Archive for September, 2009

Program Qurban 1430H Yayasan AMAL Malaysia

Monday, September 28th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Pembetulan: Untuk Sarawak, Bayaran bagi lembu ialah RM350/ bahagian. Harap maklum.

Pembetulan: Untuk Sarawak, Bayaran bagi Lembu ialah RM370/ bahagian, manakala Kambing ialah RM500/ ekor. Harap maklum.

Program Qurban 1430H Yayasan AMAL Malaysia

[Program Qurban AMAL 1430H: Dapatkan Borang Di Sini »».]

AMAL Sarawak Mengucapkan ‘Eid Mubarak 1430H!

Monday, September 14th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

'Eidul Fitr Mubarak 1430H

[AMAL Sarawak mengucapkan Selamat Hari Raya 'Eidul Fitri 1430H yang diberkati. Semoga Allah menerima amalan kita semua! Amiin.]

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

Sumbangan Ramadhan AMAL Di Bahagian Bintulu

Sunday, September 13th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

AMAL Sarawak, 23 Ramadhan 1430H: Alhamdulillah. Pada 13 September 2009, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dan Bintulu Iqra’ Center (BIC) telah menghulurkan sumbangan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin di sekitar Bintulu sempena Ramadhan Al-Mubarak. Program kali ini turut dijayakan oleh Jawatankuasa Pembangunan Sahsiah dan Akademik (JAKSA), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Bintulu dan juga Masjid Darul Hidayah (MDH).

 

Majlis bermula kira-kira jam 3.30 petang, dimulai dengan solat asar berjemaah. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Masjid Darul Hidayah, Ir. Haji Naseer bin Abdul Wahab. Seusai ucapan beliau, majlis diisi pula dengan ucapan alu-aluan Timbalan Pengerusi AMAL Sarawak, Ustaz Abdul Halim Abdul Kadir yang juga memperkenalkan AMAL kepada semua hadirin yang hadir. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian dari Pegawai Pelajaran PPD Bintulu, Puan Fatimah Matair.

 

Selepas itu, majlis diserikan pula dengan tayangan montaj “Pengenalan Yayasan AMAL Malaysia” dan montaj aktiviti-aktiviti sepanjang Ramadhan 1430H.

 

Kemuncak majlis adalah acara penyampaian sumbangan kepada 162 anak-anak yatim dari sekolah-sekolah sekitar Bintulu dan mahasiswa-mahasiswi Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) yang dilaksanakan oleh Puan Fatimah dan Ustaz Khalipah b Juli. (more…)

Sumbangan ‘Aidil Fitri AMAL Di SK South Miri

Saturday, September 12th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Ihya' Ramadhan SK South Miri

AMAL Sarawak, 22 Ramadhan 1430H: Alhamdulillah! Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah menyampaikan Sumbangan ‘Duit Raya’ ‘Aidil Fitri kepada 23 orang murid kurang berkemampuan dan anak yatim sempena program Ihya’ Kemuncak Ramadhan (IKRAM) 1430H di SK South Miri. Sumbangan ini adalah sebahagian daripada aktiviti AMAL Sarawak menjelang Hari Raya ‘Aidil Fitri sebagai memenuhi tanggungjawab dan kasih sayang sesama manusia.

 

Berikut merupakan laporan program tersebut:

 

LAPORAN IHYA’ KEMUNCAK RAMADHAN 1430H  (IKRAM ’09)
SEKOLAH KEBANGSAAN SOUTH, MIRI, SARAWAK

 

Pendahuluan

 

Bulan Ramadhan bulan yang berkat, bulan rahmah dan bulan ibadah, pahala digandakan, doa diterima, bulan Lailatul Qadar yang istimewa.  Setiap tahun semua umat Islam menyambut bulan Ramadhan penuh kerahmatan dengan penuh kesyukuran. Pengisian bulan ini bukan hanya dengan berpuasa, tetapi juga dengan membaca al-Quran. 

 

Oleh yang demikian, Panitia Pendidikan Islam SK South dan Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SK South dengan kerjasama Jawatankuasa Bertindak (TASK FORCE) Pengurusan Kecemerlangan, UPI PPD Miri & Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah mengadakan Ihya’ Kemuncak Ramadhan pada 12 September bersamaan 22 Ramadhan 1430H. Majlis bermula pada 4.30 petang dengan kehadiran guru-guru Islam, ibu bapa dan murid-murid seramai lebih kurang 150 orang.

 

(more…)

Majlis Penghayatan Ramadhan Dan Iftar Di Serian

Wednesday, September 9th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Majlis Penghayatan Ramadhan Dan Iftar Di Serian

AMAL Sarawak, 19 Ramadhan 1430H, Laporan Dari Laman Web JAKIM: Alhamdulillah! Pusat Latihan Sarawak (PLS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah mengadakan Majlis Penghayatan Ramadhan dan Iftar di Surau Nur Hidayah, Kampung Ensebang Jaya, Serian, Sarawak pada 4 September 2009 (Jumaat) yang lepas.

 

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Kaum Kampung Ensebang Jaya dan diikuti dengan Tazkirah Ramadhan yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Izwan Md Yusoff, pensyarah Pusat Latihan Sarawak. Program selepas itu diteruskan dengan Majlis Iftar sebelum para jemputan dan masyarakat Kampung Ensebang Jaya menunaikan sembahyang Maghrib secara berjemaah.

 

Setelah selesai sembahyang Isya’ dan sembahyang Sunat Tarawih, majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan kepada penduduk kampung daripada Pusat Latihan Sarawak dan Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak.
 

(more…)

AMAL Sarawak Contributes Fund For The Needy

Tuesday, September 8th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Laporan Semarak Wahyu @ Borneo Post, 8 September 2009
Laporan Semarak Wahyu @ Utusan Borneo, 8 Sept 2009

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

Laporan Program Semarak Wahyu 1430H

Sunday, September 6th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Program Semarak Wahyu 1430H

 

AMAL Sarawak, 16 Ramadhan 1430H: Alhamdulillah. Program Semarak Wahyu dan Ceramah Perdana bersama Ustaz Wan Shohor Bani Leman sempena Majlis Penutupan Rasmi Karnival AMAL Merdeka 2009 Edisi Ramadhan 1430H berjaya dianjurkan dengan jayanya pada 5-6 September 2009 bertempat di Masjid At-Taqwa Miri. Program ini merupakan anjuran bersama Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak, Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tabung Baitulmal Sarawak dan Masjid At-Taqwa Miri. Program ini sekaligus menjadi sebahagian daripada Sambutan Nuzul Al-Qur’an peringkat Bahagian Miri kelolaan Pejabat Agama Islam Bahagian Miri.

 

Sempena dengan program ini juga, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah menyerahkan sumbangan Hari Raya sebanyak RM2,000 kepada Tabung Baitulmal Sarawak untuk diagihkan kepada fakir miskin dan golongan yang memerlukan di sekitar Miri. Selain itu, Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri pula telah menyumbangkan sebanyak RM9,151.45 kepada Kompleks Kebajikan Hamidah, Lembaga Kebajikan Yayasan Anak Yatim Sarawak. Puan Marini Juraibi, Ketua Cawangan Tabung Baitulmal Sarawak Miri telah hadir menerima sumbangan dari AMAL Sarawak yang diserahkan oleh Pengerusinya Saudara Muhtar Hj Suhaili, manakala Puan Hajjah Juliyanah Abdul Hamid, Pengurus Besar Kompleks Kebajikan Hamidah hadir menerima replika cek dari Encik Awang @ Ahmad Ibrahim, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Miri dengan diiringi oleh Ustaz Ahmad Fauzi Yaakob, Pengerusi Task Force Kecemerlangan Miri.

 

Sementara itu, Ustaz Wan Shohor Bani Leman di dalam ceramahnya yang bertajuk “Al-Qur’an Memerdekakan Manusia” telah mengajak hadirin yang dianggarkan mencecah lebih 500 orang untuk kembali ber’amal dengan hukum Al-Qur’an dan As-Sunnah. Menurut beliau, sekiranya umat Islam mengamalkan kehidupan menurut tuntutan Islam yang sempurna, maka mereka mampu membina tamadun yang tinggi sepertimana yang pernah dicapai oleh generasi unggul Islam pada masa yang silam. Ramadhan merupakan bulan terbaik untuk masyarakat Islam memperbanyakkan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mudah-mudahan dengan ini mereka akan mencapai merdeka yang hakiki. Seterusnya, Ustaz Wan Shohor menegaskan betapa pentingnya umat Islam mengamalkan keseluruhan secara bersepadu ajaran Nabi Muhammad SAW yang syumul (lengkap merangkumi semua aspek kehidupan) kerana baginda merupakan contoh teladan terbaik sepanjang zaman. Dengan mengikuti ajaran Rasul, maka semua manusia akan selamat dalam kehidupan di dunia dan Akhirat.

 

(more…)

Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Sebauh

Sunday, September 6th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

AMAL Sarawak, 16 Ramadhan 1430H: Alhamdulillah tsumma alhamdulillah. Ziarah Dakwah ke Sebauh, Bintulu menutup tirai siri Ziarah Dakwah Ramadhan 1430H kelolaan Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dan Bintulu Iqra’ Center (BIC). Perjalanan ke Kampung Melayu Sebauh yang mengambil masa lebih kurang satu jam menyaksikan konvoi 10 buah kereta warga AMAL Sarawak dan BIC.  Program ini adalah lanjutan siri-siri sebelum ini iaitu Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kpg Labang, Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kampung Penan, Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Tatau, Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Segan dan Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Ulu Segan. Program ini adalah sebahagian daripada aktiviti Karnival AMAL Merdeka 2009 dan Ihya’ Ramadhan 1430H Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak.

 

Kedatangan rombongan disambut girang oleh ahli BIC di sana iaitu Ustaz Syawal dan Cikgu Faizoer. Program dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Kampung Melayu Sebauh iaitu TK. Hamdan @ Sadan B. Selut. Seterusnya sedikit taklimat pengenalan Yayasan AMAL Malaysia disampaikan oleh Ustaz Ibrahim Mat Isa yang juga merupakan Ketua Rombongan.

 

Sebelum penyampaian sumbangan, rombongan dihidangkan dengan santapan rohani, yang disampaikan oleh Cikgu Mohd Lutfi dari SK Orang Kaya. Selesai sesi penyampaian sumbangan kepada 40 keluarga terpilih, warga Muslimin AMAL dan BIC menyerikan majlis dengan dendangan Lagu Rasmi AMAL Malaysia iaitu Ber’amal Kerana Allah. (more…)

Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kpg Labang

Saturday, September 5th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

AMAL Sarawak, 15 Ramadhan 1430H: Alhamdulillah. Sekali lagi pada 5 September 2009 Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dan Bintulu Iqra’ Center (BIC) meneruskan misi Ziarah Dakwah Ramadhan 1430H. Destinasi kali ini ialah Kampung Labang yang mengambil masa kira-kira satu jam setengah dari Bandar Bintulu. Program ini adalah lanjutan siri-siri sebelum ini iaitu Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kampung Penan, Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Tatau, Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Segan dan Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Ulu Segan. Program ini adalah sebahagian daripada aktiviti Karnival AMAL Merdeka 2009 dan Ihya’ Ramadhan 1430H Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak.

 

Program dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Ustaz Ibrahim Mat Isa dan seterusnya bacaan doa oleh Ustaz Sardi Ismail. Rombongan memulakan perjalanan pada jam 8.30 pagi.

 

Sebelum menaiki bot untuk ke Kampung Labang, rombongan terpaksa menempuhi jalan tanah merah yang masih basah dan berlumpur. Walaubagaimanapun, perjalanan yang mencabar ini tidak sedikitpun mematahkan semangat sukarelawan, bahkan menjadi satu pemangkin taujihat atas dasar ikatan ukhuwah Islamiyyah.

 

Setibanya rombongan di Kampung Labang, sukarelawan dibawa ke Sekolah Kebangsaan Labang yang kebetulan sedang melalui sesi persekolahan. Kegigihan dan iltizam guru-guru di sana untuk mendidik anak bangsa sangat dikagumi.

 

(more…)

Program Semarak Wahyu Di Masjid At-Taqwa Miri

Thursday, September 3rd, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Poster Program Semarak Wahyu 1430H
Program Semarak Wahyu 1430H @ Eastern Times

Program Semarak Wahyu 1430H @ Eastern Times

Program Semarak Wahyu @ Utusan Borneo

Program Semarak Wahyu @ Utusan Borneo

    
“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Program Semarak Wahyu & Ceramah Perdana

Wednesday, September 2nd, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Poster Program Semarak Wahyu 1430H

 

AMAL Sarawak, 12 Ramadhan 1430H: Alhamdulillah. Insya Allah, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak, Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Miri dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian Miri, Tabung Baitulmal Sarawak dan Masjid At-Taqwa akan menganjurkan program Semarak Wahyu dan Ceramah Perdana bersama Ustaz Wan Sohor Bani Leman. Program ini akan diadakan pada hari Sabtu-Ahad akan datang, 5-6 September bersamaan 15-16 Ramadhan 1430H bertempat di Masjid At-Taqwa, Bandaraya Miri.

 

Berikut adalah tentatif program pada hari tersebut:

 

5 September, 2.30 petang:

- Gotong-royong memasak Bubur Lambuk

- Tadarus Al-Qur’an

 

5 September, 3.32 petang:

- Solat ‘Asar Berjamaah

- Sambung Tadarus Al-Qur’an

- Persiapan Berbuka Puasa

 

5 September, 6.31 petang:

- Berbuka Puasa/ Iftar Jamae’i/ Sungkei

- Solat Maghrib Berjamaah

- Tayangan Video AMAL

 

5 September, 7.41 malam:

- Solat Isya’ Berjamaah

- Solat Tarawih

 

5 September, 8.45 malam:

- Ucapan Pengerusi Majlis

- Ucapan Alu-aluan Pengerusi AMAL Sarawak

- Ceramah Perdana Ustaz Wan Sohor Bani Leman

(more…)

Safari Ramadhan Ke Masjid Besar Marudi, Baram

Wednesday, September 2nd, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Safari Ramadhan Ke Marudi

Safari Ramadhan Al-Mubarak 1430H - Karnival AMAL Merdeka 2009

Safari Ramadhan Al-Mubarak 1430H - Karnival AMAL Merdeka 2009

AMAL Sarawak, 12 Ramadhan 1430H: Alhamdulillah. Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak bersama-sama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Miri telah meneruskan agenda Ziarah Mahabbah menerusi program Safari Ramadhan Al-Mubarak 1430H ke destinasi ke-5 iaitu Masjid Besar Marudi, Baram pada hari Selasa, 1 September 2009.

 

Rombongan JAIS (5 orang) kali ini diketuai oleh Ustaz Morshidi Julai manakala sukarelawan AMAL (3 orang) pula diketuai oleh Saudara Shamsulnizam Shaharuddin iaitu Bendahari AMAL Sarawak. Program dimulakan dengan ahli rombongan berkumpul di Pejabat Agama Islam Bahagian Miri pada jam 12.30 tengahari sebelum meneruskan perjalanan ke Pekan Marudi yang mengambil masa lebih 2 jam dengan melalui jalan darat di mana sebahagiannya masih belum berturap. Selain jalan darat, kita juga sebenarnya boleh menggunakan jalan air iaitu dengan menggunakan bot ekspress yang mengambil masa lebih kurang 2 jam 15 minit ataupun menggunakan jalan udara dengan menggunakan twin otter yang hanya mengambil masa kurang daripada 15 minit dari Lapangan Terbang Miri ke Pekan Marudi.

 

Setelah melalui perjalanan yang mencabar, akhirnya rombongan tiba di Marudi dan terus check-in di Hotel Mount Mulu. Selepas itu rombongan berbuka puasa bersama-sama dengan jamaah Masjid Besar Marudi. Selepas selesai makan malam dan Solat Maghrib, program seterusnya diisi dengan Tazkirah Ramadhan dan kemudiannya menunaikan Solat Isya dan Solat Tarawih bersama. Rombongan bermalam di Marudi sebelum bertolak pulang ke Bandaraya Miri keesokan harinya. (more…)

Laporan Forum Khas “Ramadhan & Kemerdekaan”

Tuesday, September 1st, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Forum Ramadhan dan Kemerdekaan

 

AMAL Sarawak, 11 Ramadhan 1430H: Alhamdulillah. Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dengan kerjasama Masjid An-Na’im Lutong telah menganjurkan Forum Perdana Khas “Ramadhan & Kemerdekaan” yang diadakan di Masjid An-Na’im Lutong, Miri pada Isnin, 31 Ogos 2009. Program tersebut telah dihadiri oleh Ayahanda Temenggong Haji Abdul Rahman Fadzail, Tuan Haji Sabri Bojeng (Pengerusi Masjid An-Na’im), masyarakat di sekitar Lutong dan sukarelawan-sukarelawan AMAL. Program bermula pada pukul 4.00 petang sejurus selepas Solat Asar dan tamat pada pukul 10.00 malam.

 

Program tersebut dipengerusikan oleh Ustaz Nik Mohd Shazmizi Nik Sin dari Kolej TDT Hj Bujang dan Saudara Mohd Arifiriazul Paijo (iPerintis Sdn Bhd) bertindak sebagai moderator forum. Ahli panel yang telah dijemput khas ialah Ustaz Salehuddin Abu Samah (Guru JQAF SK Kidurong, Bintulu) dan Ustaz Hj Afnan Faiz Ridzuan Hj Ahmad (Guru Pendidikan Islam SM Teknik, Kuching).
 
Acara tersebut dimulai dengan ucapan alu-aluan dan taklimat Tabung Saudara Kita dan Infaq Ramadhan oleh Saudara Muhtar Hj Suhaili, Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak. Selepas itu pengerusi majlis telah menyerahkan moderator forum untuk meneruskan acara forum bersama ahli panel yang mengupas tema “Makna Hakiki Ramadhan dan Kemerdekaan“.
 
Selesai forum, Temenggong Haji Abdul Rahman Fadzail telah sudi melaksanakan simbolik pelancaran Tabung Saudara Kita dan Infaq Ramadhan peringkat Kawasan Lutong. Program seterusnya diikuti dengan majlis berbuka puasa dan berakhir sekitar 10.00 malam dengan moreh. (more…)