
AMAL Sarawak, Miri, 3 Rabi’ul Thani 1430H: Biro Pembangunan Belia dan Sukan, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak yang diterajui oleh Saudara Mohd Junaidi Samsudeen telah merencana meneruskan aktiviti-aktiviti Riadhah dan Sukan berkala antara pasukan AMAL Sarawak dan komuniti setempat seperti tahun-tahun yang sudah. Pada 15 Mac 2009 perlawanan persahabatan badminton antara AMAL Unit Miri dan AMAL Unit Sibu-Sarikei telah diadakan, dan pada 28 Mac 2009 yang lalu pula telah berlangsung perlawanan persahabatan bola tampar bersama pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri.
Tujuan utama program ini dijalankan adalah bagi mengeratkan ukhuwwah selain melibatkan sukarelawan AMAL dengan aktiviti yang menyihatkan badan. Alhamdulillah, selain bersukan, selepas sesi riadhah tersebut juga telah diadakan sesi tazkirah ringkas sebagai peringatan dan panduan bersama. Kepada sesiapa yang berminat menyertai aktiviti-aktiviti bermanfaat ini atau mana-mana pasukan yang ingin mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan AMAL Sarawak, sila hubungi Saudara Mohd Junaidi di talian 016-8786809. “Badan sihat, otak cergas, AMAL hebat!”.
“Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Ber’amal Kerana Allah”.














Presiden merasmikan 













