
AMAL Sarawak, 24 Jamadil Awal 1431H: Alhamdulillah. Program Seminar Ekonomi Islam 2010 telah berjaya diadakan di Masjid An-Naim Lutong, Miri pada 9 Mei 2010 yang lepas. Program ini telah dianjurkan oleh Biro Ekonomi, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Masjid an-Naim Lutong, Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Petroleum (PKPIP) dan Warisan Mukmin (www.warisanmukmin.com). Program ini adalah tahun kedua berturut-turut diadakan selepas Seminar Ekonomi Islam 2009.
Seminar ini telah dihadiri oleh lebih daripada 50 orang peserta dari kalangan usahawan, kakitangan awam, kakitangan swasta serta pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPTA). Program ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang kepentingan pegurusan kewangan, pengurusan harta pusaka/ hibah serta mempromosikan Yayasan AMAL Malaysia serta peranannya kepada masyarakat.
Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Masjid an-Naim, Tuan Haji Sobri Bojeng dan disusuli dengan ucapan perasmian oleh Ustaz Malsiron Rogikin, Pegawai Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Miri. Seminar sehari ini telah diberikan oleh tenaga penyampai dari Warisan Mukmin Sdn Bhd yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas mengenai kewangan Islam serta Wasiat/ Hibah.
Melalui program ini, peserta dapat memahami lebih mendalam mengenai kepentingan menguruskan kewangan, kaedah terbaik dalam menjana ekonomi/ pendapatan serta kepentingan menulis wasiat. Peserta-peserta juga berpeluang untuk menanyakan kemusykilan serta mendapatkan kepastian mengenai kaedah menjana ekonomi berlandaskan kehendak syariat Islam. (more…)



































