Archive for June, 2009

Kem Remaja Sayang Diri (RESMI) 2009

Monday, June 29th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Kem Remaja Sayang Diri 2009 (RESMI’09)

“Kem Remaja Sayang Diri 2009 (RESMI’09)”

KEM REMAJA SAYANG DIRI (RESMI ’09), 3-5 Rejab 1430H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

Alhamdulillah, pada 26 – 28 Jun 2009 yang lalu, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak (Unit Kuching) dengan kerjasama JAKIM Cawangan Sarawak telah menganjurkan program Khemah Ibadat Remaja Sayang Diri atau singkatannya RESMI bertempat di Pusat Latihan Sarawak, Telaga Air, Sarawak. Program kendalian Biro Motivasi dan Pembangunan Insan & Biro Pembangunan Wanita dan Keluarga ini telah memfokuskan tarbiyah buat peserta yang terdiri daripada para pelajar sekolah dan anak-anak tentera dengan bertemakan “Generasi Berkualiti Asas Pembinaan Ummah”.

 

Selaras dengan Islam sebagai agama yang syumul yakni lengkap sempurna, selain amat menitikberatkan pembangunan muda-mudi dan remaja Muslim, kem 3 hari ini dirangka khusus sebagai sebahagian daripada usaha membentuk remaja unggul sesuai dengan acuan yang benar berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Perkara ini amat penting kerana remaja itu sendiri merupakan modal insan yang amat bernilai untuk kegemilangan Ummah pada masa akan datang serta merealisasikan Islam kembali bertapak dengan cemerlang, insya Allah.

 

Objektif Kem Remaja Sayang Diri (RESMI) 2009 yang telah digariskan adalah seperti berikut: 

  • Menterjemahkan bahawa pakej Islam adalah sesuai dalam pembentukan peribadi remaja Islam kini.
  • Mengaplikasikan tuntutan berdakwah mengikut landasan yang sebenar melalui penjagaan syariat, membudayakan majlis ilmu dan gerakkerja dalam satu organisasi yang mantap dan selaras dengan Sunnah Rasulullah.
  • Menyahut seruan Kerajaan Malaysia dalam melahirkan Modal Insan Cemerlang untuk merealisasikan hasrat Wawasan Negara.
  • Mengembalikan generasi muda masa kini kepada fitrah kejadian insan yang cemerlang untuk membantu mereka menyedari bahawa mereka merupakan aset bernilai ummah.
  • Mewujudkan perpaduan dan ukhuwwah yang lebih erat antara penggerak Islam di  kalangan remaja serta menyalurkan mereka sebagai tenaga sukarelawan dakwah dan tarbiyah kepada pihak-pihak yang ingin melaksanakan aktiviti Islam seperti AMAL Sarawak
  • Meletakkan AMAL Sarawak di dalam masyarakat sebagai satu medan mendapatkan ilmu dan bimbingan serta sumbangan sosial kepada masyarakat seluruhnya.

Semoga dengan pelaksanaan RESMI ’09 ini telah menjadi satu lagi wadah bagi AMAL Sarawak untuk mengajak remaja kita kepada kehidupan yang diredhai Allah. Diharapkan juga mudah-mudahan program ini telah memberikan sedikit sebanyak impak positif dalam mempamerkan keindahan Islam kepada semua peserta, baik dari sudut akhlak, ibadah, amalan, cara hidup dan sebagainya. Ayuh bersama kita meneruskan perjuangan dakwah dalam mengislahkan masyarakat ke arah yang terbaik dengan menjadikan Allah SWT sebagai tempat tumpuan kecintaan serta Rasulullah SAW dan para sahabat sebagai ‘role model’ kehidupan. Atas segalanya, semoga program ini memberi manfaat ke arah mencari keredhaan Allah dan jalan menuju SyurgaNya yang abadi, abadan abada! Amiin Ya Rabb.

 

[Foto-foto program Kem Remaja Sayang Diri 2009 (RESMI’09)]

 

“Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Ber’amal Kerana Allah”.

Misi Kemanusiaan Yayasan AMAL Ke Gaza

Thursday, June 18th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Misi AMAL ke Gaza Jun 2009

AMAL Malaysia, Kaherah, Mesir, 18 Jun 2009: Rombongan misi kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia (AMAL) untuk Gaza, Palestin tiba di ibu negara Mesir, Kaherah pada jam 6.50 pagi tadi waktu tempatan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan Egypt Air.

 

Anggota misi kemanusiaan Palestin yang diketuai Presidennya, Hj Hussin Ismail kemudian mengadakan perbincangan dengan Setiausaha 2 Kedutaan Malaysia di Kaherah, Mohd Fauzi Mohd Said pada petang hari yang sama. Perbincangan diadakan bagi membincangkan kaedah terbaik menyampaikan bantuan kepada penduduk di wilayah Gaza akibat penutupan pintu sempadan Mesir-Gaza yang berkuatkuasa 5 Februari lalu.

 

Turut hadir dalam perbincangan itu ialah Setiausaha 3 Kedutaan Malaysia Kaherah, Iskandar Harman, Timbalan Presiden Yayasan Amal, Jamuliddin Elias, Koordinator Projek Yayasan Amal di Palestin, Azlan Muhammad Sharif dan semua anggota misi kemanusiaan.

 

Hj Hussin ketika ditemui selepas perbincangan itu berkata, Yayasan Amal berusaha untuk menyampaikan sumbangan yang disalurkan pelbagai pihak termasuk Wisma Putra kepada penduduk Gaza sebagai satu amanah yang wajib ditunaikan.

 

Menurut beliau, Yayasan Amal telah merancang dua projek utama untuk dilaksanakan di wilayah Gaza iaitu penyaluran bekalan air melalui perigi tiub dan pembinaan kilang roti. Yayasan Amal juga berhasrat melaksanakan program khas untuk wanita, kanak-kanak dan pelajar di wilayah Gaza.

 

Malangnya semua projek yang dirancang Yayasan Amal untuk membantu umat Islam Palestin tertangguh sejak pihak berkuasa Mesir memutuskan menutup pintu sempadan Mesir-Gaza kepada semua badan bantuan antarabangsa sejak Februari lalu.

 

Anggota misi Yayasan Amal turut dimaklumkan pihak Kedutaan Malaysia bahawa Mesir telah menguatkuasakan peraturan baru mewajibkan permohonan lintas sempadan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dibuat melalui kedutaan negara asal NGO terbabit yang kemudian menyalurkannya kepada Jabatan Palestin, Kementerian Luar Mesir. Hanya dengan kebenaran Kementerian Luar Mesir, para sukarelawan NGO dibenarkan melintasi sempadan untuk ke Gaza.

 

Hj Hussin turut membincangkan kemungkinan diwujudkan kerjasama antara Yayasan Amal dan NGO Palestin bagi memudahkan penyaluran bantuan memandangkan sekatan yang dikenakan terhadap NGO asing bagi melaksanakan program bantuan di wilayah Gaza. Cadangan Yayasan Amal itu disambut baik oleh pihak kedutaan Malaysia dan tindakan lanjut akan dibuat sebelum misi Yayasan Amal berakhir 27 Jun ini.

 

“Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Ber’amal Kerana Allah”.

AMAL Sarawak To Focus On Dakwah Programmes

Friday, June 5th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

News Eastern Times 05062009

[Laporan Bengkel AMAL Sarawak @ Eastern Times, 05 Jun 2009]

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

Kem Remaja Islam Sarawak (KRIS) 2009

Monday, June 1st, 2009

Kem KRIS 2009 di Miri

KEM REMAJA ISLAM 2009, 4-7 Jamadil Akhir 1430H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

Alhamdulillah, bersama-sama kita merafa’kan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas kurnia dan limpahan rahmatNya, Program Kem Remaja Islam 2009 anjuran Persatuan Mahasiswa Islam Sarawak (PERMIS) dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Cawangan Miri telah berjalan dengan lancar dan jayanya di Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang, Miri pada 29 Mei – 1 Jun 2009 yang lalu. Peserta Kem kali ini adalah seramai 55 orang, iaitu 24 Muslimin dan 31 Muslimat serta terdiri daripada pelajar-pelajar terpilih dari Sekolah-sekolah Menengah di sekitar Miri, Bintulu dan Sibu. Seramai 19 orang Jawatankuasa Pelaksana telah terlibat dalam merealisasikan Program Kem Remaja Islam 2009 yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi UM, UTM, UTP, KIPSAS, UPSI, UPM, Politeknik dan lain-lain.

 

(more…)