Archive for May, 2009

Bengkel Pemerkasaan AMAL Sarawak 2009-2011

Monday, May 25th, 2009

Backdrop Bengkel AMAL 2009

Sesi Bengkel AMAL

     

AMAL Sarawak, 30 Jamadil Awwal 1430H: Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, pada hujung minggu lepas bermula petang Sabtu (23 Mei 2009) sehingga petang Ahad (24 Mei 2009), seramai hampir 50 orang ahli dan sukarelawan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak (AMAL Sarawak) telah berkampung di Villa Mardhiah, Bintulu untuk sama-sama berpartisipasi dan menjayakan Bengkel Pemerkasaan Halatuju dan Pelan Tindakan AMAL Sarawak bagi Sesi 2009-2011.

 

Program susulan kepada Muktamar Pertama Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak yang telah berlangsung di Miri pada 15 Mac 2009 yang lalu ini dirangka khusus dengan objektif seperti berikut:

  • Membentuk dan menentukan halatuju AMAL Sarawak mengikut suasana setempat  berlandaskan syariat Islam,
  • Membentuk Blue Print perlaksanaan gerak kerja AMAL Sarawak bagi sesi 2009-2011,
  • Menyediakan perancangan tindakan jangka pendek dan tindakan jangka panjang,
  • Mengeratkan lagi ukhuwwah antara pimpinan, ahli dan sukarelawan AMAL Sarawak.

Antara pengisian sepanjang program ini termasuklah Pengisian Khas daripada Ustaz Hj Ellias bin Zakaria, Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) yang telah berkongsi dengan para hadirin tentang “Dakwah dan Pengorbanan”. (more…)

Bantuan Mangsa Kebakaran Rh. Aji Lepong Ajai

Saturday, May 23rd, 2009

Rh. Aji Lepong Ajai 1

Rh. Aji Lepong Ajai 2

Rh. Aji Lepong Ajai 3

AMAL Sarawak, 28 Jamadil Awwal 1430H: Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin! Kena 23 Mei 2009, bala sukarelawan Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak bisi datai nurun ba Rh. Aji Lepong Ajai Sungai Liam, Bakong, Miri meri bantu ngagai sida dia.  Semua sida dia ka diau ba 57 pintu rumah panjai nya ‘tinggal sehelai sepinggang’ laban rumah panjai bala sida tu  angus diempa api kena 30 April 2009, pukul 2 lemai seari nya. Jadi ngarap ka bala kitai tuk ke mampu nyukong bala sida rumah panjai ke dituntung penusah angus tu, ukai mina ba motivasi aja, tang enggau meri basic needs ngagai sida ke material baka barang makai/minum, periuk, pinggai mangkuk lalu pia mega baka pakaian sekula anak-anak sida ke besekula. Tuai Rumah, Encik Chabu ak Makom (berbaju batik) ngucap trima kasih ngagai AMAL Sarawak enggau bala kitai ke lempong ati ga.

 

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin! Pada 23 Mei 2009, rombongan sukarelawan Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah turun padang ziarah ke Rh. Aji Lepong Ajai Sungai Liam, Bakong, Miri dan memberi bantuan sumbangan kepada penduduk di sana. Kesemua penduduk yang mendiami 57 pintu rumah panjang tersebut tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang mereka hangus dijilat api pada 30 April, pukul 2 petang yang lepas. Maka, adalah diharapkan kepada kita semua dapat memberi bantuan kepada mereka yang ditimpa musibah kebakaran baru-baru ini bukan sahaja dari segi semangat motivasi, tetapi juga dalam bentuk bantuan asas seperti barang makanan/minuman, periuk, pinggan mangkuk dan juga bantuan persekolahan kepada anak-anak yang bersekolah. Ketua Rumah Panjang, Encik Chabu ak Makom mengucapkan terima kasih kepada AMAL Sarawak dan semua yang prihatin dan berhati mulia kerana sudi menghulurkan bantuan. Allahumarhamna!

 

“Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Ber’amal Kerana Allah”.

Sebuah Catatan: Ekspedisi Dakwah Ke Ulu Kota

Saturday, May 23rd, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Group Ulu Kota 

AMAL Sarawak, Laporan  Oleh Saudara Mohd Ali Ibn Murad: Alhamdulillah! Pada 1-3 Mei 2009, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak (Unit Miri) bersama dengan Bintulu Iqra’ Centre (BIC) dan HIKMAH Cawangan Sarikei telah bergabung bersama dalam satu Program Ziarah dan Amal Kebajikan di Ulu Kota, Pakan, Sarikei. Ulu Kota adalah satu perkampungan saudara baru dari kaum Iban yang memerlukan bantuan dan perhatian dari umat Islam Sarawak. 33 orang saudara baru dari 6 keluarga telah memeluk Islam dan mereka bertekad untuk memulakan kehidupan baru di kampung yang baru dibuka di Ulu Kota.

 

Ketua Saudara Baru ini Sdr Azhar Abdullah telah mengajak kaum keluarganya untuk berpindah dari rumah panjang yang mereka duduki selama ini demi untuk menghayati kehidupan Islami yang lebih baik. Majoriti dari penduduk rumah panjang itu terdiri dari mereka yang menganut ugama datuk nenek dan juga ramai yang telah memeluk agama Kristian. Memandangkan aqidah para saudara baru yang belum mantap dan dikelilingi pula oleh suasana yang tidak Islami, maka Sdr Azhar telah membawa mereka keluar dari rumah panjang tersebut dan memulakan perkampungan sendiri di tanah yang diwakafkan oleh Sdr Azhar sendiri.

 

AMAL telah melakukan program ziarah yang pertama di kampung ini pada bulan Februari 2009 dan mendapati saudara-saudara baru ini perlu ditolong dan diberikan perhatian khusus agar mereka dapat hidup dengan lebih baik. Atas kesedaran ini, maka AMAL dengan gabungan mantap dari BIC dan HIKMAH sekali lagi mengadakan Program Ziarah Dan Amal Kebajikan di Kampung Saudara Kita, Ulu Kota, Pakan.

 

Sheikh Sambal (SS) telah sempat bersama-sama para mujahidin AMAL, BIC dan HIKMAH dalam program yang amat berkesan ini. Berikut adalah laporan yang sempat SS nukilkan. (more…)

Citra Ibadah Pesona Muslim Siri 2 2009

Monday, May 18th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Citra Ibadah Siri 2

Citra Ibadah - Kembara

     

AMAL Sarawak, 23 Jamadil Awwal 1430H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

Alhamdulillah, program Citra Ibadah Pesona Muslim Siri 2 2009 telah berjaya dilangsungkan pada 15-17 Mei 2009 yang lalu. Program ini adalah kesinambungan Citra Ibadah Pesona Muslim Siri 1 yang telah diadakan minggu sebelumnya dan merupakan hasil jalinan kerjasama yang erat antara Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri.

 

Program 3 hari 2 malam ini telah diadakan di Soon Hup Villa, Miri, Sarawak. Seramai 99 peserta terdiri daripada para pelatih IKBN dan ILP telah menyertai pelbagai aktiviti menarik dan mencabar yang telah disusun sebagai modul kepimpinan belia. Antaranya termasuklah slot Ceramah dan Kuliah Dasar, LDK, Sesi Muhasabah, Kembara Alam, Kembara Malam dan sesi riadhah. Sukarelawan AMAL dari Miri dan Bintulu juga telah memberi komitmen jitu bersama kakitangan IKBN dan ILP dalam menjayakan misi kali ini.

 

Antara objektif program berorientasikan ReThink, ReFocus, ReLearn, ReEnergize ini dilaksanakan termasuklah:

 

  1. Mengenal, memahami dan sekaligus dapat memanifestasikan erti kecemerlangan insan yang sebenar
  2. Melestarikan kemahuan membara (burning desire) serta meningkatkan nyala rasa, kekuatan semangat dan ketahanan diri untuk mencapai kecemerlangan berlandaskan persoalan 4W 1H:  What, Why, When, Where, How?.
  3. Memantapkan ciri-ciri pemimpin dalam diri belia dan sekaligus membentuk jati diri yang mantap serta berjiwa besar
  4. Penerapan unsur-unsur penghayatan Islam yang syumul khususnya dalam penguasaan ilmu pengetahuan (fardhu ‘ain dan fardhu kifayah) pada diri belia.

 

Insya Allah, riang tawa, air mata, suka duka dan pelbagai rasa-rasa yang dikongsi bersama antara urusetia, fasilitator dan peserta akan menjadi memori indah yang tidak akan dilupakan. Mudah-mudahan ianya akan membawa khair ke arah kecemerlangan dunia dan Akhirat.

 

Adalah menjadi harapan semua semoga kelangsungan aktiviti-aktiviti sebegini akan terus bercambah dan subur di bumi Sarawak tercinta. Syukran jazilan kepada para peserta dan jawatankuasa pelaksana kerana telah memberi kerjasama dan komitmen yang hebat sepanjang program. Jazakumullahu khairan kathira. Semoga program ini memberi manfaat ke arah mencari keredhaan Allah dan jalan menuju SyurgaNya yang abadi, abadan abada! Amiin Ya Rabb.

 

“Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Ber’amal Kerana Allah”.

Citra Ibadah Pesona Muslim Siri 1 2009

Monday, May 11th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Citra Ibadah Siri 1

Hanya Lillahi Ta'ala

                                            

AMAL Sarawak, 16 Jamadil Awwal 1430H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

Alhamdulillah,  pada 8-10 Mei 2009, Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri buat tahun ke-2 berturut-turut berjaya menganjurkan  program Citra Ibadah Pesona Muslim Siri 1 2009. Seramai 84 peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar IKBN dan ILP telah mengikuti program 3 hari 2 malam ini bertempat di Kampung Muhibbah, Niah, Miri. Kakitangan IKBN dan ILP bersama-sama sukarelawan-sukarelawan AMAL juga telah memberikan kerjasama dan komitmen yang baik bagi memastikan program tersebut berjalan lancar.

 

Objektif utama program ini adalah untuk menerapkan kefahaman kepada para pelajar bahawa Kesempurnaan Ibadah Asas Kejayaan. Antara pegisian- pengisian yang telah diaturkan sepanjang program adalah Pengisian Ceramah dan Tazkirah yang telah disampaikan oleh Ustaz Sheikh Hanafi (dijemput khas dari Dungun, Terengganu), Saudara Muhtar Suhaili, Ustaz Zulhasni (dijemput khas dari Kota Kinabalu, Sabah) dan Ustaz Azatul Ridhwan. Selain pengisian ceramah, aktiviti-aktiviti lain yang turut dilaksanakan termasuklah Perbincangan Kumpulan, Kembara Alam, Praktikal Solat dan persoalan-persoalan berkaitan dengannya, Qiammullail dan gotong-royong membersihkan kubur. Program ini telah ditangguhkan dengan rasminya oleh Encik Imran bin Antoh, Penolong Pengarah IKBN.

 

Alhamdulillah, tahniah dan terima kasih kepada semua urusetia, penceramah, fasilitator dan para peserta di atas semangat, kesungguhan dan kemahuan membara yang ditunjukkan sepanjang program ini. Mudah-mudahan kita semua telah mendapat manfaat dan beroleh kekuatan untuk terus ber’amal kerana Allah serta menjadi insan cemerlang di Sekolah Kehidupan. Sehingga berjumpa lagi di puncak kejayaan. Semoga kita akan tergolong dalam hambaNya yang bertaqwa dan berbahagia bersama-sama di Akhirat sana. Amiin.

 

“Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Ber’amal Kerana Allah”.

Ziarah Dakwah AMAL Siri 2 Ke Ulu Kota, Pakan

Monday, May 4th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Ziarah AMAL ke Perkampungan Saudara Kita di Ulu Kota

AMAL Sarawak, 9 Jamadil Awwal 1430H: Alhamdulillahi Ta’ala ‘ala kulli hal! Dengan keizinanNya jua maka pada 1 hingga 3 Mei 2009 gabungan Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dan Bintulu Iqra’ Center (BIC)  dengan kerjasama Harakah Islamiah Sarawak (HIKMAH)  Cawangan Sarikei telah menggorak langkah seterusnya bagi memantapkan hubungan silaturrahim yang sedia terjalin dengan Saudara Kita di Ulu Kota, Pakan, Sarikei. Ziarah Mahabbah kali ini adalah Ziarah AMAL Siri 2 selepas Ekspedisi Dakwah Kali Pertama ke sana pada 13-15 Februari 2009.

 

Sila baca juga artikel terdahulu yang berkaitan berikut:

1. Ziarah Dakwah AMAL Ke Ulu Kota, Pakan, Sarikei

2. Saudara Kita Di Ulu Kota.. Keprihatinan Muslimin Ditagih!

 

Pertamanya, ucapan jazakumullahu khairan kathiran kepada semua peserta yang sanggup mengorbankan masa, harta dan tenaga demi menjayakan program Ziarah Dakwah AMAL ke Ulu Kota, Pakan Siri Ke-2 ini. Moga Allah memilih kita lagi untuk misi dakwah dan kebajikan pada masa akan datang, Insya Allah.

 

Semangat kombinasi golongan veteran dan muda dalam mengerakkan usaha ziarah kali ini kian “keras”, kerana masing-masing sedar tentang kepentingan dakwah di kawasan pedalaman Sarawak. Asbab pergorbanan antum, dengan taufiq dan hidayah Allah ’Azza Wajalla Islam akan kian menyinar di Bumi Kenyalang.

 

(more…)