Archive for the ‘AMAL Belia’ Category

Kem Ibadah SMK Merbau Bersama Kelab Remaja Amal

Friday, October 14th, 2011

7 Oktober 2011 -9 Oktober 2011, SMK Merbau: Alhamdulillah, Seramai 161 Peserta di kalangan pelajar  tingkatan 1 SMK Merbau, telah menyertai Kem Ibadah SMK Merbau atas anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Moral SMK Merbau dengan kerjasama Kelab Remaja Amal Miri. Kelab Remaja Amal ditubuhkan di awal tahun 2009 merupakan sayap baru Yayasan Amal Malaysia unit Miri bagi memfokuskan pembangunan sakhsiah, akademik, kepimpinan dan keseluruhan kejayaan remaja Islam.  Seramai 13 fasilitator di kalangan mahasiswa dan tenaga teknokrat tempatan serta guru-guru bersama-sama menggemblengkan tenaga untuk kejayaan Kem Ibadah tersebut.

Aktiviti bermula pada 6.30 petang, 7 oktober 2011 dan berakhir pada 11 pagi, 9 oktober 2011. Kem Ibadah SMK Merbau 2011 kali ini menggunakan pendekatan yang berlainan daripada  tahun sebelum-sebelumnya. Konsep santai dan kefahaman terhadap Islam banyak diterapkan kepada pelajar-pelajar dengan pelbagai bentuk modul dan aktiviti, berbanding sebelum ini dengan ceramah-ceramah yang padat.

Berikut merupakan tentatif  bagi program Kem Ibadat SMK Merbau:

Jumaat

Masa

Perkara

6.00 ptg

Pendaftaran peserta dan urus diri

6.40 ptg

Solat Maghrib, Makan Malam dan Taklimat aktiviti dan peraturan sepanjang program

8.00 malam

Solat Isya’ berjemaah

9.00 malam

Ice Breaking

11.00 Malam

Minum Malam

 

Sabtu

5.00

Solat Subuh berjemaah dan Kuliah Subuh

6.30 pagi

Senaman pagi

7.15pagi-8.30 pagi

Sarapan pagi dan persiapan diri

8.30-10.00 pagi

Ceramah 1 :

Siapa diri kita

10-10.30

Rehat

10.30-12 tgh hari

LDK: Who am I?

12.00-1.30 ptg

Makan tengah hari dan solat zuhur berjemaah

1.30-2.30

Ceramah 2: Remaja Hebat bersama Islam

2.30-3.00

Rehat

3.00-4.30

LDK 2 : Asas yang kukuh teras kemenangan

4.30-6.00

Minum petang, solat asar berjemaah dan riadah petang – Game Pit Stop

6.00-7.00

Persiapan diri dan solat Maghrib

7.00-8.00

Kuliah Maghrib (Santai)

8.00-8.15

Solat iSya’

8.15-8.30

Rehat

8.30-9.00

LDK 3: Mengemudi Samudera Perjalanan

9.00-11.00

Refleksi diri/Pelan tindakan

11.00 malam

Supper

Ahad

4.00 pagi

Qiamullail, Solat Subuh berjemaah dan Kuliah Subuh

6.15 pagi -6.45 pagi

Senaman pagi

6.45-8.30 pagi

Sarapan pagi dan urus diri

8.30 pagi -11 pagi

Forum Perkongsian Mahasiswa: ‘From Zero to Hero’

11 pagi – 12 tengah hari

Majlis Penutupan

 

Pada penghujung program, pelajar-pelajar kelihatan lebih termotivasi untuk beribadat dan beramal apabila kefahaman terhadap sesuatu ibadat itu dapat dicapai dan difahami. Senyuman terukir indah pada muka pelajar-pelajar ketika sesi salam bersalaman dengan guru dan fasilitator tanda gembira dan berpuas hati dengan kem yang berlangsung selama 3 hari 2 malam.

Moga-moga program kali ini akan menjadi suatu anjakan paradigma kepada pelajar-pelajar SMK Merbau agar terus cemerlang bukan sahaja pada akademik, tapi pada sahsiah dan peribadi diri sebagai seorang muslim yang bertaqwa.

 

 

Gambar-gambar sepanjang program dijalankan:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kem Remaja Islam Sarawak (KRIS) 2010 – Zon 3

Friday, June 18th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Kem Remaja Islam Sarawak (KRIS) 2010 - Zon 3

Kem Remaja Islam Sarawak (KRIS) 2010 - Zon 3

AMAL Sarawak, 5 Rejab 1431H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

Alhamdulillah, pada 15-17 Jun 2010 yakni bersamaan dengan 2 hingga 4 Rejab 1431H, Kelab Mahasiswa AMAL Sarawak di bawah naungan Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Miri telah menganjurkan Kem Remaja Islam 2010 (KRIS’10) bertempat di Miri, Sarawak. Kem yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri itu mengumpulkan pelajar-pelajar dari 10 buah sekolah menengah yang beragama Islam dari sekitar Miri, Bintulu, dan Limbang.

 

Sila baca juga: Kem Remaja Islam Sarawak (KRIS) 2009 dan Kem Remaja Islam Sarawak (KRIS) 2010 – Zon 1.

 

Program ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan menanam kecintaan kepada cara hidup Islam serta sekaligus memberi kesedaran dan pendedahan tentang kepentingan kecemerlangan akademik kepada para peserta daripada kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah melalui aktiviti-aktiviti seperti kuliah, ceramah, forum, latihan dalam kumpulan dan lain-lain lagi.

 

Secara ringkasnya, berikut merupakan jadual program tersebut:

 

(more…)

Kem Remaja Islam Sarawak (KRIS) 2010 – Zon 1

Monday, June 7th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Citra Ibadah Siri 2

Citra Ibadah Pesona Muslim 2010

AMAL Sarawak, 25 Jamadil Akhir 1431H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

Alhamdulillah, buat ulung-julung kalinya, program Kem Remaja Islam Sarawak 2010 atau nama singkatannya KRIS’10 telah diadakan di Zon 1 bertempat di SMK Sebuyau baru-baru ini. Program bercirikan kepimpinan ini telah dijalankan di Dewan SMK Sebuyau pada 4-6 Jun 2010. KRIS’10 telah dianjurkan oleh Kelab Mahasiswa Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan SMK Sebuyau.

 

Sila baca juga: Kem Remaja Islam Sarawak (KRIS) 2009

 

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana KRIS’10 ini telah berjaya dilaksanakan. Antara objektif kem ini diadakan termasuklah:

 

  1. Mentarbiyyah (mendidik) remaja Muslim supaya tidak terpesong dari landasan Islam yang sebenar,
  2. Menerapkan rasa cinta kepada diri dan benci kepada maksiat,
  3. Membentuk ukhuwah di antara pelajar Muslim dalam satu akidah Islamiyyah tanpa mengira latar belakang yang berbeza.

 

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada penaja-penaja yang telah banyak memberikan sumbangan bagi menjayakan program KRIS’10. Jazakumullahu khairan kathiran (more…)

Tamrin Belia: Citra Ibadah Pesona Muslim 2010

Sunday, May 16th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Citra Ibadah Siri 2

Citra Ibadah Pesona Muslim 2010

AMAL Sarawak, 2 Jamadil Akhir 1431H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

  

Alhamdulillah, program Citra Ibadah Pesona Muslim Sesi 2010 telah berjaya dilangsungkan pada 14-16 Mei 2010 yang lalu. Tamrin atau Latihan Kepimpinan dan Dakwah ini merupakan hasil jalinan kerjasama yang erat antara Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri dan Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak.

  

Program 3 hari 2 malam ini telah diadakan di Teratak Al-’Amalulillah, Kampung Muhibbah, Niah, Miri, Sarawak. Seramai 74 peserta terdiri daripada para pelatih IKBN telah menyertai pelbagai aktiviti menarik dan mencabar yang telah disusun sebagai modul kepimpinan belia. Antaranya termasuklah slot Ceramah dan Kuliah Dasar, LDK, Sesi Muhasabah, Kembara Alam, Kembara Malam dan sesi riadhah. Sukarelawan AMAL Sarawak dari Miri telah memberi komitmen jitu sebagai fasilitator bersama kakitangan IKBN dan penduduk kampung dalam menjayakan misi kali ini.

  

Antara objektif program berorientasikan ReThink, ReFocus, ReLearn, ReEnergize ini dilaksanakan termasuklah:

 

  1. Mengenal, memahami dan sekaligus dapat memanifestasikan erti kecemerlangan insan yang sebenar
  2. Melestarikan kemahuan membara (burning desire) serta meningkatkan nyala rasa, kekuatan semangat dan ketahanan diri untuk mencapai kecemerlangan berlandaskan persoalan 4W 1H: What, Why, When, Where, How?.
  3. Memantapkan ciri-ciri pemimpin dalam diri belia dan sekaligus membentuk jati diri yang mantap serta berjiwa besar
  4. Penerapan unsur-unsur penghayatan Islam yang syumul khususnya dalam penguasaan ilmu pengetahuan (fardhu ‘ain dan fardhu kifayah) pada diri belia.

  

Insya Allah, riang tawa, air mata, suka duka dan pelbagai rasa-rasa yang dikongsi bersama antara urusetia, fasilitator dan peserta akan menjadi memori indah yang tidak akan dilupakan. Mudah-mudahan ianya akan membawa khair (kebaikan) ke arah kecemerlangan dunia dan Akhirat. (more…)

Operasi Khidmat Masyarakat di Kpg Sg Lumut

Sunday, March 14th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Khidmat Masyarakat di Sg Lumut Kuching

Khidmat Masyarakat di Sg Lumut Kuching

AMAL Sarawak, 28 Rabi’ul Awwal 1431H: Alhamdulillah, semalam Sabtu, 13 Mac 2010 seramai hampir 30 orang sukarelawan Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Kg Sungai Lumut telah bergabung tenaga untuk menjayakan program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) di Kampung Sungai Lumut, Kota Samarahan, Kuching.

 

Program dengan tema “Let Islam Guide Our Life” diadakan dengan tujuan seperti berikut:

 

1. Menterjemahkan bahawa pakej Islam adalah pembawa Rahmah untuk seluruh umat Islam.
2. Mengaplikasikan tuntutan berdakwah kepada masyarakat agar mereka tidak tercicir daripada pelaksanaan syariat yang syumul  dalam melusuri hidup sebagai Muslim sejati.
3. Menyahut seruan Kerajaan Malaysia dalam melahirkan Umat yang prihatin kepada semua lapisan masyarakat untuk membentuk masyarakat yang harmoni dan berilmu.
4. Meletakkan AMAL Sarawak di dalam masyarakat sebagai satu medan dakwah sesama Muslim dan membuka ruang menimba ilmu dan pengalaman serta bimbingan kerjasama sosial, dakwah dan tarbiyah  bersama masyarakat.

 

Program tersebut dimulakan dengan Bengkel Bestari Solat untuk anak-anak berumur 7-18 tahun. Dalam masa yang sama, Pertandingan Mewarna bagi anak-anak pra-sekolah turut diadakan. Penyertaan melibatkan hampir 80 orang peserta keseluruhannya.

 

Selepas Bengkel Bestari Solat dan Pertandingan Mewarna, program diteruskan dengan Ceramah Motivasi dan Keibubapaan bersama para ibu dan bapa serta anak-anak oleh Ustaz Mohd Izwan Md Yusof dari Pusat Latihan Sarawak JAKIM.

 

Untuk gambar-gambar program, sila klik di sini>>di sini>>, di sini>>, di sini>>,  di sini>>, di sini>>, di sini>>, di sini>> dan di sini>>

 

Majlis Penutupan telah diserikan dengan Ucapan Alu-aluan oleh Saudara Abd Azeez Mohamad, Naib Pengerusi 1 mewakili Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak. Ucapan perasmian penutupan pula telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Yusof selaku Pengerusi Masjid Kg Sg Lumut.

 

Selain itu, tidak ketinggalan juga ialah penyerahan sumbangan kepada faqir miskin oleh Tuan Md Noor, Ketua AMAL Sarawak Unit Kuching dan dibantu Ustaz Afnan Faiz Ridzuan, Saudara Abd Walik Sulaiman dan Ustazah Meriyusnita Rajab serta 4 kumpulan yang dibahagikan untuk menyampaikan sumbangan.

 

(more…)

Masjid Ar-Rayyan Ungguli Cabaran Futsal 1431H

Monday, March 8th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Futsal Tournament 1431H

Cabaran Futsal Masjid-masjid & Surau-surau 2010

AMAL Sarawak, 22 Rabi’ulAwwal 1431H: Alhamdulillah. Cabaran Futsal antara Masjid-masjid & Surau-surau Bahagian Miri 2010 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 6-7 Mac 2010 bersamaan dengan 20-21 Rabi’ulAwwal 1431H bertempat di Gelanggang Futsal IKBN Miri. Program sukan dan riadhah ini merupakan anjuran bersama Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak, Jawatankuasa Tetap Aktiviti Islam Miri (JATAIM), Pejabat Agama JAIS Bahagian Miri, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri dan Masjid An-Nur Pujut Tanjung Batu sempena sambutan Maulidur Rasul 1431H.

 

Masjid Ar-Rayyan (B) Permyjaya telah muncul juara Cabaran Futsal 1431H pada kali ini setelah menewaskan Surau Darul Tassim Kampung Katong 5-1 pada perlawanan akhir. Manakala Surau Al-Jawahir (A) IKBN Miri pula menduduki tempat ke-3 setelah menewaskan Masjid Ar-Rayyan (A) Permyjaya dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan penentuan tempat ke-3/4. Terdahulu dalam perlawanan separuh akhir, Surau Darul Tassim menewaskan Surau Al-Jawahir (A) 2-1 manakala Masjid Ar-Rayyan (B) menewaskan pasukan sepelatihan mereka Masjid Ar-Rayyan (A) 2-0.

 

Sebanyak 17 pasukan yang terdiri daripada Masjid, Surau dan Jabatan Agama telah mengambil bahagian di dalam kejohanan futsal pada kali ini. Berikut merupakan senarai pasukan yang telah dibahagikan kepada 4 kumpulan yang bermain secara liga:

 

 KUMPULAN A:

1. Masjid Ar-Rayyan (A), Permyjaya

2. Surau Darul Tassim, Kpg Katong

3. Masjid Darul Istiqamah, Luak

4. Masjid Darul Hana, Lambir

5. Masjid An-Nur (A), Pujut Tanjung Batu

 

KUMPULAN B:

1. Surau Al-Jawahir (B), IKBN Miri

2. Surau Sinar Islam (A), Kpg Pulau Melayu

3. Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak

4. JAKIM Unit Miri

 

KUMPULAN C:

1. Surau Al-Jawahir (A), IKBN Miri

2. Masjid Ar-Rayyan (B), Permyjaya

3. Surau M-COT, Petronas

4. Masjid Al-Firdaus, Taman Tunku

 

KUMPULAN D:

1. Surau Sinar Islam (B), Kpg Pulau Melayu

2. Surau Darul Ibadah, PGA Miri

3. Masjid An-Nur (B), Pujut Tanjung Batu

4. JAIS Bahagian Miri

 

Majlis Perasmian dan Sepak Mula kejohanan telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Lee Kim Shin, Menteri Muda Perhubungan dan Menteri Muda Sukan Sarawak.  Turut hadir ketika majlis perasmian termasuk Saudara Engr Muhtar Bin Haji Suhaili (Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak), Datu Engr Haji Wan Kassim Bin Tuanku Zubir (Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS)), Encik Abdul Aziz Bin Mohd Yusuf (Timbalan Residen Bahagian Miri merangkap Pengerusi JATAIM), Encik Rosdi Bin Sokri (Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri), Ustaz Haji Rosli Bin Haji Arup (Ketua Penolong Pengarah Zon Utara JAIS), Saudara Mohd Junaidi Bin Samsudeen dan Saudara Mohd Latip Bin Othman (Pengarah Bersama Cabaran Futsal 1431H), ahli-ahli jawatankuasa pengelola, sukarelawan-sukarelawan AMAL Sarawak dan pemain-pemain berserta penyokong masing-masing.

 

Saudara Muhtar Bin Haji Suhaili di dalam ucapan alu-aluannya telah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua dif-dif kehormat dan pasukan yang telah mengambil bahagian di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Kejohanan kali ini merupakan kali kedua dianjurkan oleh Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak setelah Kejohanan Futsal AMAL Merdeka 2009 pada tahun lepas. (more…)

Cabaran Futsal Masjid-masjid & Surau-surau 2010

Monday, March 1st, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Futsal Tournament 1431H

Futsal Tournament 2010

[Cabaran Futsal 2010/ 1431H terbuka kepada semua Masjid-masjid dan Surau-surau di Bahagian Miri. 6-7 Mac 2010. Gelanggang Futsal IKBN Miri. Perlawanan liga. Wajib menutup aurat. Majlis undian pada 4 Mac 2010, 8.30mlm di KBN Miri. Maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Mohd Junaidi Samsudeen - 0168705641 atau Saudara Mohd Latip Othman - 0165669030.  Sila baca juga Laporan Program Futsal AMAL Merdeka 2009, 24 Pasukan Sertai Futsal AMAL Merdeka 2009, Surau At-Taqwa Ungguli Futsal AMAL Merdeka ‘09]

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Kem Bina Sahsiah 2010: “Masih Ada Yang Sayang”

Wednesday, February 24th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Kem Bina Sahsiah @ PUSPEN

AMAL Sarawak, 10 Rabi’ul Awwal 1431H:  Alhamdulillah. “Masih ada yang sayang”. Itu adalah ucapan yang sesuai untuk pelatih-pelatih di Pusat Serenti yang sekarang dikenali dengan Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (PUSPEN). Walaupun sebesar mana kesalahan yang pernah dilakukan tetapi ingatlah bahawa Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Atas dasar itulah pada 19 dan 20 Februari 2010 (Jumaat & Sabtu) yang lalu telah diadakan Kem Bina Sahsiah di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kuching.

 

Program ini adalah anjuran Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak Unit Kuching. Sasaran adalah pelatih fasa 2.3 dan 4 yang beragama Islam. Program bermula pada Jumaat malam dengan sesi pendaftaran pada pukul 8.30 malam. Selepas itu, peserta terus mengikuti sesi ice-breaking dan ta’aruf. Kemuncak aktiviti pada malam tersebut adalah sesi muhasabah diri yang dikendalikan oleh Ustaz Mohd Izwan b Yusof, Pensyarah Pusat Latihan Sarawak, JAKIM. Sesi ini tamat pada pukul 11.00 malam dan disudahi dengan penyampaian cenderahati daripada Ustaz Jamaluddin, Pegawai Agama PUSPEN.

 

Pada keesokannya, peserta berqiamullail seawal 3.30 pagi dengan diimamkan oleh Ustaz Tarmizi b Hussein Al-Hafiz, Imam 1 Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma. Walaupun hujan lebat tetapi peserta dapat bangun awal untuk merintih dan bermunajat kepada Khaliq yang Maha Esa. Peserta telah mengerjakan solat sunat tahajjud, solat sunat taubat, solat sunat hajat dan solat sunat witir dengan bimbingan tuan imam jemputan.

 

Pada pukul 8.30 pagi 20 Februari 2010, peserta telah mendengar ceramah yang disampaikan oleh Hj Yasmin b Hasyim, Guru SMK St Teresa, Kuching. Ceramah ini berkisar tentang “Makna Kehidupan BerTuhan”. (more…)

Forum Perdana, Ceramah, Ziarah Dakwah & Futsal

Monday, February 15th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Jom Cintai Rasulullah SAW

Jom Cintai Rasulullah SAW

[Program dan aktiviti seperti Ceramah-ceramah, Ziarah Dakwah, Tilawah Al-Qur'an, Futsal dan Forum-forum Perdana sempena Kempen Cintai Rasulullah SAW anjuran Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam dan Jabatan Agama Islam Sarawak dari 10 Februari 2010 sehingga 7 Mac 2010. Muslimin dan Muslimat dijemput turut serta mengambil bahagian. Untuk mendapatkan maklumat penuh program, sila klik di sini>>]

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Laporan Program Diskusi “Remaja & Hedonisme”

Saturday, August 29th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Diskusi Remaja: “Remaja & Hedonisme”

AMAL Sarawak, 8 Ramadhan 1430H: Alhamdulillah! Program Diskusi Remaja: “Remaja & Hedonisme” telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 29 Ogos 2009 bertempat di Dewan Auditorium Utama, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri bermula jam 8.00 pagi dan tamat sekitar 11.00 pagi. Seramai lebih kurang 200 orang hadirin kebanyakannya remaja dan belia telah hadir ke program diskusi yang membawa tajuk “Remaja dan Hedonisme” ini.

 

Tuan Ramli bin Haji Rashidi (Pengarah ILP Miri) telah sudi hadir merasmikan program yang menampilkan 3 orang ahli panel iaitu Ustaz Hj Sarbini Hj Dahlan (Pegawai Latihan Dakwah HIKMAH), Cik Seraji Hj Zawawi (Pegawai Psikiatri, Unit Psikiatri Hospital Miri) dan Encik Burhanuddin Abdul Hakim (Pegawai AADK Miri), manakala Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif sebagai moderator diskusi.

 

Perbincangan amat menarik telah disajikan dengan Ustaz Hj Sarbini berkongsi pengalaman dakwah bersama remaja, Cik Seraji berkisah tentang masalah-masalah pesakit mental dan tekanan-tekanan yang biasa dialami oleh remaja yang berkait dengan hedonisme dan Encik Burhanuddin menarik perhatian penonton dengan pengalaman benarnya beserta nasihat-nasihat bermakna sebagai bekas penagih dadah selama 10 tahun yang kini telah insaf.

 

Turut hadir sebagai tetamu kehormat ialah Temenggong Tuan Haji Abdul Rahman Fadzail (merangkap Pengerusi HIKMAH Miri), Ustaz Haji Rosli Arup (Ketua Penolong Pengarah JAIS Zon Utara Sarawak), Puan Hajah Juliyanah Abdul Hamid (Pengurus Besar Kompleks Kebajikan Hamidah), Puan Marini Juraibi (Ketua Cawangan Miri Tabung Baitulmal Sarawak), Ustaz Mohd Baizuri Sulaiman (Pemangku Ketua JAKIM Miri) dan Cik Felynora (Wakil AADK Miri).

 

(more…)

Program Diskusi Remaja: “Remaja & Hedonisme”

Friday, August 21st, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Diskusi Remaja AMAL 2009

Diskusi Remaja 2009. Semua remaja, pelajar sekolah dan ibubapa dijemput hadir. “Remaja Cemerlang, Ummah Gemilang!”. 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Sumbangan Kepada Pelajar Institut Tahfiz Bintulu

Monday, August 17th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Sumbangan Kepada Pelajar Institut Tahfiz Bintulu

 

AMAL Sarawak, 25 Sya’ban 1430H: Alhamdulillah. Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dengan kerjasama Bintulu Iqra’ Center (BIC) telah membuat kunjungan ke Institut Tahfiz Bintulu (ITB) atas jemputan Pengerusi ITB, Tuan Haji Yaacob Juned pada 16 Ogos 2009. Di kesempatan ini, AMAL dan BIC telah menyumbang barangan kepada para pelajar sebagai persediaan dan peringatan tentang kehadiran Ramadhan yang bakal tiba hanya beberapa hari sahaja lagi.

 

Program ini turut disertai oleh Biro Wanita Masjid Darul Hidayah yang menyumbangkan juga cenderamata untuk pelajar ITB. Kehadiran dianggarkan 50 orang hampir memenuhi dewan ITB. Program bermula pada pukul 9 malam dimulai dengan ucapan Ustaz Salehudin selaku Penasihat ITB merangkap Penasihat BIC dan seterusnya ucapan daripada Pengerusi Masjid Darul Hidayah Tuan Haji Ir. Mohd Nasser Abd Wahab dan diakhiri dengan ucapan Ustaz Syahrizan yang akan meninggalkan ITB untuk menyambung pengajian beliau ke peringkat yang tertinggi.

Program berakhir pada pukul 10.30 malam selepas penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar dan cenderamata dari pihak AMAL dan BIC kepada Masjid Darul Hidayah dan ITB. Para jemputan menikmati jamuan ringan sebagai penutup program malam tersebut.

Untuk keterangan lanjut program-program Karnival AMAL Merdeka Edisi Ramadhan 1430H di Bintulu, sila hubungi Ustaz Salehuddin Abu Samah (019-4823755), Ustaz Abdul Halim Abdul Kadir (019-3491567), Ustaz Sardi Ismail (013-9235267), Saudari Hafsah Mardiah (019-9805803) atau layari laman web www.amalsarawak.net.

 

Wallahu a’lam bissawab.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH” 

Laporan Program Larian AMAL Merdeka 2009

Saturday, August 15th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

VIP, Jawatankuasa Pelaksana bersama Pemenang Larian AMAL Merdeka 2009

 

AMAL Sarawak, 23 Sya’ban 1430H: Alhamdulillah! Seramai 246 peserta telah mengambil bahagian di dalam program Larian AMAL Merdeka 2009 anjuran Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dengan kerjasama Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Miri yang telah berlangsung pada 15 Ogos 2009 bermula 6.30 pagi bertempat di Kampung Sukan Petronas Miri.

 

Sila baca juga: Laporan Larian AMAL Merdeka 2008.

 

Presiden Yayasan AMAL Malaysia, Tuan Haji Hussin Ismail dan Pegawai Pemulihan AADK Miri, Encik Dino Mat Derus telah hadir sebagai tetamu kehormat. Tuan Haji Hussin juga seterusnya telah melancarkan secara rasminya program Karnival AMAL Merdeka 2009. Hadir sama pada majlis perasmian ialah Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak Saudara Muhtar Suhaili, Pegawai Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Miri Ustaz Malsiron Rogikin, Matron Hospital Umum Miri Puan Hajjah Rosena Gani, Pengarah Karnival AMAL Merdeka Saudara Mohd Azwani Abdul Rani dan Pengurus Larian AMAL Merdeka 2009 Saudara Mohd Firman Mohd Yusoff.

 

Kategori 15 Tahun - 24 Tahun Lelaki

Kategori 15 Tahun - 24 Tahun Lelaki

Kategori 25 Tahun Ke Atas Lelaki

Kategori 25 Tahun Ke Atas Lelaki

Kategori 25 Tahun Ke Atas Perempuan

Kategori 25 Tahun Ke Atas Perempuan

Kategori 15 Tahun - 24 Tahun Perempuan

Kategori 15 Tahun - 24 Tahun Perempuan

Peserta Tertua, Mr. Terence Stevenso, Berusia 62 Tahun, Asal New Zealand

Peserta Tertua, Mr. Terence Stevenson, Berusia 62 Tahun, Asal New Zealand

 

Di dalam ucapan perasmiannya, Tuan Haji Hussin menyatakan: “Yayasan AMAL Malaysia adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dengan pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan dalam dan luar negara. Setakat ini, AMAL Malaysia telah terlibat dalam 26 misi kemanusiaan antarabangsa selain pelbagai misi tempatan.

 

Sepanjang 8 tahun penubuhannya dengan bermottokan “Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Beramal Kerana Allah”, banyak pengajaran dan iktibar kepada gerak kerja Yayasan AMAL di peringkat nasional. Selain itu, bermula dengan bencana Tsunami di Acheh, kemudian gempa bumi di Balakot Pakistan, Yogjakarta Indonesia dan Guan Yuan China, serta terbaru misi kemanusiaan ke Gaza Palestin mematangkan lagi gerak kerja dan khidmat AMAL Malaysia dalam masyarakat di peringkat global. Malah, AMAL Malaysia telah diiktiraf oleh Wisma Putra Kementerian Luar Malaysia dan diberi amanah sebagai salah satu daripada 13 NGO untuk membantu dalam misi kemanusiaan Palestin.

 

(more…)

Laporan Program Futsal AMAL Merdeka 2009

Sunday, August 9th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

VIP, Jawatankuasa Pelaksana bersama Pasukan Surau Al-Jawahir, Naib Juara<br /> Kejohanan

 

AMAL Sarawak, 18 Sya’ban 1430H: Alhamdulillah! Pasukan Surau At-Taqwa Riam berjaya menjuarai pertandingan Futsal AMAL Merdeka 2009 anjuran Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak yang telah berlangsung pada 8-9 Ogos 2009 bertempat di Gelanggang Futsal Piasau Fasa 1, Miri.

 

Pada perlawanan akhir, Surau At-Taqwa Riam telah menang ke atas Surau Al-Jawahir IKBN dengan jaringan 5-2. Sementara itu, tempat ke-3 telah disandang oleh Masjid Darul Khairat Bakam yang berjaya menang tipis 2-1 ke atas Surau Darul Ibadah Penjara Miri dalam perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-4.

 

Sebanyak 24 pasukan telah mengambil bahagian di dalam kejohanan futsal selama 2 hari ini yang diadakan bagi merancakkan lagi program Karnival AMAL Merdeka 2009. Pasukan tersebut termasuklah AMAL Sarawak A, AMAL Sarawak B, Masjid An-Nur A, Masjid An-Nur B, Masjid Ar-Rayyan A, Masjid Ar-Rayyan B, Masjid Ar-Rayyan C, Masjid An-Na’im A, Masjid An-Na’im B, Masjid An-Na’im C, Masjid Nur Hijrah, Masjid Nurul Iman, Masjid Darul Istiqamah, Masjid Darul Khairat, Surau Darul Taqwa, Surau Darul Ibadah, Surau Ulumiyyah, Surau Al-Jawahir, RT Piasau A, RT Piasau B, SKH FC, Putra FC, BAKIP Petronas dan PKPIP Shell.

 

Finalist Futsal AMAL Merdeka

Finalist Futsal AMAL Merdeka

Tempat Ke 3-4 Futsal AMAL Merdeka

Tempat Ke 3-4 Futsal AMAL Merdeka

 Sila klik link untuk foto program: Link 1», Link 2».

 

Ustaz Hj Rosli Arup, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam (JAIS) Zon Utara Sarawak telah hadir merasmikan majlis penutupan sekaligus sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang Futsal AMAL Merdeka. (more…)

Perlawanan Persahabatan AMAL Sarawak FC

Sunday, July 12th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

AMAL FC vs KRIS 2009

[30 Mei 2009: AMAL Sarawak FC menang ke atas Team KRIS 3-2]

AMAL FC vs Kolej Hj Bujang

[10 Julai 2009: AMAL Sarawak FC tewas tipis kepada Kolej FC 1-2]

AMAL FC vs Ar-Rayyan FC

[18 Julai 2009: AMAL Sarawak FC kalah kepada Ar-Rayyan FC 1-3]

Citra Ibadah Pesona Muslim Siri 2 2009

Monday, May 18th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Citra Ibadah Siri 2

Citra Ibadah - Kembara

     

AMAL Sarawak, 23 Jamadil Awwal 1430H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

Alhamdulillah, program Citra Ibadah Pesona Muslim Siri 2 2009 telah berjaya dilangsungkan pada 15-17 Mei 2009 yang lalu. Program ini adalah kesinambungan Citra Ibadah Pesona Muslim Siri 1 yang telah diadakan minggu sebelumnya dan merupakan hasil jalinan kerjasama yang erat antara Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri.

 

Program 3 hari 2 malam ini telah diadakan di Soon Hup Villa, Miri, Sarawak. Seramai 99 peserta terdiri daripada para pelatih IKBN dan ILP telah menyertai pelbagai aktiviti menarik dan mencabar yang telah disusun sebagai modul kepimpinan belia. Antaranya termasuklah slot Ceramah dan Kuliah Dasar, LDK, Sesi Muhasabah, Kembara Alam, Kembara Malam dan sesi riadhah. Sukarelawan AMAL dari Miri dan Bintulu juga telah memberi komitmen jitu bersama kakitangan IKBN dan ILP dalam menjayakan misi kali ini.

 

Antara objektif program berorientasikan ReThink, ReFocus, ReLearn, ReEnergize ini dilaksanakan termasuklah:

 

  1. Mengenal, memahami dan sekaligus dapat memanifestasikan erti kecemerlangan insan yang sebenar
  2. Melestarikan kemahuan membara (burning desire) serta meningkatkan nyala rasa, kekuatan semangat dan ketahanan diri untuk mencapai kecemerlangan berlandaskan persoalan 4W 1H:  What, Why, When, Where, How?.
  3. Memantapkan ciri-ciri pemimpin dalam diri belia dan sekaligus membentuk jati diri yang mantap serta berjiwa besar
  4. Penerapan unsur-unsur penghayatan Islam yang syumul khususnya dalam penguasaan ilmu pengetahuan (fardhu ‘ain dan fardhu kifayah) pada diri belia.

 

Insya Allah, riang tawa, air mata, suka duka dan pelbagai rasa-rasa yang dikongsi bersama antara urusetia, fasilitator dan peserta akan menjadi memori indah yang tidak akan dilupakan. Mudah-mudahan ianya akan membawa khair ke arah kecemerlangan dunia dan Akhirat.

 

Adalah menjadi harapan semua semoga kelangsungan aktiviti-aktiviti sebegini akan terus bercambah dan subur di bumi Sarawak tercinta. Syukran jazilan kepada para peserta dan jawatankuasa pelaksana kerana telah memberi kerjasama dan komitmen yang hebat sepanjang program. Jazakumullahu khairan kathira. Semoga program ini memberi manfaat ke arah mencari keredhaan Allah dan jalan menuju SyurgaNya yang abadi, abadan abada! Amiin Ya Rabb.

 

“Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Ber’amal Kerana Allah”.

Citra Ibadah Pesona Muslim Siri 1 2009

Monday, May 11th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Citra Ibadah Siri 1

Hanya Lillahi Ta'ala

                                            

AMAL Sarawak, 16 Jamadil Awwal 1430H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

Alhamdulillah,  pada 8-10 Mei 2009, Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri buat tahun ke-2 berturut-turut berjaya menganjurkan  program Citra Ibadah Pesona Muslim Siri 1 2009. Seramai 84 peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar IKBN dan ILP telah mengikuti program 3 hari 2 malam ini bertempat di Kampung Muhibbah, Niah, Miri. Kakitangan IKBN dan ILP bersama-sama sukarelawan-sukarelawan AMAL juga telah memberikan kerjasama dan komitmen yang baik bagi memastikan program tersebut berjalan lancar.

 

Objektif utama program ini adalah untuk menerapkan kefahaman kepada para pelajar bahawa Kesempurnaan Ibadah Asas Kejayaan. Antara pegisian- pengisian yang telah diaturkan sepanjang program adalah Pengisian Ceramah dan Tazkirah yang telah disampaikan oleh Ustaz Sheikh Hanafi (dijemput khas dari Dungun, Terengganu), Saudara Muhtar Suhaili, Ustaz Zulhasni (dijemput khas dari Kota Kinabalu, Sabah) dan Ustaz Azatul Ridhwan. Selain pengisian ceramah, aktiviti-aktiviti lain yang turut dilaksanakan termasuklah Perbincangan Kumpulan, Kembara Alam, Praktikal Solat dan persoalan-persoalan berkaitan dengannya, Qiammullail dan gotong-royong membersihkan kubur. Program ini telah ditangguhkan dengan rasminya oleh Encik Imran bin Antoh, Penolong Pengarah IKBN.

 

Alhamdulillah, tahniah dan terima kasih kepada semua urusetia, penceramah, fasilitator dan para peserta di atas semangat, kesungguhan dan kemahuan membara yang ditunjukkan sepanjang program ini. Mudah-mudahan kita semua telah mendapat manfaat dan beroleh kekuatan untuk terus ber’amal kerana Allah serta menjadi insan cemerlang di Sekolah Kehidupan. Sehingga berjumpa lagi di puncak kejayaan. Semoga kita akan tergolong dalam hambaNya yang bertaqwa dan berbahagia bersama-sama di Akhirat sana. Amiin.

 

“Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Ber’amal Kerana Allah”.