AMAL Sarawak, 7 Rejab 1431H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Alhamdulillah, Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Persatuan Perubatan Ibnu-Sina Malaysia (PAPISMA) telah berjaya mengadakan Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma pada masa seperti berikut:
Tarikh: 20hb Jun 2010 (Ahad)
Masa: Bermula jam 8.30 pagi
Lokasi: Perkarangan Masjid Al-Firdaus,Taman Tunku Miri
Yayasan AMAL Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Masjid Al-Firdaus, Taman Tunku atas kesudian menerima kunjungan kami. AMAL-PAPISMA turut mengucapkan jazakumullahu khairan kathiran kepada Encik Idris Yasin, Dr. Mohd Syahid, Dr. Aizuddin, Dr. Azizul, Dr Isnani dan semua yang terlibat menjayakan program tersebut.
Insya Allah AMAL Sarawak dan PAPISMA akan meneruskan program seumpama ini pada masa akan datang sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial dan agama. Semoga segalanya khair dan diterima sebagai amal soleh olehNya.
Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Miri pada masa akan datang, sila hubungi Saudara Muhtar Suhaili (016-8909717), Ustaz Shahrul Ramadhan Shuib (013-2821445), Saudari Wan Lydia Salmi Wan Junaidi (016-8509242), Ustazah Hasnita Mohd Rejab (019-5566078) atau layari laman sesawang www.amalsarawak.net.
TERAS BUDAYA AMAL:
-
Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
-
Berakhlak Mulia,
-
Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
-
Berkemahiran dan Berketrampilan.
Wallahu a’lam bissawab.
“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”














