823755), Ustaz Abdul Halim Abdul Kadir (019-3491567), Ustaz Sardi Ismail (013-9235267), Saudari Hafsah Mardiah (019-9805803) atau layari laman sesawang www.amalsarawak.net.

 

Wallahu a’lam bissawab.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Tazkirah: Istiqamahlah – Ingat Tuhan Sampai Mati!

Saturday, January 9th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Tazkirah - Istiqamahlah Ingat Tuhan Sampai Mati

Ziarah Dakwah AMAL Ke Kpg Hj Wahed Miri

Saturday, January 2nd, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

AMAL Sarawak, 16 Muharram 1431H: Alhamdulillah! Allah SWT berfirman yang maksudnya:

“Muhammad adalah Rasulullah. Dan mereka yang bersamanya amat tegas terhadap orang-orang kafir dan amat pengasih sesama mereka….” (al-Qur’an, Surah al-Fath, ayat 29).

 

Alhamdulillah, mengambil semangat Hijrah 1431H dan sesuai dengan tema “Memperkasa Ukhwah, Memantap Ummah”, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak meneruskan siri Ziarah Dakwah AMAL ke masjid-masjid dan surau-surau.

 

Pada 2 Januari 2010, destinasi yang dituju ialah Kampung Haji Wahed Miri yang terletak di atas Bukit Kanada tidak jauh dari Grand Oil Lady dan Muzium Petrosains. Seramai hampir 30 orang sukarelawan AMAL telah turut serta dalam program kali ini. Terima kasih kepada Saudara Mohamad Jusoh, Ketua Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan Unit Miri di atas usaha mengetuai program ini.

 

Program dimulai dengan Solat Maghrib berjamaah dan seterusnya diikuti dengan Kuliah Maghrib bertajuk “Mengapa Hijrah?” yang telah disampaikan oleh Ustaz Haji Rosli bin Arup, Ketua Penolong Pengarah Zon Utara, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

 

Antara kandungan ceramah beliau termasuklah perlunya setiap insan menghayati syahadah “Laa Ilaha illalLah, Muhammadur Rasulullah” dalam kehidupan seharian. Hijrah juga merupakan satu pengorbanan untuk memastikan aqidah terpelihara, perjuangan dalam memastikan Islam terus terbela dan persaudaraan Islamiyyah yang menjadi teras kekuatan ummah. (more…)

Perasmian Pejabat Baru AMAL M’sia Caw. Sarawak

Friday, January 1st, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

AMAL Sarawak, 15 Muharram 1431H: Alhamdulillah! Allah SWT berfirman yang maksudnya: 

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang  yang berjuang di jalanNya dalam satu barisan yang teratur rapi seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh dan saling menguatkan antara satu dengan yang lain”. (al-Qur’an, Surah as-Saff, ayat 4).

 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang! Dalam usaha memantapkan lagi gerak kerja, penyusunan strategi dan pentadbiran Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak, bermula 1 Januari 2010, dengan rasminya AMAL Sarawak beroperasi di pejabat baru beralamat Lot 741, Jalan Pujut 9, 98000 Miri, Sarawak.

 

Tuan Haji Jofri Jaraiee selaku salah seorang Penasihat AMAL Sarawak telah hadir melakukan simbolik perasmian sambil disaksikan oleh sukarelawan-sukarelawan AMAL Sarawak yang lain pada 29 Disember 2009 yang lepas. Selain menempatkan Pejabat AMAL Sarawak, rumah banglo ini juga dioptimumkan penggunaannya dengan turut menjadi premis kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al-’Amalulillah dan mini pejabat kepada Borneo Islamic Center (BISMIC).

 

Sesungguhnya Allah SWT akan memberikan kemenangan kepada mereka yang berjuang keranaNya. Allah telah berjanji:

“Intansurullah! Yansurkum (Jika kamu membela agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu)”.

 

[Keterangan gambar: Tuan Haji Jofri Jaraiee melakukan simbolik perasmian sambil diperhatikan oleh Saudara Muhtar Suhaili (Pengerusi AMAL Sarawak) dan Saudara Mohd Azwani Abdul Rani (Setiausaha AMAL Sarawak)].

 

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak pada masa akan datang, sila hubungi Saudara Muhtar Suhaili (016-8909717), Ustaz Abdul Halim Abdul Kadir (019-3491567), Saudara Abdul Azeez Mohamad (019-8874784), Saudara Mohd Azwani Abdul Rani (013-3603290), Saudari Wan Lydia Salmi Wan Junaidi (016-8509242) atau layari laman web www.amalsarawak.net.

 

Wallahu a’lam bissawab.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”