Archive for the ‘AMAL Masjid’ Category

Alhamdulillah, Surau AMAL Al-Azhar Telah Siap

Tuesday, September 7th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Surau AMAL Al-Azhar, Ulu Kota, PakanSurau AMAL Al-Azhar, Ulu Kota, PakanSurau AMAL Al-Azhar, Ulu Kota, Pakan

[Surau AMAL Al-Azhar telah siap dan boleh digunakan (foto 5-Sept-2010), hanya dinding sahaja yang belum dicat.  Insya Allah Majlis Perasmian akan disempurnakan pada Oktober 2010.]

Ziarah Dakwah AMAL Siri Ke-8 ke Perkampungan Saudara Kita di Ulu Kota, Pakan, Sarikei

[Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan: Berambeh, Sahur, Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Raya.]

Majlis Penyerahan Surau AMAL Al-Azhar daripada Kontraktor kepada Pengerusi AMAL Sarawak

[Penyerahan Surau Al-Azhar dari Kontraktor kepada AMAL S'wak.]

AMAL Sarawak, 28 Ramadhan 1431H: Alhamdulillahi kathiran! Pada 5-6 September 2010 (26-27 Ramadhan 1431H), Ziarah Dakwah AMAL Siri Ke-8 ke Perkampungan Saudara Kita di Ulu Kota, Pakan, Sarikei telah diteruskan. Tujuan utama ziarah mahabbah kali ialah untuk memantau perkembangan terkini Surau AMAL Al-Azhar (sekaligus menyelesaikan bayaran kepada Kontraktor) selain mengadakan majlis sahur dan ifthar jamae’i serta penyampaian sumbangan Hari Raya kepada masyarakat Islam dan golongan muallaf di sana.

 

Rombongan yang diketuai oleh Pengerusi AMAL Sarawak, Saudara Muhtar Hj Suhaili dan disertai oleh Saudara Mohd Ali Murad dan anaknya Adik Lukman Al-Hakim turut membawa bersama sumbangan-sumbangan ‘Eidul Fitri yang diberikan oleh pelbagai pihak sama ada dalam bentuk wang tunai, naskah Al-Qur’an, buku-buku agama, pakaian-pakaian (termasuk baju raya, sajadah, tudung, telekung, kopiah dll), makanan, minuman serta barang-barang dapur.

 

Terima kasih khusus kepada semua penyumbang di antaranya AMAL Malaysia Cawangan Sarawak, Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Petroleum (PKPIP) Miri, Jawatankuasa Penghayatan Ramadhan 1431H Bahagian Bintulu (JAIS, AMAL, BIC, JAKSA, JIM, Masjid Darul Hidayah, Masjid Asy-Syakirin, Bank-bank dll), Badan Islam Shell (BISMI) SMDS Bintulu, HIKMAH Cawangan Sarikei dan semua individu-individu serta penderma-penderma yang ikhlas lillahi ta’ala.

 

Atas segalanya, alhamdulillah, sukacita dimaklumkan bahawa Surau AMAL Al-Azhar di Perkampungan Saudara Kita, Ulu Kota, Pakan, Sarikei telah siap dan boleh digunakan sepenuhnya. Hanya dinding luar dan dinding dalam sahaja yang masih belum dicat dan akan disempurnakan dalam masa terdekat. (more…)

Berita Gembira Ramadhan Dari Ulu Kota, Pakan!

Thursday, August 12th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Perkembangan Pembinaan Surau AMAL Al-AzharPerkembangan Pembinaan Surau AMAL Al-Azhar

[Gambar Surau AMAL Al-Azhar yang diambil pada awal bulan Julai 2010: Masih dalam pembinaan... Gambar terbaru akan disiarkan selepas Ziarah AMAL Siri 8 pada 4-5 September 2010, insya Allah.]

AMAL Sarawak, 02 Ramadhan 1431H: Alhamdulillahi kathiran! Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Bintulu Iqra’ Center (BIC), Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Sarikei dan Harakah Islamiah (HIKMAH) Sarikei sedang mengusahakan pembinaan Surau AMAL Al-Azhar di Perkampungan Saudara Kita di Ulu Kota, Pakan, Sarikei.

 

Alhamdulillah. Pembinaan Surau AMAL Al-Azhar, Perkampungan Saudara Kita, Ulu Kota Pakan telah 97% siap. Hari ini adalah hari meletakkan jubin terakhir bagi Surau tersebut. Ketua Kaum Perkampungan Islam, Saudara Azhar Abdullah dari Ulu Kota pagi-pagi lagi telah menyampaikan berita gembira bahawa surau yang pertama di Ulu Kota kini hampir siap sepenuhnya dan telah boleh digunakan.

 

Hari ini juga, Khamis, 2 Ramadhan 1431H/ 12 Ogos 2010M merupakan hari bersejarah bagi Umat Islam Iban di Ulu Kota. Mereka akan merasmikan Surau AMAL Al-Azhar dengan mengadakan Majlis Sungkey (Berbuka Puasa) pada petang ini. Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah… Allahu Akbar!

 

Kita sama-sama doakan mudah-mudahan Allah menjadikan Surau AMAL Al-Azhar ini sebagai titik bermulanya Sinar Islam gemilang di kawasan pedalaman Sarawak. Walaupun telah ada beberapa surau dibina oleh kerajaan di kawasan Saudara Baru, tetapi Surau AMAL Al-Azhar ini mempunyai signifikan tersendiri. Ia merupakan hasil pungutan infaq sumbangan dan sadaqah dari umat Islam sekitar Bintulu, Miri, Kuching, Sibu, Sarikei dan tempat-tempat lain.

 

Pembinaannya diselenggara oleh AMAL Sarawak, BIC, HIKMAH dan JAIS. Kredit penuh juga wajar diberikan kepada masyarakat tempatan yang telah banyak memberikan tenaga kerja dan berkorban peluh keringat. Setinggi-tinggi terima kasih juga kepada Kontraktor yang telah bertukar dua kali, di mana kedua-duanya adalah terdiri dari Orang Iban tempatan yang belum Islam.

 

Siri ziarah dan pengurusan AMAL Sarawak yang diketuai oleh Pengerusi AMAL Sarawak, Saudara Muhtar Hj Suhaili dan Ustaz Ibrahim Mat Isa selaku Pengurus Projek amat membanggakan. Semoga kita dapat lagi menjayakan projek yang seumpamanya di tempat penginapan Saudara Kita (Baru) yang lain, yang sebenarnya banyak bertebaran di seantero pedalaman Sarawak ini.

 

Tahniah kepada Saudara Azhar dan seluruh penduduk Kampung Saudara Kita, Ulu Kota di atas kurniaan Allah ini. Semoga surau ini akan diimarahkan sepertimana yang sepatutnya. Kita percaya dan berharap agar 2 pelajar dari kampung ini iaitu Adik Jeffry Bin Azhar dan Adik Abdul Rahman yang dihantar ke Pusat Tarbiah BISMIC di Bangi, Selangor akan kembali nanti dan bakal menerajui Surau AMAL Al-Azhar di Ulu Kota sekaligus menjadikannya Pusat Penerangan Islam di rantau sana. Amin… Amin… Amin… Ya Rabbil A’lamin..

 

Insya Allah Ziarah Siri Ke-8 ke Perkampungan Saudara Kita Ulu Kota, Pakan akan diadakan pada 4-5 September 2010 (25-26 Ramadhan 1431H). Kepada sesiapa yang berminat untuk turut serta, sila berhubung dengan Saudara Muhtar Hj Suhaili di talian 016-8909717 atau Saudara Mohd Ali Murad di talian 013-3640105. Doakan semoga segalanya khair.

 

Laporan disediakan oleh;

Saudara Mohd Ali Murad.

 

(more…)

AMAL Sarawak Sertai Safari Ramadhan 1431H

Monday, August 9th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Safari Ramadhan 1431H Bahagian Miri

AMAL Sarawak, 29 Sya’ban 1431H: Alhamdulillah. Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak insya Allah akan mengambil bahagian dalam program “Safari Ramadhan Al-Mubarak 1431H” ke Masjid-masjid dan Surau-surau di Bahagian Miri anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Miri dengan kerjasama dan dokongan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tabung BaitulMal Sarawak, AMAL Sarawak, Harakah Islamiah Sarawak (HIKMAH), Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Urusetia Saudara Kita (USK).

 

Alhamdulillah, satu mesyuarat dan taklimat berkaitan program telah diadakan pada Isnin, 9 Ogos 2010, 2.30 petang bertempat di Pejabat Agama Islam Bahagian Miri. Kesemua wakil-wakil agensi dan pengerusi-pengerusi badan yang terlibat telah hadir dan memberi komitmen untuk menjayakan program kali ini.

 

Berikut merupakan jadual program berkenaan:

  1. 12 Ogos 2010: Safari Ramadhan, Masjid Darul Khairat, Bakam
  2. 14 Ogos 2010: Safari Ramadhan, Kampung Mohd Taha, Bakong
  3. 15 Ogos 2010: Safari Ramadhan, Surau Darul Hijrah, Piasau
  4. 17 Ogos 2010: Safari Ramadhan, Masjid Al-Jabbar, Pekan Niah
  5. 19 Ogos 2010: Safari Ramadhan, Surau Madinah, Kuala Sibuti
  6. 20 Ogos 2010: Safari Ramadhan, Surau Nurul Yakin, Kampung Muhibbah, Ladang 3, Niah
  7. 22 Ogos 2010: Safari Ramadhan, Surau Zin Galau, Kampung Padang Kerbau, Marudi
  8. 25 Ogos 2010: Safari Ramadhan, Masjid Nurul Ibadah, Kampung Muhibbah, Kuala Baram
  9. 26 Ogos 2010: Sambutan Nuzul Qur’an Peringkat Negeri, Masjid At-Taqwa Miri
  10. 28 Ogos 2010: Malam Bersamamu Palestin (Perkongsian Mavi Marmara), Masjid At-Taqwa Miri
  11. 29 Ogos 2010: Safari Ramadhan, Rmh Panjang Jonathan, Niah
  12. 30 Ogos 2010: Majlis Kesyukuran Sempena Kemerdekaan, Masjid At-Taqwa Miri
  13. 2 Sept 2010: Safari Ramadhan, Surau Darul Makmur, Kampung Tanjung Belipat, Niah
  14. 3 Sept 2010: Safari Ramadhan, Surau Darul Hijrah, Batu Telingai, Suai
  15. 4 Sept 2010: Safari Ramadhan, Masjid Sinaran, Kampung Ranchah-ranchah, Bekenu

 

Semua AMALian dan orang ramai dijemput turut serta dalam jaulah dakwah ini. Tentatif program Safari Ramadhan adalah seperti berikut:

  • 6.40 petang: Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Jamuan Makan
  • 7.30 malam: Tazkirah Ringkas, Solat Isya’ dan Tarawih berjamaah
  • 9.45 malam: Moreh/ Bersurai

Mudah-mudahan segala ‘amal dan ibadah yang kita laksanakan di dalam bulan yang mubarak ini akan mendapat keberkatan dan pahala dari Allah SWT. Semoga kita menjadi orang-orang yang bertaqwa. Amiin Ya Rabb!

 

Wallahu a’lam bissawab.

 

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

 

“WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH”

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Karnival Ibadah Ramadhan @ Masjid At-Taqwa

Saturday, August 7th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Karnival Ibadah Masjid At-Taqwa Miri

Malam Bersamamu Palestin 2010M-1431H

[Karnival Ibadah Ramadhan 1431H @ Masjid At-Tawa Miri]

AMAL Sarawak, Miri: Alhamdulillahi kathiran! Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Agung lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Sukacita dimaklumkan insya Allah Masjid At-Taqwa Bandaraya Miri akan menganjurkan satu program yang dinamakan Karnival Ibadah sempena Ramadhan 1431H dengan kerjasama JAKIM-JAIS-Task Force-AMAL Sarawak. Berikut adalah senarai program yang akan dianjurkan:

  1. Sepanjang Ramadhan 1431H: Solat Tarawih Berjamaah, Tadarus Al-Qur’an dan  Tazkirah Zuhur
  2. 26 Ogos 2010: Semarak Ramadhan JAKIM Bersama Saudara Kita - Diskusi Ramadhan Bersama Haji Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah (Penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul 2009 Sabah), Klinik Al-Qur’an (Tahsin Surah Fatihah & ayat-ayat pilihan), Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Hafazan
  3. 26 Ogos 2010: Sambutan Nuzul Qur’an Peringkat Negeri Sarawak di Masjid At-Taqwa Miri
  4. 27 Ogos 2010: Seminar Nuzul Qur’an di Pustaka Miri
  5. 28 Ogos 2010: Pameran Kempen Jom Jauhi Zina
  6. 28 Ogos 2010: Majlis Khatam Al-Qur’an Task Force
  7. 28 Ogos 2010: Iftar Jama’ei Perdana Task Force
  8. 28 Ogos 2010: Malam Bersamamu Palestin (Perkongsian Mavi Marmara bersama Pak Jamal (Tuan Hj Jamuliddin Elias))
  9. 29 Ogos 2010: Qiammullail, Munajat Perdana dan Ceramah Peperiksaan Pelajar-pelajar Islam UPSR-PMR-SPM-STPM Miri
  10. 29 Ogos 2010: Ziarah AMAL ke Hospital Umum Miri

Seluruh Muslimin-Muslimat di sekitar Bandaraya Miri dijemput bersama-sama menjayakan program-program tersebut. Bersama kita mengazamkan agar Ramadhan yang bakal menjelang merupakan Ramadhan terbaik dan masa untuk bertambah-tambahnya ‘amalan. Selamat beribadah dengan penuh keikhlasan dan semoga kita semua menjadi orang-orang yang bertaqwa!

Firman Allah SWT (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diWAJIBkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu berTAQWA.” (Surah Al-Baqarah 2, ayat 183)

Masukkan sumbangan anda ke dalam akaun AMAL Sarawak:
(This is AMAL Sarawak’s bank account for your reference:)

Akaun AMAL Malaysia Cawangan Sarawak

Atau CEK bayaran kepada “Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak”, dan hantar ke alamat di bawah:
(Or send your cheque to below address:)

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak
Lot 741, Jalan Pujut 9, 98000 Miri, Sarawak
No. Telefon: 016-8909717

Email: amalsarawak@yahoo.com.my

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Miri pada masa akan datang, sila hubungi Saudara Muhtar Suhaili (016-8909717), Ustaz Shahrul Ramadhan Shuib (013-2821445), Saudari Wan Lydia Salmi Wan Junaidi (016-8509242), Ustazah Hasnita Mohd Rejab (019-5566078) atau layari laman sesawang www.amalsarawak.net. 

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

Wallahu a’lam bissawab.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Karnival AMAL & Ihya’ Ramadhan 1431H @ Miri

Wednesday, August 4th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Forum Perdana dan Majlis Perasmian Karnival AMAL 2010

Futsal AMAL 2010

Poster Munajat Perdana dan Jom Gerakkan Subuh

Malam Bersamamu Palestin 2010M-1431H

Jadual Berbuka Puasa 2010M-1431H (Miri)

[Karnival AMAL 2010 & Ihya' Ramadhan 1431H @ Miri]

AMAL Sarawak, Miri: Alhamdulillahi kathiran! Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Agung lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak Unit Miri akan menganjurkan Karnival AMAL 2010 & Ihya’ Ramadhan 1431H. Berikut merupakan pengisian-pengisian program yang akan dilaksanakan:

  1. 7 Ogos 2010: Futsal Jemputan AMAL di Gelanggang IKBN Miri 
  2. 7-8 Ogos 2010: Munajat dan Qiammullail Perdana bersama Ustaz Abu Bakar Bin Abd Aziz (Mantan Pegawai KAGAT) di Surau Al-Jawahir IKBN Miri 
  3. 8 Ogos 2010: Kursus Pengurusan Janazah (Terbuka) di Surau Al-Jawahir IKBN Miri 
  4. 8 Ogos 2010: Majlis Perasmian, Forum Perdana (Moderator: Ustaz Malsiron Rogikin (Pegawai JAIS Miri), Ahli Panel: Ustaz Sarip Adol (Pensyarah UMS) dan Ustaz Abu Bakar Bin Abd Aziz (Mantan Pegawai KAGAT) dan Pelancaran Tabung Infaq Ramadhan di Masjid An-Nur, Pujut Tanjung Batu
  5. 9 Ogos 2010: Ceramah Menuju Gerbang Ramadhan bersama Tuan Haji Abdullah Abdul Ghani (Pengurus PCSB SKO) di Masjid Ar-Rayyan, Permyjaya
  6. 11-31 Ogos 2010: Safari dan Ihya’ Ramadhan 1431H – dengan kerjasama JAIS ke Masjid2/ Surau2 di Bahagian Miri 
  7. 14 Ogos 2010: Bengkel Tahfiz Al-Qur’an bersama Tuan Akmal Hakim Tuan Mazri Al-Hafiz (Mahasiswa Perubatan, Universiti Al-Azhar Mesir) di Pustaka Miri
  8. 21 Ogos 2010: Jom Gerakkan Subuh/ Munajat Perdana bersama Ustaz Haji Rosli Arup (Ketua Penolong Pengarah JAIS Zon Utara Sarawak) di Masjid An-Naim, Lutong
  9. 21 Ogos 2010: Penyampaian Sumbangan AMAL kepada pelajar-pelajar SMK Pujut Miri
  10. 21 Ogos 2010: Forum Remaja di ILP Miri/ SMK Agama Miri
  11. 26-29 Ogos 2010: Karnival Ibadah sempena Nuzul Qur’an di Masjid At-Taqwa Miri
  12. 29 Ogos 2010: Ziarah AMAL-PAPISMA ke Hospital Umum Miri
  13. Program Jualan Biro Ekonomi dan AMAL Charity Shoppe akan diadakan di semua venue program.

Sementara itu, satu program khas yang dinamakan Karnival Ibadah sempena Nuzul Qur’an 1431H anjuran bersama JAKIM-JAIS-Task Force-AMAL Sarawak-Masjid At-Taqwa akan diadakan bertempat di Masjid At-Taqwa Miri. Berikut adalah senarai program yang akan dianjurkan (maklumat lanjut di http://amalsarawak.net/?p=3584):

  1. 26 Ogos 2010: Semarak Ramadhan JAKIM Bersama Saudara Kita - Diskusi Ramadhan Bersama Haji Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah (Penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul 2009 Sabah), Klinik Al-Qur’an (Tahsin Surah Fatihah & ayat-ayat pilihan), Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Hafazan
  2. 26 Ogos 2010: Sambutan Nuzul Qur’an Peringkat Negeri Sarawak di Masjid At-Taqwa Miri
  3. 27 Ogos 2010: Seminar Nuzul Qur’an di Pustaka Miri
  4. 28 Ogos 2010: Pameran Kempen Jom Jauhi Zina
  5. 28 Ogos 2010: Majlis Khatam Al-Qur’an Task Force
  6. 28 Ogos 2010: Iftar Jama’ei Perdana Task Force
  7. 28 Ogos 2010: Malam Bersamamu Palestin (Perkongsian Mavi Marmara bersama Pak Jamal (Tuan Hj Jamuliddin Elias))
  8. 29 Ogos 2010: Qiammullail, Munajat Perdana dan Ceramah Peperiksaan Pelajar-pelajar Islam UPSR-PMR-SPM-STPM Miri

Seluruh Muslimin-Muslimat di sekitar Bandaraya Miri dijemput bersama-sama menjayakan program-program tersebut. Bersama kita mengazamkan agar Ramadhan yang bakal menjelang merupakan Ramadhan terbaik dan masa untuk bertambah-tambahnya ‘amalan. Selamat beribadah dengan penuh keikhlasan dan semoga kita semua menjadi orang-orang yang bertaqwa!

Firman Allah SWT (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diWAJIBkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu berTAQWA.” (Surah Al-Baqarah 2, ayat 183)

Masukkan sumbangan anda ke dalam akaun AMAL Sarawak:
(This is AMAL Sarawak’s bank account for your reference:)

Akaun AMAL Malaysia Cawangan Sarawak

Atau CEK bayaran kepada “Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak”, dan hantar ke alamat di bawah:
(Or send your cheque to below address:)

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak
Lot 741, Jalan Pujut 9, 98000 Miri, Sarawak
No. Telefon: 016-8909717

Email: amalsarawak@yahoo.com.my

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Miri pada masa akan datang, sila hubungi Saudara Muhtar Suhaili (016-8909717), Ustaz Shahrul Ramadhan Shuib (013-2821445), Saudari Wan Lydia Salmi Wan Junaidi (016-8509242), Ustazah Hasnita Mohd Rejab (019-5566078) atau layari laman sesawang www.amalsarawak.net. 

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

Wallahu a’lam bissawab.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Karnival AMAL & Ihya’ Ramadhan 1431H @ Bintulu

Wednesday, August 4th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Karnival AMAL Ramadhan - AMAL Bintulu 2010

Jadual Berbuka Puasa 2010M-1431H (Bintulu)

[Karnival AMAL Merdeka 2010 @ Bintulu (Edisi Ramadhan)]

AMAL Sarawak, Bintulu: Alhamdulillahi kathiran! Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Agung lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak Unit Bintulu akan menganjurkan Karnival AMAL Merdeka 2010 (Edisi Ramadhan 1431H). Berikut merupakan pengisian-pengisian program yang akan dilaksanakan:

  1. 7 Ogos 2010: Forum Di Ambang Ramadhan & Pelancaran Tabung Infaq Ramadhan
  2. 8 Ogos 2010: Ziarah Dakwah 1 ke Kampung Pandan, Sebauh
  3. 15 Ogos 2010: Ziarah Dakwah 2 ke Kampung Sebauh
  4. 21 Ogos 2010: AMAL Eidul Ilmi (Remaja Meraikan Ramadhan)
  5. 22 Ogos 2010: Ziarah Dakwah 3 ke Kampung Jepak
  6. 28 Ogos 2010: Qiammullail Mega
  7. 29 Ogos 2010: Pameran Kemerdekaan & Berbuka bersama  AMAL-BIC di Masjid As-Syakirin
  8. 30 Ogos 2010: Iftor Jam’ei & Ceramah Nuzul Al-Quran
  9. 31 Ogos 2010: Penutupan Rasmi & Penyampaian Sumbangan dari Tabung Infaq Ramadhan dan Iftor di Masjid Darul Hidayah

Seluruh Muslimin-Muslimat di sekitar Bintulu dijemput bersama-sama menjayakan program-program tersebut. Bersama kita mengazamkan agar Ramadhan yang bakal menjelang merupakan Ramadhan terbaik dan masa untuk bertambah-tambahnya ‘amalan. Selamat beribadah dengan penuh keikhlasan dan semoga kita semua menjadi orang-orang yang bertaqwa!

Firman Allah SWT (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diWAJIBkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu berTAQWA.” (Surah Al-Baqarah 2, ayat 183)

Masukkan sumbangan anda ke dalam akaun AMAL Sarawak:
(This is AMAL Sarawak’s bank account for your reference:)

Akaun AMAL Malaysia Cawangan Sarawak

Atau CEK bayaran kepada “Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak”, dan hantar ke alamat di bawah:
(Or send your cheque to below address:)

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak
Lot 741, Jalan Pujut 9, 98000 Miri, Sarawak
No. Telefon: 016-8909717

Email: amalsarawak@yahoo.com.my

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Bintulu, sila hubungi Ustaz Salehuddin Abu Samah (019-4823755), Ustaz Sardi Ismail (013-9235267), Ustaz Ibrahim Mat Isa (019-4535119), Saudari Hafsah Mardiah (019-9805803) atau layari laman sesawang www.amalsarawak.net.

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

Wallahu a’lam bissawab.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Karnival AMAL & Ihya’ Ramadhan 1431H @Kuching

Wednesday, August 4th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Ramadhan Mubarak 1431H

Kuliah Fiqh 1431H (Kuching)

Kuliah Dhuha 1431H (Kuching)

Jadual Berbuka Puasa 2010M-1431H (Kuching)

[AMAL Sarawak mengucapkan Ramadhan Mubarak!]

AMAL Sarawak, Kuching: Alhamdulillahi kathiran! Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Agung lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak Unit Kuching akan menganjurkan Program Penghayatan/ Ihya’ Ramadhan 1431H. Berikut merupakan antara program yang akan dilaksanakan:

  1. Forum Ambang Ramadhan pada 27 Sya’ban 1431H /7 Ogos 2010, selepas Maghrib bertempat di Masjid Al-Muhajirin, Taman Matang Jaya. Moderator: Dr Ridhuan (AMAL Sarawak). Ahli-ahli Panel: Ust Yazid Rajali (Pegawai Pendidikan Islam PPD Kota Samarahan) & Ust Azmi bin Shaari (Pendakwah Bebas)
  2. Kuliah Fiqh, Setiap Ahad mulai 15 Ogos 2010, 9.00 - 10.30 pagi di Masjid Al-Muhajirin, Taman Matang Jaya. Tenaga Pengajar: Ust Anuar Jusof, Kitab: Fiqh Manhaji Fekah Mazhab Syafie
  3. Kuliah Dhuha Muslimat, Setiap Ahad mulai 15 Ogos 2010, 9.00 - 10.30 pagi di Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma. Pengkuliah: Ustazah Meriyusnita Rajab & Ustazah Julia Mohamadin
  4. Penerbitan Risalah Sinar Ramadhan, Tazkirah Ramadhan sekitar 10-15 minit sebelum Solat Terawih di Masjid/ Surau sekitar Bandaraya Kuching
  5. Iftar Jamaie bersama penduduk kampung bertempat di Masjid Kolong 2 pada 12 Ramadhan 1431H/ 22 Ogos 2010
  6. Sumbangan kepada Anak Yatim pada 18 Ramadhan 1431H/ 28 Ogos 2010 bertempat di Bangunan HPA Kuching
  7. Qiamullail Perdana pada 19 Ramadhan 1431H/ 29 Ogos 2010 bertempat di Masjid Taman Malihah.

Seluruh Muslimin-Muslimat di sekitar Kuching dijemput bersama-sama menjayakan program-program tersebut. Bersama kita mengazamkan agar Ramadhan yang bakal menjelang merupakan Ramadhan terbaik dan masa untuk bertambah-tambahnya ‘amalan. Selamat beribadah dengan penuh keikhlasan dan semoga kita semua menjadi orang-orang yang bertaqwa!

Rasulullah SAW menjelaskan bahawa puasa memberi syafaat kepada tuannya pada Hari Kiamat yang penuh dengan kecemasan dan ketakutan itu. Sabda Baginda Rasulullah SAW:

“Puasa dan Al-Qur’an memberi syafaat kepada hamba Allah pada Hari Kiamat. Puasa berkata, ‘Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minum dan memenuhi syahwatnya pada siang hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.’ Dan Al-Qur’an pun berkata, ‘Aku telah menghalanginya tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.’ Lalu syafaat keduanya diterima Allah.” (Hadith Riwayat Ahmad)

Masukkan sumbangan anda ke dalam akaun AMAL Sarawak:
(This is AMAL Sarawak’s bank account for your reference:)

Akaun AMAL Malaysia Cawangan Sarawak

Atau CEK bayaran kepada “Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak”, dan hantar ke alamat di bawah:
(Or send your cheque to below address:)

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak
Lot 741, Jalan Pujut 9, 98000 Miri, Sarawak
No. Telefon: 016-8909717

Email: amalsarawak@yahoo.com.my

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Kuching pada masa akan datang, sila hubungi Saudara Mohd Nor (019-8574578), Saudara Abdul Aziz (019-8874784), Saudara Syamsul Bahri (019-9617951), Ustaz Afnan Faiz Ridzuan (013-3789411) atau layari laman web www.amalsarawak.net.

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

Wallahu a’lam bissawab.

 “BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Perkembangan Terkini Surau AMAL Al-Azhar

Monday, July 5th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Perkembangan Pembinaan Surau AMAL Al-AzharPerkembangan Pembinaan Surau AMAL Al-Azhar

[Perkembangan Terkini Pembinaan Surau AMAL Al-Azhar]

AMAL Sarawak, 23 Rejab 1431H: Alhamdulillahi kathiran! Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Bintulu Iqra’ Center (BIC), Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Sarikei dan Harakah Islamiah (HIKMAH) Sarawak sedang mengusahakan pembinaan Surau AMAL Al-Azhar di Perkampungan Saudara Kita di Ulu Kota, Pakan, Sarikei. 

 

Alhamdulillah, pada 3-4 Julai 2010 yang lepas, Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak Saudara Muhtar Hj Suhaili bersama Saudara Mohd Ali Murad, Saudara Nuzul Adzwan Sulaiman dan Saudara Mohd Syukrani Addi Rizal Voon  telah sekali lagi turun padang ke Ulu Kota bagi tujuan pemantauan pembinaan Surau berkenaan. Turut hadir sama ialah Ketua Kaum Encik Azhar bin Abdullah dan penduduk Perkampungan Saudara Kita.

 

Untuk makluman, majlis pecah tanah tapak Surau berkenaan telah dijalankan pada 14 Februari 2010 yang lepas manakala penentuan arah Qiblat telah dibuat pada 12 Mac 2010 dan turut dihadiri oleh sukarelawan-sukarelawan AMAL serta pegawai-pegawai dari JAIS, HIKMAH dan Jabatan Tanah & Survei.

 

Menurut perjanjian dengan Kontraktor asal, pembinaan Surau ini dijangka siap pada Jun 2010. Alhamdulillah, sehingga kini hampir 60% daripada keseluruhan struktur Surau ini telah disiapkan.  Atas sebab-sebab tertentu dan demi kebaikan bersama, setelah perbincangan diadakan antara AMAL Sarawak dan Kontraktor, persetujuan telah dicapai untuk menamatkan perkhidmatan Kontraktor asal dengan membayar 55.8% daripada jumlah Kontrak yang telah dipersetujui. Tiada sebarang tuntutan daripada kedua-dua belah pihak disebabkan penamatan kontrak tersebut.

 

Melalui ziarah kali ini juga, satu Kontraktor baru yang diketuai oleh Encik Mambang Ak Mgpili telah dilantik untuk meneruskan pembinaan Surau ini sehingga siap. Keputusan ini dibuat atas syor Ketua Kaum Encik Azhar bin Abdullah dan turut dipersetujui oleh ahli rombongan yang hadir. Insya Allah, sepertimana yang telah dipersetujui dalam perjanjian dengan Kontraktor baru, Surau ini hendaklah disiapkan sebelum 31 Ogos 2010 iaitu sebelum Hari Raya ‘Eidul Fitri 1431H.

 

Sila baca juga catatan penuh Saudara Mohd Ali:

   - Expidisi Ulu Kota Siri 7: Mencari Redha Petara.

 

Marilah kita sama-sama doakan semoga urusan pembinaan Surau AMAL Al-Azhar ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan menjadi masjid yang dibina atas dasar taqwa. (more…)

Jualan AMAL Masjid An-Na’im Lutong, Miri

Monday, June 28th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Jualan AMAL Masjid An-Na'im Lutong

AMAL Sarawak, 16 Rejab 1431H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Agung lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

Alhamdulillah, Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak telah turut serta menjayakan Jualan Amal Masjid An-Na’im Lutong, Miri yang telah diadakan pada hari Ahad, 27 Jun 2010 di perkarangan masjid berkenaan. Selain AMAL Sarawak, pelbagai NGO, institusi kewangan Islam seperti Bank, Syarikat Takaful dan GLC Islam telah turut mengambil bahagian dalam program yang bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang ini dengan membuka pelbagai gerai yang menjual aneka makanan, minuman dan cenderahati. Bagi memeriahkan lagi program tersebut, acara seperti pertandingan mewarna bagi pelajar-pelajar sekolah tadika dan sekolah rendah serta perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk para jemaah juga telah turut diadakan.

 

Jualan Amal ini diadakan bagi menjana sumber dana kewangan untuk penambahbaikan dan pengubahsuaian struktur masjid. Untuk makluman, sumbangan terus untuk dana projek membaikpulih bangunan dan kemudahan masjid masih diteruskan dan semua sumbangan dana boleh dibuat melalui cek atas nama Masjid An-Naim Lutong dan boleh diserahkan kepada Pengerusi atau mana-mana AJK Masjid pada bila-bila masa. Sumbangan juga boleh dikreditkan terus ke dalam akaun Masjid An-Naim di Bank Muamalat Berhad Miri (No. Akaun: 1102 0000133 716).  Sila hubungi Pengerusi Masjid Tuan Haji Sabri Bojeng di talian 016-8746898 atau Setiausaha Masjid Tuan Haji Ithnaini Bohari di talian 012-8732958 untuk maklumat lanjut.

 

Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat dan orang ramai yang memberi sokongan kepada usaha murni ini. Semoga semua sumbangan ikhlas tuan/puan dicatatkan sebagai amal jariah dan mendapat ganjaran pahala serta keberkatan dari Allah SWT. Jazakumullahu khairan kathiran, semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan.

 

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Miri pada masa akan datang, sila hubungi Saudara Muhtar Suhaili (016-8909717), Ustaz Shahrul Ramadhan Shuib (013-2821445), Saudari Wan Lydia Salmi Wan Junaidi (016-8509242), Ustazah Hasnita Mohd Rejab (019-5566078) atau layari laman sesawang www.amalsarawak.net. 

 

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

Wallahu a’lam bissawab.

   

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”