Archive for the ‘AMAL Kemasyarakatan’ Category

Operasi Khidmat Masyarakat BIC-NISA’-AMAL

Sunday, July 25th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) BIC-NISA'-AMAL

Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) BIC-NISA'-AMAL

AMAL Sarawak, 13 Syaaban 1431H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Agung lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) anjuran Bintulu Iqra’ Center (BIC) dengan kerjasama Nisa’ Cawangan Bintulu dan Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah berjaya dijalankan pada Ahad, 25 Julai 2010 bersamaan 13 Syaaban 1431H bertempat di perkarangan Masjid Kampung Jepak, Bintulu.

Sila klik di sini untuk foto-foto program »».

Sekalung ucapan tahniah kepada jawatankuasa penganjuran kerana berjaya mengadakan program khidmat masyarakat ini dengan jayanya. Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat dan orang ramai yang memberi sokongan kepada usaha murni ini.

 

Semoga semua kerja buat ikhlas tuan/puan dicatatkan sebagai amal jariah dan mendapat ganjaran pahala serta keberkatan dari Allah SWT. Jazakumullahu khairan kathiran, semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan.

 

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Bintulu, sila hubungi Ustaz Salehuddin Abu Samah (019-4823755), Ustaz Sardi Ismail (013-9235267), Ustaz Ibrahim Mat Isa (019-4535119), Saudari Hafsah Mardiah (019-9805803) atau layari laman sesawang www.amalsarawak.net.

 

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

Wallahu a’lam bissawab.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Pemeriksaan Kesihatan Percuma AMAL-PAPISMA

Sunday, June 20th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma AMAL-PAPISMA

Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma AMAL-PAPISMA

AMAL Sarawak, 7 Rejab 1431H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

Alhamdulillah, Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Persatuan Perubatan Ibnu-Sina Malaysia (PAPISMA) telah berjaya mengadakan Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma pada masa seperti berikut:

 Tarikh: 20hb Jun 2010 (Ahad)
 Masa: Bermula jam 8.30 pagi
 Lokasi: Perkarangan Masjid Al-Firdaus,

           Taman Tunku Miri

 

Yayasan AMAL Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Masjid Al-Firdaus, Taman Tunku atas kesudian menerima kunjungan kami. AMAL-PAPISMA turut  mengucapkan jazakumullahu khairan kathiran kepada Encik Idris Yasin, Dr. Mohd Syahid, Dr. Aizuddin, Dr. Azizul, Dr Isnani dan semua yang terlibat menjayakan program tersebut.

 

Insya Allah AMAL Sarawak dan PAPISMA akan meneruskan program seumpama ini pada masa akan datang sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial dan agama. Semoga segalanya khair dan diterima sebagai amal soleh olehNya.

 

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Miri pada masa akan datang, sila hubungi Saudara Muhtar Suhaili (016-8909717), Ustaz Shahrul Ramadhan Shuib (013-2821445), Saudari Wan Lydia Salmi Wan Junaidi (016-8509242), Ustazah Hasnita Mohd Rejab (019-5566078) atau layari laman sesawang www.amalsarawak.net.

 

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

Wallahu a’lam bissawab.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Program Berambeh Saudara Kita Bahagian Sarikei

Tuesday, May 11th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Program Berambeh Saudara Kita SarikeiProgram Berambeh Saudara Kita Sarikei

AMAL Sarawak, 26 Jamadil Awal 1431H: Alhamdulillah. Marilah kita meningkatkan motivasi dengan mengambil semangat dari Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Jika Allah SWT memberi hidayah kepada seorang lelaki (atau wanita) lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” (Hadith Riwayat at-Tabrani)   

 

Alhamdulillah, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak Unit Sarikei yang baru dilancarkan pada 13 Februari 2010 yang lalu berjaya memulakan langkah berbakti kepada masyarakat dengan turut sama menjayakan program Berambeh Saudara Kita Bahagian Sarikei pada 9-11 Mei 2010. Majlis yang bersejarah itu diadakan di perkampungan Saudara Kita, Kampung al-Falah, Sungai Gemuan, Bintangor. Ketua AMAL Unit Sarikei, Ustaz Zamri Rajab bersama-sama Ustaz Mohd Syukri dan Saudara Mohd Zulfikar telah menghadiri majlis perasmian program yang julung-julung kalinya diadakan di Sarikei.

 

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan tali silaturrahim bersama Saudara Kita @ Muallaf, memberikan pengisian-pengisian ilmiah dan asas-asas Islam serta menyelami isi hati dan permasalahan yang dihadapi. Majlis perasmian program telah diadakan pada 9 Mei 2010 bermula jam 2.30 petang dan acara perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Haji Mohammad Asfia bin Awang Nassar, Speaker DUN Sarawak.

 

Program berambeh kali ini adalah hasil kerjasama gabungan pertubuhan Islam setempat yang terdiri daripada;

 

1. Pejabat Agama Islam Bahagian Sarikei,
2. Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Sarikei,
3. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
4. Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak,
5. YADIM Cawangan Sarawak,
6. PERKIM Bahagian Sarikei,
7. HIKMAH Daerah Bintangor-Sarikei,
8. Jabatan Kehakiman Syariah Bahagian Sarikei,
9. Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Bintangor, dan
10. Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sarikei.

 

(more…)

Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Segan

Sunday, March 21st, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Ziarah AMAL Ke Kuala Segan.JPG

AMAL Sarawak, 5 Rabi’ul Akhir 1431H: Alhamdulillah. Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dan Bintulu Iqra’ Center (BIC) telah berjaya mengadakan Ziarah Dakwah Siri 1 2010 ke Kg Kuala Segan pada Sabtu, 20 Mac 2010. Program ini turut disertai juga oleh Jawatankuasa Kakitangan Islam ABF (JASA ABF) dan L-Tune Motor Club. Program ini juga adalah kesinambungan Ziarah AMAL Sarawak ke Kuala Segan sempena Ramadhan 1430H yang lalu. Laporan: Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Segan.

 

Program bermula pada pukul 4 petang dengan Solat Asar berjamaah bersama dengan penduduk kampung di Surau Darul Yakin. Selepas solat Asar, taklimat perjalanan program telah diberikan kepada semua sukarelawan ziarah oleh pengerusi Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan AMAL Sarawak, Ustaz Ibrahim Bin Mat Isa.

 

Aktiviti ziarah ke rumah telah dipecahkan kepada 2 kumpulan yang mana setiap kumpulan telah menziarahi 10 buah rumah dengan diketuai oleh ketua masing-masing. Ketua kumpulan 1 diketuai oleh Ustaz Ibrahim Mat Isa, manakala ketua kumpulan 2 diketuai oleh Ustaz Mohd Sardi Ismail.

 

Pihak kami telah menyediakan sumbangan berbentuk barang-barang asasi yang terdiri daripada beras, gula, tepung, bawang, minyak, garam dan bihun. Walaupun barang-barang ini kecil nilainya tetapi penerima mengucapkan syukur kepada Allah dan mengucapkan terima kasih di atas kunjungan dan ziarah tersebut.

 

Aktiviti ziarah selesai lebih kurang pada pukul 6.30 petang. Seterusnya para sukarelawan AMAL Sarawak bersama-sama masyarakat Islam Kg Kuala Segan telah bersama-sama menunaikan solat fardhu Maghrib berjamaah dan seterusnya ucapan terima kasih daripada pihak AMAL Sarawak yang telah diwakili Ustaz Mohd Sardi Bin Ismail selaku Ketua Unit AMAL Sarawak Bintulu. Seterusnya program diisi dengan Kuliah Maghrib yang telah disampaikan oleh Ustaz Abd Halim Bin Abd Kadir, Timbalan Pengerusi AMAL Sarawak. (more…)

Penentuan Arah Qiblat Surau AMAL Al-Azhar

Monday, March 15th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Penentuan Arah Qiblat Surau AMAL Al-AzharPenentuan Arah Qiblat Surau AMAL Al-Azhar

[Penentuan Arah Qiblat Surau AMAL Al-Azhar, Ulu Kota]

AMAL Sarawak, 29 Rabi’ul Awwal 1431H: Alhamdulillah! Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Bintulu Iqra’ Center (BIC), Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Sarikei dan Harakah Islamiah (HIKMAH) Sarawak dalam proses membina Surau AMAL Al-Azhar di Perkampungan Saudara Kita di Ulu Kota, Pakan.

 

Alhamdulillah, pada 12-13 Mac 2010 yang lepas, Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak Saudara Muhtar bin Suhaili dan Saudara Mohd Ali bin Murad telah turun padang ke Ulu Kota bersama-sama Pegawai Jabatan Tanah dan Survei Sarikei iaitu Encik Yusof bin Mohd Salleh dan Encik Abang Danial bin Abang Ahmad bagi tujuan penentuan arah qiblat Surau berkenaan. Turut hadir sama ialah Ketua Kaum Encik Azhar bin Abdullah dan penduduk Perkampungan Saudara Kita serta Kontraktor Pembinaan yang dilantik yang diketuai oleh Encik Sylvester Kutok ak Muyang.

 

Untuk makluman, majlis pecah tanah tapak Surau berkenaan telah dijalankan pada 14 Februari 2010 yang lepas dan turut dihadiri oleh sukarelawan-sukarelwan AMAL serta pegawai-pegawai dari JAIS dan HIKMAH. Insya Allah pembinaan Surau ini akan diteruskan dan dijangka siap pada Jun 2010. Marilah kita sama-sama doakan semoga urusan pembinaan Surau AMAL Al-Azhar ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan menjadi masjid yang dibina atas dasar taqwa.

 

AMAL Sarawak dengan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Jabatan Tanah dan Survei Sarikei di atas komitmen dan khidmat yang jitu dalam penentuan arah qiblat baru-baru ini. Terima kasih tidak terhingga juga kepada pihak JAIS, HIKMAH dan ABIM Sarikei di atas kerjasama yang diberikan dan semoga hubungan ukhuwwah yang terbina akan berkesinambungan pada masa akan datang.

 

Sebagai perkongsian, marilah kita sama-sama menghayati fikrah Dr. Mustafa as-Siba’i dalam perbahasan beliau tentang pembinaan Masjid Nabawi serta fungsi sebenar masjid. Semoga ada khair dan manfaatnya buat kita semua. (more…)

Operasi Khidmat Masyarakat di Kpg Sg Lumut

Sunday, March 14th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Khidmat Masyarakat di Sg Lumut Kuching

Khidmat Masyarakat di Sg Lumut Kuching

AMAL Sarawak, 28 Rabi’ul Awwal 1431H: Alhamdulillah, semalam Sabtu, 13 Mac 2010 seramai hampir 30 orang sukarelawan Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Kg Sungai Lumut telah bergabung tenaga untuk menjayakan program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) di Kampung Sungai Lumut, Kota Samarahan, Kuching.

 

Program dengan tema “Let Islam Guide Our Life” diadakan dengan tujuan seperti berikut:

 

1. Menterjemahkan bahawa pakej Islam adalah pembawa Rahmah untuk seluruh umat Islam.
2. Mengaplikasikan tuntutan berdakwah kepada masyarakat agar mereka tidak tercicir daripada pelaksanaan syariat yang syumul  dalam melusuri hidup sebagai Muslim sejati.
3. Menyahut seruan Kerajaan Malaysia dalam melahirkan Umat yang prihatin kepada semua lapisan masyarakat untuk membentuk masyarakat yang harmoni dan berilmu.
4. Meletakkan AMAL Sarawak di dalam masyarakat sebagai satu medan dakwah sesama Muslim dan membuka ruang menimba ilmu dan pengalaman serta bimbingan kerjasama sosial, dakwah dan tarbiyah  bersama masyarakat.

 

Program tersebut dimulakan dengan Bengkel Bestari Solat untuk anak-anak berumur 7-18 tahun. Dalam masa yang sama, Pertandingan Mewarna bagi anak-anak pra-sekolah turut diadakan. Penyertaan melibatkan hampir 80 orang peserta keseluruhannya.

 

Selepas Bengkel Bestari Solat dan Pertandingan Mewarna, program diteruskan dengan Ceramah Motivasi dan Keibubapaan bersama para ibu dan bapa serta anak-anak oleh Ustaz Mohd Izwan Md Yusof dari Pusat Latihan Sarawak JAKIM.

 

Untuk gambar-gambar program, sila klik di sini>>di sini>>, di sini>>, di sini>>,  di sini>>, di sini>>, di sini>>, di sini>> dan di sini>>

 

Majlis Penutupan telah diserikan dengan Ucapan Alu-aluan oleh Saudara Abd Azeez Mohamad, Naib Pengerusi 1 mewakili Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak. Ucapan perasmian penutupan pula telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Yusof selaku Pengerusi Masjid Kg Sg Lumut.

 

Selain itu, tidak ketinggalan juga ialah penyerahan sumbangan kepada faqir miskin oleh Tuan Md Noor, Ketua AMAL Sarawak Unit Kuching dan dibantu Ustaz Afnan Faiz Ridzuan, Saudara Abd Walik Sulaiman dan Ustazah Meriyusnita Rajab serta 4 kumpulan yang dibahagikan untuk menyampaikan sumbangan.

 

(more…)

Ziarah AMAL Ke Masjid Nur Hijrah, Pulau Melayu

Sunday, February 21st, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Ziarah Dakwah AMAL Ke Masjid Nur Hijrah, Pulau Melayu

   

AMAL Sarawak, 07 Rabi’ul Awwal 1431H: Alhamdulillah. Pada hari Sabtu 20 Februari 2010 bersamaan 06 Rabi’ul Awwal 1431H, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah mengadakan Ziarah Dakwah ke Masjid Nur Hijrah, Kampung Pulau Melayu Miri.

 

Seramai lebih kurang 30 orang sukarelawan AMAL Sarawak telah turut serta dalam Ziarah Mahabbah kali ini. Program telah dimulakan dengan Solat Zuhur secara berjamaah bersama ahli kariah masjid. Selepas solat, acara dimulakan dengan Ucapan Alu-aluan daripada Penghulu Ayahanda Haji Ahmad bin Lamat mewakili penduduk kampung. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada AMAL Sarawak yang sudi mengadakan program seumpamanya dan berharap kerjasama pada aktiviti-aktiviti akan datang dapat diteruskan. Turut hadir sama ialah Imam Masjid Nur Hijrah, Tuan Haji Abdul Rahman.

 

Program diteruskan lagi dengan Tazkirah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Izwan Yusof, pegawai Pusat Latihan Sarawak JAKIM Kuching. Di dalam tazkirahnya, Ustaz Izwan menyentuh kepentingan kita menjaga kebajikan fakir miskin, anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan. Nabi Muhammad SAW merupakan seorang yang sangat berkebajikan lagi dermawan dan sewajarnya menjadi contoh ikutan kita semua.

 

Usai sesi tazkirah, program diteruskan dengan penyampaian sumbangan daripada Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak kepada 15 penerima di kalangan ibu tunggal, anak yatim, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan golongan yang kurang berkemampuan. Ustazah ‘Ainul Badariah dan Tuan Haji Jofri Jaraiee telah sudi menyampaikan sumbangan tersebut mewakili AMAL Sarawak.

 

Jamuan ringan dan ramah-mesra menutup program pada tengahari tersebut. Pada sebelah malamnya, semua sukarelawan bergerak ke Masjid Darul Ehsan, Piasau Jaya bagi mengikuti Ceramah Maulidur Rasul dan keesokan paginya berqiammullail dan diperdengarkan dengan Tazkirah Subuh di Masjid At-Taqwa Miri. Kedua-dua Ceramah dan Tazkirah Subuh juga disampaikan oleh Ustaz Mohd Izwan Yusof. Jazakumullahu khairan kathira ya sheikh!

 

Berikut disertakan gambar kenangan program tersebut: (more…)

Ziarah Dakwah AMAL Ke Kpg Hj Wahed Miri

Saturday, January 2nd, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

AMAL Sarawak, 16 Muharram 1431H: Alhamdulillah! Allah SWT berfirman yang maksudnya:

“Muhammad adalah Rasulullah. Dan mereka yang bersamanya amat tegas terhadap orang-orang kafir dan amat pengasih sesama mereka….” (al-Qur’an, Surah al-Fath, ayat 29).

 

Alhamdulillah, mengambil semangat Hijrah 1431H dan sesuai dengan tema “Memperkasa Ukhwah, Memantap Ummah”, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak meneruskan siri Ziarah Dakwah AMAL ke masjid-masjid dan surau-surau.

 

Pada 2 Januari 2010, destinasi yang dituju ialah Kampung Haji Wahed Miri yang terletak di atas Bukit Kanada tidak jauh dari Grand Oil Lady dan Muzium Petrosains. Seramai hampir 30 orang sukarelawan AMAL telah turut serta dalam program kali ini. Terima kasih kepada Saudara Mohamad Jusoh, Ketua Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan Unit Miri di atas usaha mengetuai program ini.

 

Program dimulai dengan Solat Maghrib berjamaah dan seterusnya diikuti dengan Kuliah Maghrib bertajuk “Mengapa Hijrah?” yang telah disampaikan oleh Ustaz Haji Rosli bin Arup, Ketua Penolong Pengarah Zon Utara, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

 

Antara kandungan ceramah beliau termasuklah perlunya setiap insan menghayati syahadah “Laa Ilaha illalLah, Muhammadur Rasulullah” dalam kehidupan seharian. Hijrah juga merupakan satu pengorbanan untuk memastikan aqidah terpelihara, perjuangan dalam memastikan Islam terus terbela dan persaudaraan Islamiyyah yang menjadi teras kekuatan ummah. (more…)

Laporan Program Peningkatan Diri AMAL 2009

Monday, December 28th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

AMAL Sarawak, 11 Muharram 1431H: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah! Berkat kesungguhan dan gerak kerja bersepadu lilLahi Ta’ala dari tenaga Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak dan Bintulu Iqra’ Centre, bertempat di kawasan perkampungan Daerah Bintulu akhirnya berjaya dilaksanakan satu program yang dinamakan Program Peningkatan Diri (PPD) AMAL 2009.

 

Pengarah program PPD AMAL 2009, Saudara Zahari bin Deli bersama-sama dengan tenaga sukarelawan AMAL telah berkampung selama 3 hari 2 malam bermula 25 sehingga 27 Disember 2009 yang lalu. Pelajar yang disasarkan terlibat adalah seramai 25 orang yang mewakili 5 buah kampung yang terdapat di kawasan Bintulu iaitu Kampung Baru Bintulu, Kampung Jepak, Kampung Wawasan Jaya, Kampung Wawasan Rajawali serta Kampung Yoh.

 

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi satu input kepada peserta khususnya kepada golongan pelajar yang telah menamatkan pengajian peringkat SPM dan STPM.

 

Antara aktiviti yang telah dijalankan semasa perlaksanaan program tersebut adalah sesi kuliah, riadah, slot perkongsian ilmu bersama mahasiswa/i dari wakil pelajar yang menuntut di UNIMAS, UNISEL, UTP dan Politeknik Kuching Sarawak. Dua slot khas diadakan sebagai tanda penghargaan kepada masyarakat kampung tersebut adalah sesi Ziarah AMAL untuk memberikan sumbangan kepada golongan miskin, cacat, ibu tunggal, keluarga yang mempunyai bilangan anak yang ramai serta warga tua. (more…)

Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Sebauh

Sunday, September 6th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

AMAL Sarawak, 16 Ramadhan 1430H: Alhamdulillah tsumma alhamdulillah. Ziarah Dakwah ke Sebauh, Bintulu menutup tirai siri Ziarah Dakwah Ramadhan 1430H kelolaan Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dan Bintulu Iqra’ Center (BIC). Perjalanan ke Kampung Melayu Sebauh yang mengambil masa lebih kurang satu jam menyaksikan konvoi 10 buah kereta warga AMAL Sarawak dan BIC.  Program ini adalah lanjutan siri-siri sebelum ini iaitu Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kpg Labang, Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kampung Penan, Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Tatau, Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Segan dan Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Ulu Segan. Program ini adalah sebahagian daripada aktiviti Karnival AMAL Merdeka 2009 dan Ihya’ Ramadhan 1430H Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak.

 

Kedatangan rombongan disambut girang oleh ahli BIC di sana iaitu Ustaz Syawal dan Cikgu Faizoer. Program dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Kampung Melayu Sebauh iaitu TK. Hamdan @ Sadan B. Selut. Seterusnya sedikit taklimat pengenalan Yayasan AMAL Malaysia disampaikan oleh Ustaz Ibrahim Mat Isa yang juga merupakan Ketua Rombongan.

 

Sebelum penyampaian sumbangan, rombongan dihidangkan dengan santapan rohani, yang disampaikan oleh Cikgu Mohd Lutfi dari SK Orang Kaya. Selesai sesi penyampaian sumbangan kepada 40 keluarga terpilih, warga Muslimin AMAL dan BIC menyerikan majlis dengan dendangan Lagu Rasmi AMAL Malaysia iaitu Ber’amal Kerana Allah. (more…)

Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kpg Labang

Saturday, September 5th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

AMAL Sarawak, 15 Ramadhan 1430H: Alhamdulillah. Sekali lagi pada 5 September 2009 Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dan Bintulu Iqra’ Center (BIC) meneruskan misi Ziarah Dakwah Ramadhan 1430H. Destinasi kali ini ialah Kampung Labang yang mengambil masa kira-kira satu jam setengah dari Bandar Bintulu. Program ini adalah lanjutan siri-siri sebelum ini iaitu Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kampung Penan, Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Tatau, Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Segan dan Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Ulu Segan. Program ini adalah sebahagian daripada aktiviti Karnival AMAL Merdeka 2009 dan Ihya’ Ramadhan 1430H Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak.

 

Program dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Ustaz Ibrahim Mat Isa dan seterusnya bacaan doa oleh Ustaz Sardi Ismail. Rombongan memulakan perjalanan pada jam 8.30 pagi.

 

Sebelum menaiki bot untuk ke Kampung Labang, rombongan terpaksa menempuhi jalan tanah merah yang masih basah dan berlumpur. Walaubagaimanapun, perjalanan yang mencabar ini tidak sedikitpun mematahkan semangat sukarelawan, bahkan menjadi satu pemangkin taujihat atas dasar ikatan ukhuwah Islamiyyah.

 

Setibanya rombongan di Kampung Labang, sukarelawan dibawa ke Sekolah Kebangsaan Labang yang kebetulan sedang melalui sesi persekolahan. Kegigihan dan iltizam guru-guru di sana untuk mendidik anak bangsa sangat dikagumi.

 

(more…)

Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kampung Penan

Monday, August 31st, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

AMAL Sarawak, 10 Ramadhan 1430H: Alhamdulillah. Sekali lagi pada 31 Ogos 2009 Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dan Bintulu Iqra’ Center (BIC) meneruskan misi Ziarah Dakwah Ramadhan 1430H. Kali ini Kampung Penan Muslim Batu 13 Bintulu pula. Turut serta dalam ziarah dakwah ini ialah Jawatankuasa Kebajikan Islam Bintulu Port Sdn Bhd (JKIBPSB). Program ini adalah lanjutan siri-siri sebelum ini iaitu Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Tatau, Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Segan dan Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Ulu Segan. Program ini adalah sebahagian daripada aktiviti Karnival AMAL Merdeka 2009 dan Ihya’ Ramadhan 1430H Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak.

 

Seperti biasa, para sukarelawan AMAL dan rombongan berkumpul di Masjid As-Syakirin untuk mendengar taklimat ringkas. Rombongan kali ini diketuai oleh Ustaz Ibrahim Mat Isa iaitu Ketua Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan AMAL Sarawak. Sebelum bertolak, Ustaz Sardi Ismail, Ketua AMAL Unit Bintulu mengetuai bacaan doa bagi memohon kepada Allah supaya perjalanan dipermudahkan.

 

Rombongan bertolak jam 8.40 pagi dan perjalanan mengambil masa selama 20 minit. Program dimulai dengan taklimat ringkas oleh ketua rombongan iaitu Ustaz Ibrahim. Seterusnya, wakil Ketua Kampung dijemput untuk menyampaikan sepatah dua kata dan disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pengerusi AMAL Sarawak iaitu Ustaz Abdul Halim Abdul Kadir. Selepas itu, rombongan disajikan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Cikgu Abdul Rani.

 

Sejurus selepas mendengar pengisian rohani, program diteruskan lagi dengan penyerahan sumbangan kepada 40 keluarga terpilih. (more…)

Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Tatau

Saturday, August 29th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

AMAL Sarawak, 8 Ramadhan 1430H: Alhamdulillah. Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dan Bintulu Iqra’ Center (BIC) meneruskan misi Ziarah Dakwah Ramadhan ke Kuala Tatau, Bintulu pada hari Sabtu, 29 Ogos 2009. Program ini adalah lanjutan siri-siri sebelum ini iaitu Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Segan dan Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Ulu Segan. Program ini adalah sebahagian daripada aktiviti Karnival AMAL Merdeka 2009 dan Ihya’ Ramadhan 1430H Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak. Rombongan Jawatankuasa Kebajikan Islam Bintulu Port Sdn Bhd juga turut serta dalam ziarah dakwah kali ini.

 

Peserta rombongan berkumpul di Masjid As-Syakirin untuk mendengar taklimat ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Ibrahim Mat Isa. Seterusnya, Ustaz Salehuddin Abu Samah mengetuai bacaan doa sebelum rombongan memulakan perjalanan.

 

Rombongan bertolak kira-kira jam 8.30 pagi menuju ke jeti Kuala Tatau. Sampai sahaja di sana, sebuah bot sudah menanti untuk membawa rombongan ke seberang. Pengalaman menarik kepada mereka-mereka yang tidak pernah menaiki bot sebelum ini.

 

Setibanya kami di Masjid Al-Amin, Kuala Tatau, kelihatan penduduk kampung sudah menunggu kami di sana. Kehadiran kami disambut meriah oleh penduduk kampung. Program bermula dengan taklimat ringkas dari ketua rombongan iaitu Ustaz Ibrahim dan diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Timbalan Pengerusi AMAL Sarawak, Ustaz Abdul Halim Abdul Kadir dan Ketua Kampung. Seterusnya, program diteruskan lagi dengan tazkirah ringkas mengenai Ramadhan oleh Ustaz Salehuddin.

 

(more…)

Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Segan

Sunday, August 23rd, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Ziarah AMAL Ke Kuala Segan.JPG

AMAL Sarawak, 2 Ramadhan 1430H: Alhamdulillah. Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dan Bintulu Iqra’ Center (BIC) meneruskan misi Ziarah Dakwah Ramadhan dan kali ini ke Kampung Kuala Segan, Bintulu pada hari Ahad, 23 Ogos 2009. Program ini adalah sebahagian daripada aktiviti Karnival AMAL Merdeka 2009 dan Ihya’ Ramadhan 1430H Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak.

 

Tujuan program ini adalah untuk menziarahi saudara-saudara seIslam kita yang kurang berkemampuan sambil memberi sedikit sumbangan Ramadhan dari AMAL dan BIC. Program ini adalah kesinambungan kepada siri sebelum ini iaitu Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Ulu Segan. Kampung Kuala Segan adalah sebuah kampung tradisional yang terletak lebih kurang 20 minit dari bandar Bintulu. Orang kampung ini kebanyakannya bekerja sebagai nelayan dan petani dan tidak kurang juga yang bekerja di kawasan perindustrian yang terletak tidak jauh dari kampung tersebut.

 

Aktiviti bermula dengan ucapan dan taklimat ringkas oleh Ustaz Abd Halim, Timbalan Pengerusi AMAL Cawangan Sarawak selaku Ketua Projek di perkarangan Masjid Asyakirin Bintulu kepada para sukarewan AMAL dan BIC yang turut serta. Selepas itu, rombongan terus bertolak ke Kampung Kuala Segan dan setibanya Surau Darul Yakin, para sukarelawan terus menunaikan Solat Asar berjamaah dan diikuti dengan Tazkirah ringkas yang telah disampaikan oleh Ustaz Salehuddin Abu Samah.

 

Seterusnya, Ustaz Sardi Ismail selaku Pengerusi AMAL Unit Bintulu telah menyampaikan cenderahati kepada Imam Kampung Kuala Segan yang mewakili Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK. Program berakhir setelah menyampaikan kesemua sumbangan kepada para penduduk yang terpilih. Pihak AMAL mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sukarelawan yang sanggup meluangkan masa, tenaga dan wang ringgit untuk bersama-sama AMAL turun memberi sumbangan dan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

 

(more…)

AMAL Carried Out Community Projects In Sibuti

Wednesday, August 19th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

AMAL's Community Projects in Sibuti

[Laporan AMAL & NISA' Berambeh @ Eastern Times, 19 Ogos 2009]

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

AMAL & NISA’ Berambeh Di Kpg Pejuang, Sibuti

Monday, August 17th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Ziarah Mahabbah AMAL & NISA' Berambeh 2009

 

AMAL Sarawak, 25 Sya’ban 1430H: Alhamdulillah. Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dan NISA’ Kawasan Miri dengan kerjasama FELCRA telah mengadakan Ziarah Mahabbah dan Nisa’ Berambeh ke Kampung Pejuang Kelulit, Sibuti pada 16 Ogos 2009. Seramai lebih 30 sukarelawan AMAL dan NISA’ telah mengikuti program bersama masyarakat 4 buah kampung iaitu Kampung Pejuang, Kampung Padang, Kampung Kuala Sibuti dan Kampung Sulap Lada yang terletak kira-kira 80km dari Bandaraya Miri.

 

Program yang bermula dari pukul 11.00 pagi sehingga Asar ini telah diisi dengan aktiviti sukaneka untuk kanak-kanak seperti Senaman, Tarik Upih, Isi Air Dalam Botol dan Kerusi Berirama. Manakala bagi kaum ibu pula, antara aktiviti yang dijalankan termasuklah Menganyam Ketupat, Boling Kelapa dan Anugerah Khas Kaum Ibu. Selain itu, di akhir program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah menyampaikan Sumbangan Menjelang Ramadhan kepada 36 orang ibu tunggal dan 4 keluarga anak yatim.

 

Antara tetamu yang hadir di dalam program tersebut ialah Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak Saudara Muhtar Suhaili, Penasihat NISA’ Kawasan Miri Ustazah Hasnita Mohd Rejab, Penghulu Tuan Jonit Molok, Ketua Kampung Pejuang Encik Hamdan Kahar, Pengarah Karnival AMAL Merdeka 2009 Saudara Mohd Azwani Abdul Rani, Pengarah NISA’ Berambeh Saudari Bazilah Basar beserta suami Saudara Mohd Arifiriazul Paijo dan sukarelawan-sukarelawan AMAL dan NISA’. (more…)

Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Ulu Segan

Sunday, August 9th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Ziarah Dakwah AMAL ke Ulu Segan

 

AMAL Sarawak, 18 Sya’ban 1430H: Alhamdulillah. Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak memulakan Ziarah Dakwah ke Ulu Segan, Bintulu pada hari Ahad, 9 Ogos 2009. Aktiviti bermula pada pukul 8.30 pagi dengan disertai hampir 30 orang sukarelawan AMAL Unit Bintulu. Seramai 10 keluarga miskin dan mualaf telah dikenal pasti untuk kami ziarahi pada pagi ini dengan memberi sedikit sumbangan kepada mereka.

 

Aktiviti bermula dengan ucapan dan taklimat ringkas oleh Pengarah Program iaitu Ustaz Abdul Halim yang juga merupakan Timbalan pengerusi AMAL Cawangan Sarawak. Ustaz Muzakkir mengetuai bacaan doa sebelum perjalanan dimulakan.

 

Ziarah dakwah kami kali ini turut disertai juga oleh Ustaz Ismawi dan Ustaz Tha Bo. Kebanyakan komunikasi sepanjang aktiviti kali ini memerlukan kemahiran berbahasa Iban. Mujur kami dibantu oleh Ustaz Ismawi Ishak.

 

Program berakhir setelah menyampaikan kesemua sumbangan kepada para penduduk yang terpilih. Pihak AMAL dan Bintulu Iqra’ Centre (BIC) mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sukarelawan yang sanggup meluangkan masa, tenaga dan wang ringgit (sanggup menggunakan kenderaan sendiri) untuk bersama-sama AMAL turun memberi sumbangan dan bantuan kepada masyarakat Rumah Panjang Banyai, Ulu Segan. Kepada semua penyumbang, pihak kami mengucapkan jazakumullahu khairan khathira, semoga segala sumbangan kita akan diterima oleh Allah. Insya Allah.

 

Kepada pihak lain yang ingin menyumbang boleh berurusan dengan pihak BIC. Pihak kami mengalu-alukan kepada yang berminat untuk turut serta di dalam Ziarah Dakwah yang dianjurkan oleh pihak kami. Program ziarah dakwah seterusnya ialah di Kampung Kuala Segan pada 23 Ogos 2009.

 

Sila klik di sini untuk foto-foto program »».

 

Untuk keterangan lanjut program-program Karnival AMAL Merdeka Edisi Ramadhan 1430H di Bintulu, sila hubungi Ustaz Salehuddin Abu Samah (019-4823755), Ustaz Abdul Halim Abdul Kadir (019-3491567), Ustaz Sardi Ismail (013-9235267), Saudari Hafsah Mardiah (019-9805803) atau layari laman web www.amalsarawak.net.

 

Wallahu a’lam bissawab.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”