“Kelas Pengajian Bahasa Arab Kelolaan AMAL – 18 Feb 2009″
AMAL Sarawak, Miri, 27 Safar 1430H: Sheikh Hassan Al-Banna, pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin, di dalam wasiat sepuluhnya pernah menyebutkan:
“Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur di dalam Bahasa ‘Arab yang betul kerana Bahasa ‘Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.”
Alhamdulillah, atas dorongan semangat motivasi dari kata-kata di atas serta niat menghidupkan sunnah ilmiah, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak (Unit Miri) mengambil inisiatif mengadakan Kelas Pengajian Bahasa ‘Arab khususnya kepada sukarelawan AMAL Miri dan turut terbuka kepada masyarakat umum yang berminat. Maklumat aktiviti adalah seperti berikut:
Tarikh: Setiap Khamis malam Jumaat
Masa: 8.17 malam (Selepas Isya’)
Tempat: Pejabat AMAL Miri, Jalan Bintang
Tenaga Pengajar: Ustaz Nik Mohd Syazmizi
Yuran Pengajian: RM20/ sebulan
Penyertaan: Sila hubungi 016-8909717/ 013-3603290
Nota 2010: Insya Allah, Kelas Bahasa Arab bagi tahun 2010 akan diaktifkan semula bermula Februari 2010 di pejabat AMAL Sarawak yang baru di Pujut 9, Miri. Harap maklum.
Semoga inisiatif ini akan menjadi sebahagian daripada usaha pemerkasaan para mujahidin (pejuang) dan du’aat (pekerja da’wah). Insya Allah, Kelas Pengajian Tafsir dan Hadith akan dimaklumkan kemudian. Ya Allah, bimbinglah kami dengan hikmah ilmuMu dalam memperjuangkan agamaMu! Amiin.

















