Archive for the ‘AMAL Ekonomi’ Category

Forum Perdana & Karnival Ekonomi 1432H

Wednesday, December 22nd, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Forum Perdana Ehwal Islam AMAL 1432H

Karnival Ekonomi AMAL 1432H

Karnival Ekonomi AMAL 1432H

[Karnival Ekonomi Islam 1432H @ Masjid Ar-Rayyan]

AMAL Sarawak, Miri: Alhamdulillahi kathiran! Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Agung lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Sukacita dimaklumkan insya Allah Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Masjid Ar-Rayyan, Permyjaya Miri akan menganjurkan satu program yang dinamakan Karnival Ekonomi Islam pada Ahad, 26 Disember 2010 bersamaan 20 Muharram 1432H sempena Ma’al Hijrah 1432H. Satu Forum Perdana Ehwal Islam juga akan turut diadakan.

Seluruh Muslimin-Muslimat di sekitar Bandaraya Miri dijemput bersama-sama menjayakan program tersebut. Bersama kita mengazamkan agar Tahun Baru 1432H masa untuk menjadi hamba Allah yang semakin baik dan peluang untuk bertambah-tambahnya ‘amalan. Selamat berhijrah dengan makna sebenar dengan penuh keikhlasan dan semoga kita semua menjadi orang-orang yang bertaqwa!

Masukkan sumbangan anda ke dalam akaun AMAL Sarawak:
(This is AMAL Sarawak’s bank account for your reference:)

Akaun AMAL Malaysia Cawangan Sarawak

Atau CEK bayaran kepada “Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak”, dan hantar ke alamat di bawah:
(Or send your cheque to below address:)

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak
Lot 741, Jalan Pujut 9, 98000 Miri, Sarawak
No. Telefon: 016-8909717

Email: amalsarawak@yahoo.com.my

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Miri pada masa akan datang, sila hubungi Saudara Muhtar Suhaili (016-8909717), Ustaz Shahrul Ramadhan Shuib (013-2821445), Saudari Wan Lydia Salmi Wan Junaidi (016-8509242), Ustazah Hasnita Mohd Rejab (019-5566078) atau layari laman sesawang www.amalsarawak.net.

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

Wallahu a’lam bissawab.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Jualan AMAL Masjid An-Na’im Lutong, Miri

Monday, June 28th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Jualan AMAL Masjid An-Na'im Lutong

AMAL Sarawak, 16 Rejab 1431H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Agung lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

Alhamdulillah, Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak telah turut serta menjayakan Jualan Amal Masjid An-Na’im Lutong, Miri yang telah diadakan pada hari Ahad, 27 Jun 2010 di perkarangan masjid berkenaan. Selain AMAL Sarawak, pelbagai NGO, institusi kewangan Islam seperti Bank, Syarikat Takaful dan GLC Islam telah turut mengambil bahagian dalam program yang bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang ini dengan membuka pelbagai gerai yang menjual aneka makanan, minuman dan cenderahati. Bagi memeriahkan lagi program tersebut, acara seperti pertandingan mewarna bagi pelajar-pelajar sekolah tadika dan sekolah rendah serta perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk para jemaah juga telah turut diadakan.

 

Jualan Amal ini diadakan bagi menjana sumber dana kewangan untuk penambahbaikan dan pengubahsuaian struktur masjid. Untuk makluman, sumbangan terus untuk dana projek membaikpulih bangunan dan kemudahan masjid masih diteruskan dan semua sumbangan dana boleh dibuat melalui cek atas nama Masjid An-Naim Lutong dan boleh diserahkan kepada Pengerusi atau mana-mana AJK Masjid pada bila-bila masa. Sumbangan juga boleh dikreditkan terus ke dalam akaun Masjid An-Naim di Bank Muamalat Berhad Miri (No. Akaun: 1102 0000133 716).  Sila hubungi Pengerusi Masjid Tuan Haji Sabri Bojeng di talian 016-8746898 atau Setiausaha Masjid Tuan Haji Ithnaini Bohari di talian 012-8732958 untuk maklumat lanjut.

 

Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat dan orang ramai yang memberi sokongan kepada usaha murni ini. Semoga semua sumbangan ikhlas tuan/puan dicatatkan sebagai amal jariah dan mendapat ganjaran pahala serta keberkatan dari Allah SWT. Jazakumullahu khairan kathiran, semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan.

 

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Miri pada masa akan datang, sila hubungi Saudara Muhtar Suhaili (016-8909717), Ustaz Shahrul Ramadhan Shuib (013-2821445), Saudari Wan Lydia Salmi Wan Junaidi (016-8509242), Ustazah Hasnita Mohd Rejab (019-5566078) atau layari laman sesawang www.amalsarawak.net. 

 

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

Wallahu a’lam bissawab.

   

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

AMAL Charity Shop: Menyumbang Untuk Kebajikan

Sunday, May 23rd, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

AMAL Charity Shop

Gotong-royong AMAL Charity Shop

[Alhamdulillah, pada 23 Mei 2010, Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak telah mengadakan gotong-royong di Pejabat AMAL Sarawak di Miri untuk mengasingkan sebanyak 17 guni pakaian terpakai yang diterima daripada orang ramai. AMAL Sarawak sedang mengusahakan mewujudkan AMAL Charity Shop (ACS) yang mana salah satu fungsinya ialah membudayakan kempen “menyumbang untuk kebajikan”. Maklumat lanjut ACS boleh didapati di http://amalcharityshop.com/. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Biro Ekonomi AMAL Sarawak: Saudara Mohd Hafiez Jumeren (019-2799681) atau Saudara Mohd Ali Murad (013-3640105).] 

Masukkan sumbangan derma anda ke dalam akaun AMAL Sarawak:
(This is AMAL Sarawak’s bank account for your reference:)

Akaun AMAL Malaysia Cawangan Sarawak

Atau CEK bayaran kepada “Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak”, dan hantar ke alamat di bawah:
(Or send your cheque to below address:)

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak
Lot 741, Jalan Pujut 9, 98000 Miri, Sarawak
No. Telefon: 016-8909717

Email: amalsarawak@yahoo.com.my

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Laporan Seminar Ekonomi Islam 2010 @ Miri

Sunday, May 9th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Laporan Seminar Ekonomi Islam 2010 @ Miri

AMAL Sarawak, 24 Jamadil Awal 1431H: Alhamdulillah. Program Seminar Ekonomi Islam 2010 telah berjaya diadakan di Masjid An-Naim Lutong, Miri pada 9 Mei 2010 yang lepas. Program ini telah dianjurkan oleh Biro Ekonomi, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Masjid an-Naim Lutong, Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Petroleum (PKPIP) dan Warisan Mukmin (www.warisanmukmin.com). Program ini adalah tahun kedua berturut-turut diadakan selepas Seminar Ekonomi Islam 2009.

 

Seminar ini telah dihadiri oleh lebih daripada 50 orang peserta dari kalangan usahawan, kakitangan awam, kakitangan swasta serta pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPTA). Program ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang kepentingan pegurusan kewangan, pengurusan harta pusaka/ hibah serta mempromosikan Yayasan AMAL Malaysia serta peranannya kepada masyarakat. 

 

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Masjid an-Naim, Tuan Haji Sobri Bojeng dan disusuli dengan ucapan perasmian oleh Ustaz Malsiron Rogikin, Pegawai Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Miri. Seminar sehari ini telah diberikan oleh tenaga penyampai dari Warisan Mukmin Sdn Bhd yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas mengenai kewangan Islam serta Wasiat/ Hibah.

 

Melalui program ini, peserta dapat memahami lebih mendalam mengenai kepentingan menguruskan kewangan, kaedah terbaik dalam menjana ekonomi/ pendapatan serta kepentingan menulis wasiat. Peserta-peserta juga berpeluang untuk menanyakan kemusykilan serta mendapatkan kepastian mengenai kaedah menjana ekonomi berlandaskan kehendak syariat Islam. (more…)

Laporan Seminar Ekonomi Islam 2010 @ Bintulu

Saturday, May 8th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

AMAL Sarawak, 23 Jamadil Awal 1431H: Alhamdulillah. Seminar Ekonomi Islam 2010 anjuran Biro Ekonomi Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Bintulu Iqra’ Center (BIC), Pusat Islam Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dan Warisan Mukmin telah berjaya diadakan di Bilik Seminar Pusat Islam UPMKB pada 8 Mei 2010. Tahniah kepada AJK pelaksana yang diketuai oleh Saudara Mohd Hafeiz Jumeren selaku Pengarah Program kerana telah berjaya mengadakan program ilmiah yang sangat berguna untuk semua lapisan masyarakat Islam.

 

Seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan awam, swasta, suri rumah dan remaja telah mengikuti seminar ini yang banyak membicarakan berkenaan muamalat dan kewangan Islam. Barisan tenaga penceramahnya dari Warisan Mukmin (www.warisanmukmin.com) pula merupakan orang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman di dalam menyampaikan perkara tersebut.

 

Apa pun kita harapkan agar program sebegini akan diperbanyakkan dan perlu dibuka untuk agensi-agensi lain pula sebagai penganjur. Terima kasih juga kepada peserta yang memberi kepercayaan kepada Yayasan AMAL Malaysia dan Bintulu Iqra’ Center untuk menganjurkan program ini dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak JAIS dan Pusat Islam yang telah banyak membantu untuk menjayakan program ini.

 

Berikut dikongsikan gambar-gambar menarik program: (more…)

Seminar Ekonomi Islam Bersama Warisan Mukmin

Thursday, April 22nd, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Seminar Ekonomi Islam Bersama Warisan Mukmin

Seminar Ekonomi Islam Bersama Warisan Mukmin

[Seminar Ekonomi Islam Bersama Warisan Mukmin. 8 Mei 2010 di Pusat Islam UPM Bintulu dan 9 Mei 2010 di Masjid An-Naim Miri. Program anjuran bersama Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak, Majlis Islam Sarawak, Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Petroleum (PKPIP), Warisan Mukmin Sdn Bhd, Bintulu Iqra' Center, Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu dan Masjid An-N'aim Lutong. Sila baca juga Laporan Program Seminar Ekonomi Islam 2009. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput turut serta. Yuran Penyertaan: RM20. Sebar-sebarkan.]

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Laporan Program Seminar Ekonomi Islam 2009

Sunday, August 30th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Seminar Ekonomi Islam

AMAL Sarawak, 9 Ramadhan 1430H: Alhamdulillah! Pada 8.00 pagi sehingga 1.00 petang hari ini, Ahad, 30 Ogos 2009 telah berlangsung program Seminar Ekonomi Islam Bersama Warisan Mukmin di Pustaka Miri. Seramai hampir 50 peserta telah hadir di kalangan usahawan korporat, kakitangan kerajaan dan kakitangan swasta untuk menambah ilmu dan menimba pengalaman hasil daripada pembentangan-pembentangan seminar setengah hari ini. Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti Karnival AMAL Merdeka 2009 dan Ihya’ Ramadhan 1430H.

 

Tuan Kameri Edi, Pengurus Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Miri telah hadir merasmikan program Seminar Ekonomi Islam ini. Beliau juga sekaligus telah melancarkan projek ekonomi Yayasan AMAL Malaysia yang dinamakan AMAL Charity Shop. AMAL Charity Shop adalah satu idea yang ingin diceburi oleh Yayasan AMAL untuk menambah dana selain menggalakkan orang ramai membudayakan infaq serta kemudiannya membeli sambil menderma.

 

Program dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak, Saudara Muhtar Hj Suhaili dan diikuti dengan ucapan perasmian program oleh Tuan Kameri Edi. Selepas itu, program diteruskan dengan pembentangan 3 kertas kerja oleh Tuan Haji Mohd Safri Mahat, Ketua Pegawai Eksekutif Warisan Mukmin Sdn Bhd. Berikut merupakan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah beliau kongsikan:

 

1. Pengurusan Kewangan Peribadi Menurut Prinsip Islam

2. Warisan Mukmin Perancang Aset Muslim: “Wasiat, Hibah dan Pentadbiran Harta Pusaka”

3. Jihad Bisnes: “Memperkasa Ekonomi Ummah”.

 

(more…)

Seminar Ekonomi Islam Bersama Warisan Mukmin

Friday, August 21st, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Poster Seminar Ekonomi Islam

Seminar Ekonomi Islam: ”Memperkasa Ekonomi Ummah”. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”