
[Nota: Venue bertukar ke Gelanggang Futsal Piasau Fasa 1.]

Futsal AMAL Merdeka 2009 antara Masjid-masjid, Surau-surau dan NGO-NGO Islam. Semua dijemput hadir memberi sokongan.
AMAL Malaysia, Langkawi, 27 Julai 2009: Alhamdulillah! Yayasan Amal Malaysia (AMAL) berjaya melaksanakan Seminar Pengurusan Strategik di CD Motel, Pantai Cenang, Langkawi pada 25-26 Julai 2009. Bengkel Pengurusan Strategik ini telah diadakan bagi AMAL Malaysia merangka satu perancangan dan pelan tindakan yang sistematik, berstrategi dan berobjektif ke arah mencapai visi dan misi organisasi.
Berikut merupakan objektif program yang telah digariskan:
Alhamdulillah, AMAL Cawangan Sarawak telah menghantar delegasi seramai 7 orang yang terdiri daripada Saudara Muhtar bin Hj. Suhaili (Pengerusi), Ustaz Abdul Halim bin Abdul Kadir (Timbalan Pengerusi), Saudara Abdul Aziz bin Mohamad (Naib Pengerusi) beserta 4 orang AJK yang lain iaitu Saudara Mohd Ali bin Murad, Saudara Mohd Shahril bin Mohammad, Saudara Shamsul Bahrie bin Mohamad dan Saudara Mohamad Syukrani bin Addi Saiful Rizal Voon.

Delegasi Sarawak ke Seminar Pengurusan Strategik AMAL Malaysia di Langkawi