Archive for the ‘AMAL Sekolah’ Category

Kem Remaja Islam Sarawak (KRIS) 2010 – Zon 3

Friday, June 18th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Kem Remaja Islam Sarawak (KRIS) 2010 - Zon 3

Kem Remaja Islam Sarawak (KRIS) 2010 - Zon 3

AMAL Sarawak, 5 Rejab 1431H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

Alhamdulillah, pada 15-17 Jun 2010 yakni bersamaan dengan 2 hingga 4 Rejab 1431H, Kelab Mahasiswa AMAL Sarawak di bawah naungan Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Miri telah menganjurkan Kem Remaja Islam 2010 (KRIS’10) bertempat di Miri, Sarawak. Kem yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri itu mengumpulkan pelajar-pelajar dari 10 buah sekolah menengah yang beragama Islam dari sekitar Miri, Bintulu, dan Limbang.

 

Sila baca juga: Kem Remaja Islam Sarawak (KRIS) 2009 dan Kem Remaja Islam Sarawak (KRIS) 2010 – Zon 1.

 

Program ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan menanam kecintaan kepada cara hidup Islam serta sekaligus memberi kesedaran dan pendedahan tentang kepentingan kecemerlangan akademik kepada para peserta daripada kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah melalui aktiviti-aktiviti seperti kuliah, ceramah, forum, latihan dalam kumpulan dan lain-lain lagi.

 

Secara ringkasnya, berikut merupakan jadual program tersebut:

 

(more…)

Kem Remaja Islam Sarawak (KRIS) 2010 – Zon 1

Monday, June 7th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Citra Ibadah Siri 2

Citra Ibadah Pesona Muslim 2010

AMAL Sarawak, 25 Jamadil Akhir 1431H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

Alhamdulillah, buat ulung-julung kalinya, program Kem Remaja Islam Sarawak 2010 atau nama singkatannya KRIS’10 telah diadakan di Zon 1 bertempat di SMK Sebuyau baru-baru ini. Program bercirikan kepimpinan ini telah dijalankan di Dewan SMK Sebuyau pada 4-6 Jun 2010. KRIS’10 telah dianjurkan oleh Kelab Mahasiswa Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan SMK Sebuyau.

 

Sila baca juga: Kem Remaja Islam Sarawak (KRIS) 2009

 

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana KRIS’10 ini telah berjaya dilaksanakan. Antara objektif kem ini diadakan termasuklah:

 

  1. Mentarbiyyah (mendidik) remaja Muslim supaya tidak terpesong dari landasan Islam yang sebenar,
  2. Menerapkan rasa cinta kepada diri dan benci kepada maksiat,
  3. Membentuk ukhuwah di antara pelajar Muslim dalam satu akidah Islamiyyah tanpa mengira latar belakang yang berbeza.

 

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada penaja-penaja yang telah banyak memberikan sumbangan bagi menjayakan program KRIS’10. Jazakumullahu khairan kathiran (more…)

Kem Anak Soleh 2010 di Masjid Al-Muhajirin

Thursday, April 29th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

AMAL Sarawak, 14 Jamadil Awwal 1431H: Alhamdulillah, pada 24-25 April 2010 bersamaan 9-10 Jamadil Awwal 1431H, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah berjaya menganjurkan Kem Anak Soleh 2010 di Masjid Al-Muhajirin, Taman Matang Jaya, Kuching. 

 

Alhamdulillah, program Kem Anak Soleh 2010 ini berjaya menarik sekitar 90 orang peserta untuk menghadirinya. Secara ringkas, berikut merupakan Jadual Program tersebut:

 

Sabtu (24 April 2010)

8.30 mlm : Pendaftaran

9.00 mlm : Taklimat Program

9.15 mlm : Pecah Bendung

10.30 mlm : Minum malam

11.00 mlm : Muhasabah diri

Oleh : Ust Mohd Nazmi Abd Ghani, IPTAR

12.00 mlm : Tidur

 

Ahad (25 April 2010) 

 

3. 30 pg : Khidmat diri

4.00 pg : Qiamullail

5.15 pg : Solat Subuh Berjemaah/ Mathurat

6.00 pg : Kuliah Subuh

7.00 pg : Riadhah Pagi/ Sarapan

8.00 p : Ceramah Motivasi

Oleh : Hj Yasmin b Hashim, SM St Teresa

9.45 pg : Minum Pagi

10.15 pg : Bengkel Solat

12.30 pg : Makan tengahari/ Solat Zohor

2.00 ptg : Latihan Dalam Kumpulan (LDK 1)

3.15 ptg : Majlis Penutup

4.00 ptg : Solat Asar Berjemaah

4.30 ptg : Bersurai

 

Sebagai perkongsian, berikut disertakan sebahagian gambar aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan: (more…)

Program Talaqqi Kitab & Kelas Bahasa Arab

Wednesday, January 27th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Kelas Pengajian Bahasa Arab

“Gambar: Kelas Bahasa Arab Dewasa AMAL Sarawak di Miri”

AMAL Sarawak, Kuching, 27 Safar 1430H: Sheikh Hassan Al-Banna, pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin, di dalam wasiat sepuluhnya pernah menyebutkan:

“Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur di dalam Bahasa ‘Arab yang betul kerana Bahasa ‘Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.” 

 

Alhamdulillah, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak (Unit Kuching) akan mengadakan Program Talaqqi Kitab & Kelas Bahasa Arab seperti maklumat berikut:

PROGRAM TALAQQI KITAB

Program Talaqqi Kitab Fiqh akan diadakan setiap pagi Ahad bermula jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi. Program ini bermula pada 24 Januari 2010 dengan tenaga pengajar ialah Ustaz Anuar bin Jusoh, Guru J-QAF SK Rakyat Jln Hj Bolhassan yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar dan bekas pelajar Pusat Pengajian Pondok Moden, Yayasan Islam Kelantan. Terbuka kepada semua masyarakat Islam dan tiada yuran dikenakan. PERCUMA. Berminat sila hubungi @ sms ke no 013-3789411 (Ustaz Afnan Faiz Ridzuan).

KELAS BAHASA ARAB

Kelas Tuisyen Bahasa Arab khas untuk murid Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah akan diadakan bermula bulan Februari ini. Kelas untuk murid Sekolah Rendah akan diadakan pada setiap hari Ahad mulai pukul 7.30 hingga 9.30 malam. Kelas pertama akan bermula pada 7 Februari 2010. Manakala kelas untuk pelajar Sekolah Menengah akan diadakan pada setiap hari Isnin mulai pukul 7.30 hingga 9.30 malam. Kelas pertama akan bermula pada 1 Februari 2010. Tenaga pengajar ialah Ustaz Muhammad bin Ismail lulusan Universiti Al-Azhar serta pernah mengikuti Kursus Bahasa Arab di Negara Oman. Yuran pendaftaran sejumlah RM10 dan yuran bulanan sejumlah RM15 dikenakan kepada peserta. Sila daftar segera. Tempat adalah terhad. Berminat sila hubungi @ sms ke no 013-3789411 (Ustaz Afnan Faiz Ridzuan).

Sila rujuk juga: Kelas Pengajian Bahasa Arab Kelolaan AMAL S’wak.

Semoga inisiatif ini akan menjadi sebahagian daripada usaha menambahkan kefahaman ilmu agama dalam kalangan pelajar sekolah dan sekaligus pemerkasaan kaderisasi dakwah. Ya Allah, bimbinglah kami dengan hikmah ilmuMu dalam memperjuangkan agamaMu! Amiin.

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Kuching pada masa akan datang, sila hubungi Saudara Mohd Nor (019-8574578), Saudara Abdul Aziz (019-8874784), Saudara Syamsul Bahri (019-9617951) atau layari laman web www.amalsarawak.net.

Wallahu a’lam bissawab.

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Laporan Program Peningkatan Diri AMAL 2009

Monday, December 28th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

AMAL Sarawak, 11 Muharram 1431H: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah! Berkat kesungguhan dan gerak kerja bersepadu lilLahi Ta’ala dari tenaga Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak dan Bintulu Iqra’ Centre, bertempat di kawasan perkampungan Daerah Bintulu akhirnya berjaya dilaksanakan satu program yang dinamakan Program Peningkatan Diri (PPD) AMAL 2009.

 

Pengarah program PPD AMAL 2009, Saudara Zahari bin Deli bersama-sama dengan tenaga sukarelawan AMAL telah berkampung selama 3 hari 2 malam bermula 25 sehingga 27 Disember 2009 yang lalu. Pelajar yang disasarkan terlibat adalah seramai 25 orang yang mewakili 5 buah kampung yang terdapat di kawasan Bintulu iaitu Kampung Baru Bintulu, Kampung Jepak, Kampung Wawasan Jaya, Kampung Wawasan Rajawali serta Kampung Yoh.

 

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi satu input kepada peserta khususnya kepada golongan pelajar yang telah menamatkan pengajian peringkat SPM dan STPM.

 

Antara aktiviti yang telah dijalankan semasa perlaksanaan program tersebut adalah sesi kuliah, riadah, slot perkongsian ilmu bersama mahasiswa/i dari wakil pelajar yang menuntut di UNIMAS, UNISEL, UTP dan Politeknik Kuching Sarawak. Dua slot khas diadakan sebagai tanda penghargaan kepada masyarakat kampung tersebut adalah sesi Ziarah AMAL untuk memberikan sumbangan kepada golongan miskin, cacat, ibu tunggal, keluarga yang mempunyai bilangan anak yang ramai serta warga tua. (more…)

Sumbangan ‘Aidil Fitri AMAL Di SK South Miri

Saturday, September 12th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Ihya' Ramadhan SK South Miri

AMAL Sarawak, 22 Ramadhan 1430H: Alhamdulillah! Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah menyampaikan Sumbangan ‘Duit Raya’ ‘Aidil Fitri kepada 23 orang murid kurang berkemampuan dan anak yatim sempena program Ihya’ Kemuncak Ramadhan (IKRAM) 1430H di SK South Miri. Sumbangan ini adalah sebahagian daripada aktiviti AMAL Sarawak menjelang Hari Raya ‘Aidil Fitri sebagai memenuhi tanggungjawab dan kasih sayang sesama manusia.

 

Berikut merupakan laporan program tersebut:

 

LAPORAN IHYA’ KEMUNCAK RAMADHAN 1430H  (IKRAM ’09)
SEKOLAH KEBANGSAAN SOUTH, MIRI, SARAWAK

 

Pendahuluan

 

Bulan Ramadhan bulan yang berkat, bulan rahmah dan bulan ibadah, pahala digandakan, doa diterima, bulan Lailatul Qadar yang istimewa.  Setiap tahun semua umat Islam menyambut bulan Ramadhan penuh kerahmatan dengan penuh kesyukuran. Pengisian bulan ini bukan hanya dengan berpuasa, tetapi juga dengan membaca al-Quran. 

 

Oleh yang demikian, Panitia Pendidikan Islam SK South dan Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SK South dengan kerjasama Jawatankuasa Bertindak (TASK FORCE) Pengurusan Kecemerlangan, UPI PPD Miri & Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah mengadakan Ihya’ Kemuncak Ramadhan pada 12 September bersamaan 22 Ramadhan 1430H. Majlis bermula pada 4.30 petang dengan kehadiran guru-guru Islam, ibu bapa dan murid-murid seramai lebih kurang 150 orang.

 

(more…)

Kem Remaja Sayang Diri (RESMI) 2009

Monday, June 29th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Kem Remaja Sayang Diri 2009 (RESMI’09)

“Kem Remaja Sayang Diri 2009 (RESMI’09)”

KEM REMAJA SAYANG DIRI (RESMI ’09), 3-5 Rejab 1430H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

Alhamdulillah, pada 26 – 28 Jun 2009 yang lalu, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak (Unit Kuching) dengan kerjasama JAKIM Cawangan Sarawak telah menganjurkan program Khemah Ibadat Remaja Sayang Diri atau singkatannya RESMI bertempat di Pusat Latihan Sarawak, Telaga Air, Sarawak. Program kendalian Biro Motivasi dan Pembangunan Insan & Biro Pembangunan Wanita dan Keluarga ini telah memfokuskan tarbiyah buat peserta yang terdiri daripada para pelajar sekolah dan anak-anak tentera dengan bertemakan “Generasi Berkualiti Asas Pembinaan Ummah”.

 

Selaras dengan Islam sebagai agama yang syumul yakni lengkap sempurna, selain amat menitikberatkan pembangunan muda-mudi dan remaja Muslim, kem 3 hari ini dirangka khusus sebagai sebahagian daripada usaha membentuk remaja unggul sesuai dengan acuan yang benar berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Perkara ini amat penting kerana remaja itu sendiri merupakan modal insan yang amat bernilai untuk kegemilangan Ummah pada masa akan datang serta merealisasikan Islam kembali bertapak dengan cemerlang, insya Allah.

 

Objektif Kem Remaja Sayang Diri (RESMI) 2009 yang telah digariskan adalah seperti berikut: 

  • Menterjemahkan bahawa pakej Islam adalah sesuai dalam pembentukan peribadi remaja Islam kini.
  • Mengaplikasikan tuntutan berdakwah mengikut landasan yang sebenar melalui penjagaan syariat, membudayakan majlis ilmu dan gerakkerja dalam satu organisasi yang mantap dan selaras dengan Sunnah Rasulullah.
  • Menyahut seruan Kerajaan Malaysia dalam melahirkan Modal Insan Cemerlang untuk merealisasikan hasrat Wawasan Negara.
  • Mengembalikan generasi muda masa kini kepada fitrah kejadian insan yang cemerlang untuk membantu mereka menyedari bahawa mereka merupakan aset bernilai ummah.
  • Mewujudkan perpaduan dan ukhuwwah yang lebih erat antara penggerak Islam di  kalangan remaja serta menyalurkan mereka sebagai tenaga sukarelawan dakwah dan tarbiyah kepada pihak-pihak yang ingin melaksanakan aktiviti Islam seperti AMAL Sarawak
  • Meletakkan AMAL Sarawak di dalam masyarakat sebagai satu medan mendapatkan ilmu dan bimbingan serta sumbangan sosial kepada masyarakat seluruhnya.

Semoga dengan pelaksanaan RESMI ’09 ini telah menjadi satu lagi wadah bagi AMAL Sarawak untuk mengajak remaja kita kepada kehidupan yang diredhai Allah. Diharapkan juga mudah-mudahan program ini telah memberikan sedikit sebanyak impak positif dalam mempamerkan keindahan Islam kepada semua peserta, baik dari sudut akhlak, ibadah, amalan, cara hidup dan sebagainya. Ayuh bersama kita meneruskan perjuangan dakwah dalam mengislahkan masyarakat ke arah yang terbaik dengan menjadikan Allah SWT sebagai tempat tumpuan kecintaan serta Rasulullah SAW dan para sahabat sebagai ‘role model’ kehidupan. Atas segalanya, semoga program ini memberi manfaat ke arah mencari keredhaan Allah dan jalan menuju SyurgaNya yang abadi, abadan abada! Amiin Ya Rabb.

 

[Foto-foto program Kem Remaja Sayang Diri 2009 (RESMI’09)]

 

“Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Ber’amal Kerana Allah”.

Kem Remaja Islam Sarawak (KRIS) 2009

Monday, June 1st, 2009

Kem KRIS 2009 di Miri

KEM REMAJA ISLAM 2009, 4-7 Jamadil Akhir 1430H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

Alhamdulillah, bersama-sama kita merafa’kan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas kurnia dan limpahan rahmatNya, Program Kem Remaja Islam 2009 anjuran Persatuan Mahasiswa Islam Sarawak (PERMIS) dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Cawangan Miri telah berjalan dengan lancar dan jayanya di Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang, Miri pada 29 Mei – 1 Jun 2009 yang lalu. Peserta Kem kali ini adalah seramai 55 orang, iaitu 24 Muslimin dan 31 Muslimat serta terdiri daripada pelajar-pelajar terpilih dari Sekolah-sekolah Menengah di sekitar Miri, Bintulu dan Sibu. Seramai 19 orang Jawatankuasa Pelaksana telah terlibat dalam merealisasikan Program Kem Remaja Islam 2009 yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi UM, UTM, UTP, KIPSAS, UPSI, UPM, Politeknik dan lain-lain.

 

(more…)